Ulasan Filem Dendam Pontianak


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Glen Goei, Gavin Yap
Pelakon | Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid

Apabila mendengar bahawa filem ni ialah gabungan usahasama daripada dua negara, Singapura dan Malaysia, sudah semestinya hasil yang diinginkan semestinya besar. Walaupun idea filem pontianak adalah cliché dalam perfileman tempatan, sudah pasti Dendam Pontianak diharap untuk membawakan kisah yang lebih segar dan bermutu

Membariskan pelakon daripada dua negara, Dendam Pontianak mengisahkan Fazura yang memainkan watak pontianak. Selain itu, watak Khalid lakonan Remy Ishak dan Reza lakonan Hisyam Hamid menjadi watak yang menceritakan kesemua konflik di dalam filem ni. Barisan aktor aktres yang cukup hebat, tapi sayangnya Dendam Pontianak agak gagal

Dengan barisan pelakon yang hebat, Dendam Pontianak gagal dan tenggelam dalam plotnya yang bercelaru. Dari aspek penceritaan, seakan-akan kelihatan cubaan untuk memberikan sentuhan moden kepada watak pontianak dengan penceritaan yang ringkas dan elemen gore yang diselitkan. Tapi, semua adunan macam tak bergaul dengan baik

Di fasa awal pengembangan filem, filem ni seakan nampak macam menyelitkan unsur revenge. Jelaslah dan selarilah ianya dengan tajuk filem ini. Tapi, di pertengahan sehingga akhir, revenge itu semakin tenggelam dan kurang umph. Kisah dendam seorang pontianak tidak lagi menjadi keutamaan.
Kisah Khalid dan Mina seakan-akan tenggelam timbul. Elemen percintaan dua watak ini yang membawa kepada point penting kisah Dendam Pontianak tidak dihias dengan cantik. Malah, kisah cinta Khalid dan Mina tidak sedikit pun meninggalkan impak yang dalam terhadap pengembangan cerita ini

Beberapa watak filem ni seakan-akan gagal untuk berkembang dengan baik. Watak lakonan Nam Ron seakan-akan wujud tanpa ada penceritaan yang baik tentang latar watak. Terdapat banyak karakter di dalam filem ini yang wujud seperti filem ini sebuah episod pertengahan kepada sebuah siri drama yang panjang.
Selain itu, dialog-dialog di dalam filem ni seakan-akan kaku dan gagal. Ada babak-babak serius dan seram menjadi lucu gara-gara dialognya yang kadangkala agak kurang menjadi. Beberapa dialog lakonan Fazura kelihatan agak kurang matang dan menjadikan watak Mina seperti satu watak yang tidak lagi bermisteri

Namun begitu, filem ni memang ada kekuatan dari aspek editing dan visual. Setiap babak di dalam filem ni memang cukup cantik dan bertaraf internasional. Memang kalau bawa filem ni ke luar negara, mungkin orang akan appreciate. Tapi, itu pun kalau filem ni disekalikan dengan plot dan penceritaan yang lebih kemas dari ini

Adalah sangat mengecewakan apabila filem ni yang dijangkakan boleh memberikan level baru dalam genre seram jatuh tersungkur. Dendam Pontianak tak mampu untuk memberikan kesegaran baru untuk sebuah naskah bertemakan pontianak. Lakonan Fazura yang ditenggelami skrip dan dialog yang goyah menjadikan dendam pontianak yang penuh dengan kelucuan dan bukannya seram yang diharapkan.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/11/ulasan-filem-dendam-pontianak-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertembungan Dua Kumpulan Pontianak Dalam Filem Kl Vampires

Pertembungan Dua Kumpulan Pontianak Dalam Filem Kl Vampires

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 677 hits
Empire Film Solution membawakan kepada anda sebuah filem aksi seram berjudul KL Vampires akan ditayangkan pada 14 November Ini Filem ini berkisarkan tentang Dua kumpulan pontianak yang mana kedua duanya berketurunan Raja Bersiong tidak lagi...
Ulasan Filem Dolemite Is My Name

Ulasan Filem Dolemite Is My Name

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 445 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Craig BrewerPelakon Eddie Murphy Wesley Snipes Keegan Michael KeyEddie Murphy yang sudah lama menyepi selepas tiga tahun tidak berlakon filem kini kembali Siapa sangka pelakon komedi yang cukup lejen ini ada sisi s...
Ulasan Filem Drive

Ulasan Filem Drive

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 415 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Tarun MansukhaniPelakon Sushant Singh Rajput Jacqueline Fernandez Vikramjeet Virk Boman IraniBayangkan penerbit filem Kuch Kuch Hota Hai Kabhie Khushi Kabhi Gham bergabung dengan sebuah syarikat penstriman terbesar...
Ulasan Filem Oththa Seruppu Size 7

Ulasan Filem Oththa Seruppu Size 7

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 330 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah ParthiepanPelakon ParthiepanBagaimana jika sesebuah filem itu hanya mempunyai seorang pelakon sahaja dan diterbitkan dan skripnya ditulis oleh seorang pelakon sahaja Korang rasa ada ke filem macam tu kat dunia ni J...
Respon Oh Media Selepas Menonton Filem Midway

Respon Oh Media Selepas Menonton Filem Midway

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 313 hits
Mesti ramai orang dekat luar sana yang menantikan filem Battle Of Midway ni kan Yelah filem ni kan berdasarkan kisah benar dan korang mesti nak tahu kan macamana berlakunya peperangan tu Malam tadi sempat team Ohmedia ke TGV 1 Utama untuk l...
Matthew Mcconaughey Bakal Membawa Watak Two Face Dalam Filem The Batman

Matthew Mcconaughey Bakal Membawa Watak Two Face Dalam Filem The Batman

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 576 hits
Aktor Matthew McConaughey dilaporkan akan menyertai barisan pelakon filem The Batman dengan memainkan watak sebagai Harvey Dent a k a Two Face Setakat ini masih belum ada pengesahan dari pihak studio mahupun pengarah Matt Reeves Tetapi jika...
Pelakon Krew Filem The Eternals Cemas Bom Dijumpai Di Lokasi Penggambaran

Pelakon Krew Filem The Eternals Cemas Bom Dijumpai Di Lokasi Penggambaran

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 484 hits
Pelakon dan krew filem The Eternals terpaksa dipindahkan dari lokasi penggambaran yang terletak di Canary Islands selepas menemui bom yang tidak meletup Menurut laporan dari media tempatan Angelina Jolie Richard Madden dan beberapa krew seg...
Marvel Studios Telah Mulakan Pembangunan Filem Deadpool 3

Marvel Studios Telah Mulakan Pembangunan Filem Deadpool 3

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 323 hits
Perkembangan terbaru ini masih belum dapat disahkan tetapi khabar angin terbaru menunjukan filem Deadpool 3 telahpun memulakan pembangunannya dibawah bumbung Disney Marvel Studios Pihak Disney dikatakan telah mewujudkan syarikat tidak aktif...
Shaheizy Sam Kongsikan Gambar Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3

Shaheizy Sam Kongsikan Gambar Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 1661 hits
Pelakon Shaheizy Sam telah kongsikan gambar barisan pelakon filem Polis Evo 3 menerusi laman Instagram miliknya baru baru ini Dengan kapsyen Semua ada Watak jahat je takda Sapa ek gambar tersebut turut menampilkan pengarah Syafiq Yusof sert...
Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

Kenapa Lama Tak Update Blog

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zara Zya Terpatri Cinta Chord

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

New Clashes Outside London Hotel Housing Migrants

Anwar To Make Extraordinary Tribute Announcement Tomorrow Or Wednesday

Drinking Kopi 0 Kosong Is Good For Health

Buggy Kenderaan Elektrik