Ulasan Filem Suzanna Bernapas Dalam Kubur



Tahun Terbit | 2019Pengarah | Rocky Suraya dan Anggy UmbaraPelakon | Luna Maya, Hernujot Ali, Clift Sangra
Filem Suzanna: Bernafas Dalam Lumpur ni boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang tidak dapat dijangkakan kehadirannya. Bagaimana pelakon yang terkenal di eranya mahu membikin sebuah kemunculan baru dalam sosok Luna Maya dan memberi keseraman di zaman di mana manusia sudah bosan dengan hantu jubah putih? Semuanya sukar untuk diterima

Namun, selesai menonton filem ini di Netflix, aku merasakan bahawa Suzanna masih mampu hidup di era ini yang bukan lagi era kegemilangannya. Cukup untuk sebuah filem, Suzanna mampu membawa para penonton era seram baru ini untuk menikmati semula filem klasik lakonan ratu seram dari Indonesia itu.
Lakonan Luna Maya mungkin kadangkala agak janggal apabila dia cuba memimik wajah dan karakter Suzanna. Kadangkala juga, gaya tutur kata pelakon itu kelihatan cuba mengawal intonasi suaranya dan begitu pelik dan nampak fake. Namun, itu sedikit sahaja kekurangan dan tidak menenggelamkan kualiti lakonan pelakon itu untuk membawakan watak Suzanna

Kisah Suzanna ringkas dan mudah. Budak kecil pun boleh nikmati filem ini tanpa pening kepala. Empat orang pekerja yang terdesak, dihimpit dengan pelbagai masalah kewangan memilih untuk memasuki rumah bosnya, suami kepada Suzanna saat dia berada di luar negara. Namun, saat rompakan yang mudah bertukar menjadi sukar apabila Suzanna ditimpa kecelakaan

Dan mulai saat itu, hantu Suzanna mulai menjelma dan menghantui empat orang perompak berkenaan. Plot dikembangkan lagi dengan pelbagai perkara yang menjadikan rencah filem ini enak untuk dinikmati sebagai sebuah filem seram yang membawa aura klasik ke era moden

Suzanna berjaya memberikan rasa sedih dan komedi yang baik walaupun unsur seramnya gagal untuk diserlahkan dengan baik. Mungkin hakikatnya, Suzanna: Bernafas Dalam Kubur tidak dibina untuk menjadi filem seram tahap tinggi tetapi cukup untuk membawa aura Suzanna dengan beberapa babak reference dari filem klasik

Pelakon antagonis yang disumbat dalam filem ni bukanlah calang-calang. Antara lakonan yang aku gemari semestinya Alex Abad yang sebelum ini pernah aku tonton lakonannya dalam filem The Raid 2. Lakonan Teuku Rifnu Wikana juga berjaya hidup sekaligus memberikan tentangan kuat kepada Suzanna

Visual filem ini boleh dikatakan sangat memuaskan. Elemen 80an yang diberikan berjaya memberikan jiwa dan menjauhi kebiasaan filem-filem seram yang pernah kita tonton dari Indonesia sebelum ini. Ada beberapa babak yang cukup menarik untuk ditonton sekaligus menjadikan visual filem ini bukan biasa-biasa

Suzanna berjaya mencuri tumpuan aku. Menaikkan semangat untuk aku percaya bahawa masih ada sinar dalam dunia filem seram Indonesia yang membosankan. Ada beberapa pengarah yang mampu untuk mengembalikan jiwa klasik untuk dimasukkan ke era moden dan Suzanna ialah satu daripadanya

Kekuatan filem ini menjadikan filem ni menarik untuk ditonton. Ya, filem ni tidak seram. Namun, untuk melihat bagaimanakah susuk Suzanna yang digilai penonton veteran membalas dendam dalam gubahan filem yang lebih moden, Suzanna sudah selayaknya memberikan paparan yang berjaya menaikkan wataknya di mata penonton masa kini.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/04/ulasan-filem-suzanna-bernapas-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Triple Frontier

Ulasan Filem Triple Frontier

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 397 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah J C ChandorPelakon Ben Affleck Oscar Isaac Charlie Hunnam Pedro PascalBayangkan beberapa pelakon hebat disatukan dalam sebuah filem heist yang memang nampak simple tapi punya perjalanan cerita yang sukar dijangka M...
Ulasan Filem Xx Ray 3

Ulasan Filem Xx Ray 3

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 509 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Aziz M OsmanPelakon Izzue Islam Adam John Nonny NadhirahAziz M Osman ibarat membunuh dirinya sendiri dengan filem XX Ray 3 Dengan kekuatan dan kesenioran dirinya sebagai pengarah tersohor XX Ray 3 ibarat sebuah tah...
Ulasan Filem Shazam

Ulasan Filem Shazam

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 369 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah David F SandbergPelakon Zachary Levi Asher Angel Mark StrongKadangkala ada filem yang kita tak pernah yakin dengan kekuatannya dan menyangkakan filem tu akan flop Macam tulah aku harap akan terjadi kepada Shazam ya...
Menang Ffm30 Nam Ron Mahu Bikin Filem Rasuah Menteri

Menang Ffm30 Nam Ron Mahu Bikin Filem Rasuah Menteri

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 446 hits
Filem arahannya One Two Jaga dinobat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 30 Nam Ron memberitahu beliau akan terus menghasilkan The post appeared first on
Filem One Two Jaga Filem Terbaik Ffm30

Filem One Two Jaga Filem Terbaik Ffm30

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 361 hits
Filem One Two Jaga dinobat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke 30 yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi Selain pengiktirafan tertinggi terbabit karya terbitan Pixel Play Enter...
24 Senarai Penuh Pemenang Anugerah Ffm30 Festival Filem Malaysia 2019

24 Senarai Penuh Pemenang Anugerah Ffm30 Festival Filem Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 565 hits
Bertemakan Inspirasi Sinemaku FFM30 anjuran FINAS dengan kerjasama Persatuan Persatuan Perfileman serta disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini disertai 42 buah filem untuk 24 buah kategori yang dipertandingkan turut mengiktiraf ...
Filem Kurang Sambutan Tak Semestinya Tidak Terbaik Tahniah One Two Jaga Ffm30

Filem Kurang Sambutan Tak Semestinya Tidak Terbaik Tahniah One Two Jaga Ffm30

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 633 hits
Siapa sangka filem ini tidak mendapat jualan yang memberangsangkan seperti mana filem filem Box Office lain namun mampu memberi impak kekuatan kepada juri Ini dibuktikan melalui filem One Two Jaga arahan Namron dinobatkan sebagai Filem Terb...
Displaymate Beri Markah A Untuk Skrin Paparan Ini Berikan Kepuasan Bila Menonton Filem Kegemaran Anda

Displaymate Beri Markah A Untuk Skrin Paparan Ini Berikan Kepuasan Bila Menonton Filem Kegemaran Anda

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 250 hits
Pada 2017 Netflix ada mengeluarkan laporan yang menyenaraikan penonton Malaysia ditangga teratas dirantau Asia yang gemar menonton sesuatu siri TV secara 8220 marathon 8221 atau Binge Watching Golongan penonton ini digelar sebagai Binge Rac...
Sinopsis Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi

Sinopsis Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1112 hits
Mawi bakal muncul dengan filem sulung arahannya berjudul Tiada Tajuk Filem ini merupakan kesinambungan dan olahan semula menerusi telefilem Rock Sangkut yang dilakonan oleh Hazama Along Cham dan Joey Daud Filem terbitan Mawi World Entertain...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord