Ulasan Filem Isn T It Romantic



Tahun Terbit | 2009Pengarah | Todd Strauss-Schulson Pelakon | Rebel Wilson, Liam Hemsworth, Priyanka Chopra, Adam DeVine

Menonton naskah terbaru edaran Netflix untuk pasaran antrabangsa ini boleh dikatakan sangat menghiburkan. Tidaklah terlalu terhibur dan menjadikan filem ini sebagai filem terhebat edaran Netflix. Tetapi, cukuplah untuk kita lari sebentar dari beberapa naskah Netflix yang bersifat dunia masa depan dan si fi yang kadangkala lebih sudu dari kuah

Isn’t It Romantic ialah sebuah filem romantik komedi yang bersifat parody. Ya, ianya memparodikan format biasa filem romantik, especially filem romantik terbitan 90an yang mempunyai beberapa babak ikonik untuk menjadikannya sebuah filem romantik. Di dalam file mini, watak utama kita terperangkap dalam dunia filem romantik gara-gara begnya diragut lalu kepalanya terhantuk tiang

Kita dibawa untuk melihat kehidupan seorang gadis gemuk bernama Natalie yang selalu meminati filem romantik. Namun, sejak kecil, dia dimomokkan ibunya bahawa dunia di dalam filem sebenarnya bukanlah seindah dunia sebenar. Dan, ianya sedikit sebanyak menjadikan dirinya kurang keyakinan dan sentiasa dibuli di tempat kerja

Kepercayaan kepada filem romantik pudar. Cinta juga gagal hadir. Namun, entah bagaimana, dia terperangkap di dalam dunia filem romantik yang disusun khas untuk dirinya selepas dia diragut di sebuah hentian keretapi. Dan semuanya berubah apabila Natalie terpaksa mencari happy ending yang menjadi kebiasaan bagi filem romantik

Bagi aku, format filem ni memang unik, tetapi bagaimana ianya diterjemahkan tidaklah seunik yang diharapkan. Aku dah boleh agak apa yang sebenarnya terjadi, dan bagaimana Natalie boleh berada di dalam dunia romantik komedi. Namun, apa yang menjadi perhatian untuk menonton filem ini sehingga penamat ialah bagaimana dunia romantik komedi Natalie bakal berakhir

Selain memberikan komedi yang biasa, filem ni berat memberikan satira kepada dunia pembikinan filem komedi. Aspek komedinya tidaklah terlalu melucukan. Kadangkala ada yang terlalu try hard namun boleh diabaikan. Tidaklah ada babak yang lucunya seperti meminta-minta, tetapi ianya cukup rasa untuk filem sebegini.
Lakonan Rebel Wilson yang sebelum ini dibantu dengan kekuatan team Pitch Perfect seakan tiada tongkat yang baik. Rebel mungkin kelihatan agak goyah sebagai pelakon utama filem ni. Namun, kelihatan dia mirip kepada aura Melissa McCarthy yang mana kali terakhir kita lihatnya dalam The Happy Time Murders pada tahun lepas

Liam Hemsworth, Adam DeVine mahupun Priyanka Chopra kelihatan tenggelam habis. Seakan-akan kosong dan tidak ada impak yang benar-benar umph untuk menyaksikan watak-watak kecil ini menyerlah. Isn’t It Romantic seakan-akan menaikkan Rebel Wilson seorang dengan meninggalkan watak lain ke tepi dan tidak menyerlah sedikit pun

Aspek muzikal filem ni sederhana. Hanya ada satu dua lagu yang ditayangkan, tetapi kebanyakannya tidaklah menarik mana. Namun, aku boleh katakan bahawa babak tarian dan lagu ini adalah bahagian yang agak menarik untuk ditonton kerana jarang kita melihat filem Hollywood yang ada dengan lagu dan tarian.
Pada aku, Isn’t It Romantic sekadar filem romantik komedi yang boleh layan. Filem ni sederhana sahaja dan tidaklah hebat mana. Namun, dengan plotnya yang unik, pastinya terdetik untuk melayan filem ini dan mengetahui kesudahannya.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/03/ulasan-filem-isnt-it-romantic-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Nampak gayanya baru hari ini saya sempat untuk memberi ulasan tentang filem baru karya Syafiq Yusof yang bertajuk Misteri Dilaila Saya berkesempatan menonton bersama isteri saya namun begitu saya baru sahaja ...
Ulasan Ringkas Filem Misteri Dilaila Versi 1

Ulasan Ringkas Filem Misteri Dilaila Versi 1

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1268 hits
Selesai tonton filem terbaru Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila Sebagaimana yang korang tahu cerita ini ada 2 ending yang berbeza dan storyline pun berbeza Yang aku tengok adalah versi 1 Perkembangan cerita ni baik tersusun dan consistent T...
Ulasan Filem Rise Ini Kalilah

Ulasan Filem Rise Ini Kalilah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 488 hits
Tahun Terbit 2018Pengarah Saw Teong Hin Nik Amir Mustapha MS Prem NathPelakon Mira Filzah Remy Ishak Sashi TharanKerajaan baru Dan juga idea juga baru Bertitik tolak daripada itu maka wujudlah Rise Ini Kalilah sebagai luahan rasa untuk meng...
Ulasan Filem Alita Battle Angel Battle Angel

Ulasan Filem Alita Battle Angel Battle Angel

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 333 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Robert RodriguezPelakon Rosa Salazar Keean Johnson Christoph WaltzAdalah amat pelik apabila melihat seorang pengarah yang mempunyai pengarahan yang berentak ganas dan juga terkenal dengan filem ala ala Mexico menga...
Seni Origami Kertas Dari Filem Filem Terkenal

Seni Origami Kertas Dari Filem Filem Terkenal

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 319 hits
Loiuse Cassidy seorang artis origami yang banyak membuat origami kertas dengan rujukan dari filem filem terkenal dan juga karakter dari pop culture Seni yang halus dan merumitkan
Mawi Pecah Rahsia Tiada Tajuk Jadi Judul Filem

Mawi Pecah Rahsia Tiada Tajuk Jadi Judul Filem

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 475 hits
Selepas lebih setahun menyimpan rahsia daripada umum pengarah dan penerbit Mawi akhirnya mengumumkan dia memilih Tiada Tajuk sebagai judul filem pertama arahannya Menurut Mawi yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penyanyi itu pada awal p...
Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 688 hits
Tiket Percuma Ke Filem Captain Marvel Sempena Hari Wanita TGV Cinemas menawarkan tiket filem Marvel Studios Captain Marvel secara percuma kepada para wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac ini Tayangan eksklusif ini khas u...
Mengejutkan Yayan Ruhian Dilatih Oleh Hairul Azreen Untuk Filem Wira

Mengejutkan Yayan Ruhian Dilatih Oleh Hairul Azreen Untuk Filem Wira

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 836 hits
Tak disangka pula bahawa pelakon yang muncul dengan filem Paskal Hairul Azreen mampu untuk melatih bintang Indonesia bertaraf antarabangsa Yayan Ruhian sebagai persediaan untuk filem Wira yang bakal menjalani penggambaran tak lama lagi Mene...
Milly Mamet Filem Cinta Comel Dan Mencuit Hati

Milly Mamet Filem Cinta Comel Dan Mencuit Hati

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 441 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan tentang filem Milly Mamet yang akan menemui peminat peminat filem Indonesia pada 7hb Mac 2019 ini Filem ber genre komedi romantik ini merupakan kisah terbaru dari dunia Ada Apa Denga...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi