Ulasan Filem Kolaiyuthir Kaalam



Tahun Terbit | 2019Pengarah | Chakri ToletiPelakon | Nayanthara, Bhumika Chawla, Pratap K. Pothen
Orang nak remake, diorang pun nak remake. Tapi, last-last tak tahu apa yang nak diremake. Itulah yang terjadi kepada sebuah filem tamil bercorak thriller, Kolaiyuthir Kaalam yang merupakan sebuah remake filem Hollywood. Ianya sebuah filem yang membuktikan bahawa bikin remake bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi ianya sebuah remake filem thriller yang punya plot simple

Kolaiyuthir Kaalam ialah sebuah filem yang merupakan remake official kepada filem Hollywood bertajuk Hush. Ianya ialah sebuah filem remake pertama sebelum Bollywood turut remake filem ni dengan tajuk Khamoshi. Filem ini ringkasnya berkisar tentang seorang wanita yang pekak dan bisu yang terpaksa berhadapan dengan serangan seorang lelaki asing pada satu malam

Hush mendapat pujian yang melambung ketika ditayangkan di Netflix pada 2016. Malah, Stephen King turut memuji filem berkenaan. Premisnya cukup baik, sedap rasa, dan unik untuk menggambarkan bagaimana survival seorang wanita yang tiada deria dengar dan mulut dalam menghadapi masalah

Bila filem ni dibawa ke Tamil, idea wanita pekak dan bisu dan cabarannya pada satu malam diambil. Kemudian, premis cerita di sekelilingnya diubah dan dibina baru. Di dalam Kolaiyuthir Kaalam, set rumah yang lebih besar dan gah menjadi setting cerita. Kononnya nak tambah gah lagi, kisahnya pula pasal warganegara India yang berada di luar negara

Aku sendiri tak tahu kenapa premis kisah ni perlu berlatarbelakangkan negara lain. Bukanlah lebih seram dan thrill kalau filem ni berlatarkan suasana kampung ataupun hutan di India sendiri. Rasanya, banyak kot tempat yang boleh bikin meremang kalau tahu cari. Bila filem ni dilatari suasana luar negara, seramnya dah kurang

Selain ubahsuai pada latar dan penceritaan filem ni yang memang fail, filem ni turut menyaksikan lakonan Nayanthara yang cukup teruk dan bikin stress. Filem ni sememangnya tidak memerlukan watak utamanya bercakap, tapi disebabkan itu, Nayanthara gagal untuk memberikan ekspresi muka yang realistik

Malah, watak Shruthi yang dilakonkannya juga memang tidak ada elemen kekuatan langsung. Hush pada dasarnya ingin paparkan kisah wanita yang tiada daya untuk melawan satu kuasa luar yang hebat. Ianya mengangkat martabat wanita. Tapi, dalam Kolaiyuthir Kaalam, Shruthi bukan sahaja lembik. Malah, sepanjang filem, dia hanya berlari sana sini. Sekarang, kita tahu kenapa pengarah guna rumah yang besar, kan…
Twistnya juga tidaklah hebat mana. Tergesa-gesa. Padahal, dalam durasi masa yang begitu banyak, ada banyak ruang untuk diletakkan pelbagai klu dan juga sedikit cerita latar. Tapi, tidak. Apa yang ada hanya kisah perempuan lembik yang sedang lari ke sana sini dan tak ingin pun nak fight back macam dalam filem asal

Sebuah kekecewaan apabila filem yang baik diadaptasi dengan lemah. Jarang sekali adaptasi dari Hollywood ke Bollywood/ Tamil mengecewakan. Tapi, filem ni memang sesuatu yang cukup teruk dan tak enak langsung untuk dipandang. Kalau potong babak Shruthi berlari-lari ke sana sini sampai hampir sejam, rasanya filem ni boleh disudahkan dalam masa less than 30 minutes

Remake yang gagal untuk membina thriller atas dasar kononnya nak bikin filem yang lebih hebat dari Hush. Tapi, end up bikin lagi teruk dari Hush!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2020/05/ulasan-filem-kolaiyuthir-kaalam-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Darbar

Ulasan Filem Darbar

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 406 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah A R MurugadossPelakon Rajinikanth Nivetha Thomas Suniel ShettySelepas bergandingan dengan Vijay dalam filem Sarkar pengarah A R Murugadoss kembali dengan filem terbarunya Darbar Kali ini pelakon lejen yang dikenali...
Ulasan Filem Sergio

Ulasan Filem Sergio

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 394 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Greg BarkerPelakon Ana de Armas Wagner Moura Brian F O ByrneAku pada asalnya menonton Sergio sebuah dokumentari berkaitan watak utama filem ni terlebih dahulu sebelum menonton versi filem Itupun sebab aku sendiri t...
Ulasan Filem Time To Hunt

Ulasan Filem Time To Hunt

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 392 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Yoon Sung hyunPelakon Lee Je hoon Ahn Jae hong Choi Woo shik Park Jung minSelepas bergelut dengan tarikh tayangan dan isu hak cipta akhirnya Time To Hunt ditayangkan di Netflix bermula 23 April 2020 yang lepas File...
Ulasan Filem The Forest Of Love

Ulasan Filem The Forest Of Love

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 507 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Sion SonoPelakon Kippei Shiina Shinnosuke Mitsushima Kyoko HinamiJepun nampaknya memang takkan gah kalau taka da filem bercorak thriller dan penuh dengan misteri Netflix pada baru baru ni dah lancarkan siri tv The ...
Jessica Alba Bintangi Filem Aksi Thriller Berjudul Trigger Warning

Jessica Alba Bintangi Filem Aksi Thriller Berjudul Trigger Warning

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 496 hits
Variety melaporkan bahawa calon Anugerah Golden Globe Jessica Alba bakal membintangi filem aksi thriller terbaru berjudul Trigger Warning Filem tersebut bakal disiarkan di portal penstriman terkenal Netflix dan digambarkan berpotensi untuk ...
Pengarah Indonesia Arah Filem Aksi Jessica Alba Untuk Netflix

Pengarah Indonesia Arah Filem Aksi Jessica Alba Untuk Netflix

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 411 hits
Selepas berjaya dengan Extraction yang mencatatkan jumlah tontonan paling banyak untuk tayangan pembukaan di laman penstiman Netflix nampaknya Netflix tak tunggu lama untuk bagi green light untuk filem aksi terbaru Filem yang diberi tajuk T...
Dah Macam Filem Zombie Rupa Rupanya Orang Ramai Berebut Ke Kaunter Jpj

Dah Macam Filem Zombie Rupa Rupanya Orang Ramai Berebut Ke Kaunter Jpj

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 389 hits
Ingatkan ada buat mega sale sempena Hari Raya Aidilfitri rupa rupanya bukan gais Semalam Ohmedia ada melihat satu posting yang dimuatnaik oleh seorang pengguna khalids di Twitter mengenai orang awam sedang berlari masuk seperti dalam filem ...
Artemis Fowl Antara Filem Rancangan Menarik Di Disney Jun Ini

Artemis Fowl Antara Filem Rancangan Menarik Di Disney Jun Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 373 hits
Disney telah mendedahkan senarai penuh filem baru dan tajuk TV yang akan tersedia untuk perkhidmatan streaming pada bulan Jun 2020 yang akan datang Ini merangkumi tayangan perdana tiga episod terakhir siri dokumentari Star Wars Disney Galle...
Sinopsis Filem Jodoh Syaitan Lakonan Sofi Jikan Aprena Manrose

Sinopsis Filem Jodoh Syaitan Lakonan Sofi Jikan Aprena Manrose

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 1237 hits
Sinopsis Filem Jodoh Syaitan Lakonan Sofi Jikan Aprena Manrose Filem Malaysia yang bersiaran mulai 05 03 2020 lepas FilemnJodoh Syaitan ini mengisahkan kisah Megat yang selalu gagal dalam percintaan Kisah ia bermula apabila ibunya mengahwin...
Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Is Cooking With Ghee Healthy Or Unhealthy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Dalang Di Sebalik Dakwaan Sd Gesa Muhyiddin Undur Telah Dikenal Pasti

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Malaysians Think They Can Outsmart Scammers But 73 Still Fall Victim

Honor Confirms The Mystery Smartphone Introducing Honor X9d 5g