Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti


harakahdaily
January 26, 2025

MACHANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pentingnya mencari keredaan Allah SWT dalam perjuangan, walaupun ia mungkin tidak disenangi manusia

Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan bahawa keikhlasan dalam menegakkan agama adalah asas yang harus dijaga, terutama oleh golongan ulama.

“Nabi sebut, barang siapa yang mencari keredaan Allah walaupun manusia marah, Allah Taala reda pada dia. Allah Taala jadikan manusia akan reda pada dia.

“Barang siapa yang mencari keredaan manusia walau dimurkai oleh Allah, dia kira orang suka saja. Dia mengajar-mengajar nak suruh orang ramai mari. Bukan orang ikut hat Islam. Hok mana orang ramai mari, sebut hok itulah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ijtima Ulama Rabbani Peringkat Kebangsaan 1.0 di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini semalam.

Menurut Tuan Guru, ada dalam kalangan mereka yang hanya mahu menarik perhatian orang ramai, tetapi tidak menyampaikan kebenaran sehingga amar makruf nahi mungkar diabaikan.

“Amar makruf nahi mungkar tak ada. Sebut mungkar, karang orang tak mari. Kritik banyak, karang orang tak mari.

“Tak ada kritik langsung. Ceritalah cerita-cerita nak suruh orang ramai. Orang ramai saja. Bukan nak membetulkan manusia,” ujarnya.

Tuan Guru menekankan bahawa ulama harus menjaga keikhlasan mereka dan berusaha menyelamatkan manusia dengan menyampaikan risalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Fokus utama jelasnya, bukanlah untuk mendapatkan sokongan ramai, tetapi untuk membetulkan manusia mengikut syariat Islam.

“Jangan peduli orang tak ada pun tak apa, dua, tiga, empat orang belajar tak apa. Jangan peduli,” katanya lagi.

Beliau turut memberi contoh kisah dalam surah Yasin, di mana tiga Rasul hanya mendapat seorang pengikut, yang akhirnya mati dibunuh.

“Dalam surah Yasin, tiga Rasul, dapat pengikut seorang saja yang mati dibunuh pula. Tapi dimuliakan oleh Allah. Kalau ramai macam semut, tak ada faedah langsung, nak buat apa?

“Ni kira nak cari pengaruh saja, biar orang ramai, orang ramai. Bukan nak membetulkan manusia,” jelasnya.

Tuan Guru turut mengingatkan ulama agar tidak mengkhianati amanah ilmu yang diwarisi daripada Nabi-nabi.

Menurutnya, tugas ulama adalah untuk menyelamatkan manusia sama ada diberi kemenangan di dunia atau di akhirat.

“Selamatkan manusia sama ada diberi kemenangan dunia memerintah ataupun kita tak menang atas dunia mesti menang di hari akhirat. Mesti menang. Tak kalah kalau kita bersama dengan Islam ni,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 26/1/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/ulama-perlu-utama-keredaan-allah-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ko Ingat Allah Tu Kawan Ko Kah Bengong Punya Walaun

Ko Ingat Allah Tu Kawan Ko Kah Bengong Punya Walaun

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 167 hits
PAS tetap PAS Bukan Islam je yang dia buat macam harta pusaka Nampaknya dia ingat Allah pun hak dia je Boleh sesuka hati Khabarnya mamat ni Dia doa agar Allah turunkan bala kepada macam iaitu kebakaran di LA Masalah pertama Mana dia tahu ya...
Baby Faleeq Bayi Kepada Ibu Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Ibu Susuan Percaturan Allah Hebat

Baby Faleeq Bayi Kepada Ibu Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Ibu Susuan Percaturan Allah Hebat

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 172 hits
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru Difahamkan wakil keluarga wanita berkenaan meminta bantuan mana mana wanita untuk men...
Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 239 hits
Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan dimakbulkan Allah Niat Nurul Izzati Barni berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati Ibu Kongsi K...
Hiburan Ini Semua Gimik Teka Teki Kini Terjawab Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin

Hiburan Ini Semua Gimik Teka Teki Kini Terjawab Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 221 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta Baru baru ini Amira Othman akhirnya mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan p...
Baby Muqarrabin Hadiah Dari Allah

Baby Muqarrabin Hadiah Dari Allah

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 241 hits
Ketika baby Muqarrabin berusia 30 hari Hatiku semakin tenang menerima qada dan Qadar dari Allah Ujian bagi kami sekeluarga dengan kehadiran cahaya mata yang mempunyai masalah Klef bibir dan lelangit Teringat lagi dengan pertanyaan dari Dokt...
222 Allah Swt Mengambil Nyawa

222 Allah Swt Mengambil Nyawa

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 143 hits
Norsanina blogspot com Allah swt mengambil nyawa serentak dengan nyawa di cabut tiada sela waktu untuk Allah swt kerana Allah swt tiada terbatas dengan waktu dll al quran
Muslims Beg To Differ With Hadi Awang S One Sided Notion Of Ulama As The Prophet S Heir

Muslims Beg To Differ With Hadi Awang S One Sided Notion Of Ulama As The Prophet S Heir

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 240 hits
A FEW righteous Muslims have attempted to correct PAS president Tan Sri Hadi Awang s seemingly lobsided interpretation that Muslim scholars a k a ulama are heirs of Prophet Muhammad who fight and uphold Islam Rabbani In this regard the Isla...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Rasa Letih Dan Mengantuk Walaupun Dah Cukup Tidur

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Elaun Bulanan Guru Tadika Islam Pulau Pinang Naik Rm400 Ditawar Lanjut Pengajian Secara Percuma

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord