Ulasan Filem Dolemite Is My Name




Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Craig BrewerPelakon | Eddie Murphy, Wesley Snipes, Keegan-Michael Key
Eddie Murphy yang sudah lama menyepi selepas tiga tahun tidak berlakon filem kini kembali. Siapa sangka, pelakon komedi yang cukup lejen ini ada sisi serius dan luar biasa yang belum lagi dilihat oleh siapa-siapa. Dolemite Is My Name ialah sebuah kebangkitan untuk pelakon ini selepas beberapa filemnya agak gagal menaikkan namanya seperti di era 90an dulu

Dolemite My Name ialah sebuah filem yang menggabungkan elemen komedi, biografi dan juga penceritaan yang bersahaja. Sebagai sebuah filem biografi, Dolemite Is My Name melanggar gaya penceritaan biografi yang selalunya berat dan serius. Melalui filem ni, biografi watak Rudy Ray Moore ibarat sebuah sketsa pendek yang dicantum-cantumkan

Filem ini diarahkan oleh Craig Brewer yang sebelum ini pernah mengarahkan filem remake Footloose pada 2011 dan Black Snake Moan pada tahun 2006. Craig Brewer juga dilaporkan akan mengarahkan filem terbaru Eddie Murphy, Coming 2 America yang bakal menjalani penggambaran kelak dan mungkin ditayangkan sekitar Disember 2020.
Filem yang boleh aku sifatkan sebagai sebuah filem yang santai ini menceritakan perjalanan kisah hidup Rudy Ray Moore, seorang lagenda dalam dunia komedi kulit hita pada era 70an. Rudy Ray Moore juga digelar king of rappers kerana kebolehannya untuk membina ayat-ayat berima. Alah, kalau orang melayu, kita panggil pantun dua kerat

Fokus utama Dolemite My Name ialah bagaimana Rudy Ray Moore menjadi stand up comedian dan kemudiannya menceburkan diri dalam dunia perfileman dengan menerbitkan filemnya sendiri. Sepanjang filem, kita melihat bagaimana Rudy Ray Moore cuba untuk membikin filem tentang hidupnya dengan pelbagai halangan

Pada aku, penceritaan filem ni cukup santai. Korang tak perlu stress kepala mendengar dialog dan babak. Memang filem ni sangat ringkas dan boleh enjoy. Penuh dengan babak-babak yang mencuit hati, Dolemite Is My Name sekaligus menaikkan kembali Eddie Murphy sebagai pelakon komedi versatile yang kembali dari ‘kubur’

Dolemite My Name juga merupakan filem Eddie Murphy kedua yang diklasifikasikan sebagai R-Rated selepas filem pertamanya, Life yang ditayangkan pada tahun 1999. Kalau dah R-Rated, korang boleh agaklah level komedi filem ni. So, kalau korang nak tonton filem ni dengan budak-budak, pastikan diorang tu dah matang. Sebab ada babak agak tak sesuai dan juga dialog ‘f words’ yang bersepah

Filem ini bukan sahaja memberikan Eddie Murphy ruang untuk buat comeback bagi Eddie Murphy. Pelakon yang popular dengan watak Blade, Wesley Snipes juga memang terbaiklah. Watak lelaki lembut lakonannya cukup menarik untuk ditonton. Agak rare untuk melihat Wesley Snipes yang sado tu berlakon lembut. Memang terbaiklah walaupun lakonannya hanyalah tempelan dan tiada naratif yang besar

Gabungan Eddie Murphy dan Wesley Snipes menjadikan filem ini yang dipenuhi pelakon kulit hitam yang cukup memuaskan. Dari segi lakonlayar, komedinya dan juga visual, semuanya cukup sifat untuk sebuah filem biografi yang ringan.
Jarang untuk kita melihat Netflix menerbitkan filem berunsur komedi sebegini. Dan nampaknya, Dolemite Is My Name berjaya memberikan jiwa dan keseronokan untuk sebuah filem bergenre Netflix Original. Gabungan Eddie Murphy dan Wesley Snipes seakan-akan gabungan dual agenda dari era 90an yang mana punyai minat tersendiri.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/11/ulasan-filem-dolemite-is-my-name-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Oththa Seruppu Size 7

Ulasan Filem Oththa Seruppu Size 7

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 267 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah ParthiepanPelakon ParthiepanBagaimana jika sesebuah filem itu hanya mempunyai seorang pelakon sahaja dan diterbitkan dan skripnya ditulis oleh seorang pelakon sahaja Korang rasa ada ke filem macam tu kat dunia ni J...
Ulasan Filem Dendam Pontianak

Ulasan Filem Dendam Pontianak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 244 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Glen Goei Gavin YapPelakon Fazura Remy Ishak Hisyam HamidApabila mendengar bahawa filem ni ialah gabungan usahasama daripada dua negara Singapura dan Malaysia sudah semestinya hasil yang diinginkan semestinya besar...
Ulasan Filem Drive

Ulasan Filem Drive

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 331 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Tarun MansukhaniPelakon Sushant Singh Rajput Jacqueline Fernandez Vikramjeet Virk Boman IraniBayangkan penerbit filem Kuch Kuch Hota Hai Kabhie Khushi Kabhi Gham bergabung dengan sebuah syarikat penstriman terbesar...
Filem Garang

Filem Garang

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 594 hits
Original Content Filem Garang atau Garang The Movie adalah sebuah filem aksi sukan yang berkisarkan atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda Ia diarahkan oleh Kan Varren Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Spyglass Media Bakal Terbitkan Filem Terbaru Scream

Spyglass Media Bakal Terbitkan Filem Terbaru Scream

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 353 hits
Laman Bloody Disgusting membawakan berita menarik buat peminat filem seram slasher Spyglass Media Group dilaporkan sedang membangunkan filem terbaru Scream berdasarkan francais yang dicipta Wes Craven dan penulis Williamson Craven telah men...
Pertembungan Dua Kumpulan Pontianak Dalam Filem Kl Vampires

Pertembungan Dua Kumpulan Pontianak Dalam Filem Kl Vampires

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 608 hits
Empire Film Solution membawakan kepada anda sebuah filem aksi seram berjudul KL Vampires akan ditayangkan pada 14 November Ini Filem ini berkisarkan tentang Dua kumpulan pontianak yang mana kedua duanya berketurunan Raja Bersiong tidak lagi...
Matthew Mcconaughey Bakal Membawa Watak Two Face Dalam Filem The Batman

Matthew Mcconaughey Bakal Membawa Watak Two Face Dalam Filem The Batman

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 455 hits
Aktor Matthew McConaughey dilaporkan akan menyertai barisan pelakon filem The Batman dengan memainkan watak sebagai Harvey Dent a k a Two Face Setakat ini masih belum ada pengesahan dari pihak studio mahupun pengarah Matt Reeves Tetapi jika...
Filem Seram Terbaik Hollywood

Filem Seram Terbaik Hollywood

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 294 hits
FILEM genre seram terus mendapat tempat di hati penonton dan memiliki ramai peminat di seluruh dunia Oleh itu tidak hairanlah pembikin filem Hollywood terus berusaha mencari idea baharu dengan jalan cerita lebih menarik dan mampu menakutkan...
Respon Oh Media Selepas Menonton Filem Midway

Respon Oh Media Selepas Menonton Filem Midway

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 248 hits
Mesti ramai orang dekat luar sana yang menantikan filem Battle Of Midway ni kan Yelah filem ni kan berdasarkan kisah benar dan korang mesti nak tahu kan macamana berlakunya peperangan tu Malam tadi sempat team Ohmedia ke TGV 1 Utama untuk l...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Konstabel Muhamad Syafik Seorang Yang Berani Menjadi Kebanggaan Seluruh Warga Pahang

Beach Boy A Surf Ready Yamaha Wr155r Scrambler From Thailand