Ular Panglima Dan Pengkhianatan Yang Tidak Berkesudahan Dalam Umno




PETALING JAYA: Banyak emosi yang terbiar tidak dipenuhi, banyak hasrat yang tidak kesampaian selepas hari pertama Perhimpunan Agung Umno (PAU), tetapi lebih banyak ketegangan bakal berlaku ketika kumpulan berlainan berebut untuk menguasai parti terbesar orang Melayu itu.
Gelaran seperti “munafik”, “musuh”, dan “politik kebencian” bergema walaupun sewaktu laungan “kesatuan” berkumandang di dewan perhimpunan ketika pemimpin parti meluahkan kekecewaan mereka mengenai keadaan semasa dalam Umno.
Namun di sebalik tabir wujud pengkhianatan tersembunyi antara rakan-rakan, jabat tangan rahsia dengan musuh, dan perjuangan yang tidak pernah berakhir untuk terus berada di puncak kuasa.
Bagi rakyat biasa, perhimpunan agung dua hari itu, pada sambutan jubli intan Umno, adalah persembahan solidariti dalam parti yang diasaskan atas kepentingan orang Melayu yang berkembang dengan tarikan kepelbagaian kaum melalui kepemimpinannya dalam Barisan Nasional.
Namun, pertemuan rahsia antara kumpulan berlainan memanaskan iklim parti sehingga menyebabkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menetapkan nada dalam ucapannya pada perhimpunan agung semalam.
Syed Arabi Idid.Mohamad mendesak ahli Umno supaya tidak keliru dengan musuh sebenar parti itu, dengan menambah bahawa “musuh dalam selimut” lebih merosakkan parti.
Perunding strategi politik, Syed Arabi Idid, yang mengulas mengenai prosiding semalam berkata, tikam belakang dan “ular” ada dalam mana-mana parti politik, tetapi keadaan itu akan menjadi bertambah buruk apabila parti itu lemah.
Beliau memberitahu FMT bahawa Umno dikuasai oleh panglima yang bergerak dalam struktur kuasanya.
“Tetapi sekarang parti itu tidak sekuat sebelumnya. Para panglima ini mencari dan bertanya apakah yang ada untuk mereka sehingga mewujudkan kumpulan.”
Beliau berkata, itu adalah sebab mengapa ucapan Mohamad semalam lebih tertumpu kepada usaha menggalakkan ahli supaya bersatu, selain mengingatkan bahawa “Umno mempunyai peluang untuk menang. Jadi bersabarlah. Jangan melompat.”
Kamarul Zaman Yusoff.Seorang lagi penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia, berkata, beberapa Ahli Parlimen Umno mungkin berasa parti itu tidak mempunyai arah tuju yang jelas.
Katanya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mungkin gagal mendapat sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu kerana beliau tidak memegang jawatan dalam kerajaan. “Itulah sebabnya sebilangan mereka berani bersuara menentangnya.”
Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam kerajaan mungkin mahu menjaga kepentingan sendiri dengan menjaga hubungan baik dengan PPBM walaupun ada permintaan daripada parti agar memutuskan hubungan dengan parti kerajaan itu selepas pilihan raya umum akan datang.
“Dalam erti kata ada ‘ular’ yang mahu menjaga kepentingan individu dalam kerajaan dan pada masa yang sama dilihat bekerja demi kepentingan parti sehingga mereka mendapat sokongan daripada ahli Umno,” tambahnya.
Beliau percaya tingkah laku ini akan berterusan sehingga pemilihan presiden Umno akhir tahun ini dengan perwakilan memilih pemimpin parti untuk tiga tahun akan datang.
“Sehingga itu budaya ini (tikam belakang) akan tetap ada,” katanya, selain menambah bahawa panglima akan terus melobi pemilihan presiden parti mereka.
Azmi Hassan.Namun penganalisis politik Azmi Hassan berkata, Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak semestinya mengkhianati parti itu.
“Mungkin ada salah faham. Apabila seorang menteri atau timbalan menteri menyokong perdana menteri, mereka boleh menyokong dasar beliau kerana mereka berada dalam kerajaan,” katanya kepada FMT.
PAU 2020 diteruskan hari ini dengan Zahid dijangka memberi ucapan yang berapi-api bagi memastikan semua mengikuti dasar parti sewaktu pertarungan antara PPBM dan Umno semakin panas.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/ular-panglima-dan-pengkhianatan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengkhianatan Dalam Umno Masih Kritikal Fahmi Dedah Siapa Broker Beli M

Pengkhianatan Dalam Umno Masih Kritikal Fahmi Dedah Siapa Broker Beli M

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 381 hits
Dalam Sesi Borak Dahsyat baru baru ini Datuk Kamal menjawab soalan mengenai pengkhianatan yang berlaku di dalam UMNO masih teruk atau pun sudah mula reda Dalam pada masa yang sama YB Fahmi mendedahkan siapakah datuk seri yang terlibat dalam...
Umno Perlu Buat Pembersihan

Umno Perlu Buat Pembersihan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 215 hits
BETAPA yang tinggi dan berkuasa telah jatuh Suatu ketika dahulu UMNO memerintah tetapi hari ini sedang berjuang untuk mendapatkan kembali kedudukannya Dari 1957 hingga Pilihan Raya Umum 2018 UMNO adalah kuasa dominan dalam politik Malaysia ...
Isu Kerjasama Umno Pkr Masih Di Peringkat Awal

Isu Kerjasama Umno Pkr Masih Di Peringkat Awal

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 423 hits
malaysiakini comDiterbitkan 24 Mar 2021 8 24 amNaib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata isu kerjasama antara parti itu dan Umno masih di peringkat awal dan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk Kerjasama ada beberapa bentuk Ada kerjasam...
Tahniah Umno Kelantan Annuar Musa Nak Ikut Yang Mana

Tahniah Umno Kelantan Annuar Musa Nak Ikut Yang Mana

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 224 hits
Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada 23 Mac 2021 telah membuat ketetapan seperti berikut 1 UMNO Negeri Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden p...
Mohamad Jangan Kerana Cemburu Umno Bersatu Putus Hubungan

Mohamad Jangan Kerana Cemburu Umno Bersatu Putus Hubungan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 264 hits
PN BBC Semua ahli UMNO perlu bertindak bijak dan berfikiran panjang sebelum menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang hubungan dilihat retak berpunca daripada perasaan cemburu dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya Ti...
Report Zahid Denies Umno And Pkr Forming Electoral Pact

Report Zahid Denies Umno And Pkr Forming Electoral Pact

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 214 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has denied that his party is negotiating with political rival PKR to form a pact in the next general election Ahmad Zahid told The Star in an interview ahead of Umno s annual general assembly thi...
The Proposed Umno Pakatan Harapan Alliance Has Backfired Badly

The Proposed Umno Pakatan Harapan Alliance Has Backfired Badly

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 267 hits
Umno s future lies with a coalition either a coalition with Perikatan Nasional or a coalition with Pakatan Harapan Some say Umno does not need any coalition and that on its own Umno can contest all 800 or so state and parliament seats in GE...
Umno Kelantan Minta Pas Pilih Umno Atau Bersatu

Umno Kelantan Minta Pas Pilih Umno Atau Bersatu

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 232 hits
PAS diminta membuat keputusan yang jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 akan datang Gesaan itu dibuat oleh Umno Kelantan selepas mesyuarat badan perhubungan negeri semalam Setiausaha Umno Kel...
Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 241 hits
umno online myKUALA LUMPUR 24 Mac Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sekali lagi mengulangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti dan menyatakan bahawa ianya akan kekal dan fokus UMNO adalah untu...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024