Ulama Pas Zahir Rasa Marah Pada Pemimpin Tertentu Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan 17 Aug 2021, 7:11 pm

Beberapa pimpinan ulama PAS semakin giat menggambarkan betapa mereka marah kepada sesetengah pemimpin Umno yang dianggap menjadi punca kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kemelut politik sekarang.

Mereka juga secara berlapik dan tersirat menyarankan agar orang ramai tidak mengundi pemimpin terbabit dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah ada antara mereka - bersumpah atas nama Tuhan - mendakwa memang tidak mempercayai pemimpin Umno terbabit sejak awal lagi selepas berasa ragu dengan "senyuman sinis" individu terbabit.

Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berkata sebelum ini dia sudah memberi peringatan kepada kawan-kawannya agar berwaspada dengan individu tersebut.

Tanpa menamakan siapa tokoh berkenaan, Mokhtar berkata, langkah, fikrah, kata-kata dan karakter individu terbabit sudah lama menggambarkan dia akan mengkhianati kerajaan PN.

Namun katanya ada antara mereka tidak percaya, tidak senang bahkan mereka menyindir serta menyingkirkan dia dari kumpulan WhatsApp.

Tidak terkilan dengan layanan yang diterimanya, Mokhtar bagaimanapun berkata, telahannya menunjukkan dia benar apabila pemimpin berkenaan "khianat" kepada PN.

Mokhtar turut melampirkan tulisan di Facebook itu dengan komen didakwanya dibuat mengenai individu tersebut pada Jun lalu.

Sudah ada rasa hati

Dalam hantaran itu Mohktar berkata, dia menyaksikan sendiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipeluk oleh individu berkenaan dan dia menyaksikan wajah pemimpin Umno terbabit.

"Wallahi saat itu hati saya tidak percaya dengan kamu. Saat teman-teman saya memuji-muji kamu, saya kawal lidah agar tidak memuji sama. Maaf, hati saya tetap ragu dengan lirik wajah senyum sinismu.

"Teman-teman saya bertanya kenapa saya tidak dapat menerima kamu? Saya jawab jauh di lubuk hati, saya tidak percayakan kamu. Saya tidak bertuhankan rasa hati. Tapi saya berjaga-jaga dengan rasa hati saya.

"Alhamdulillah, suara hati saya benar. Kamu khianati tok guru kami. Kamu khianati pengikut-pengikut kecuali orang yang sekluster dengan kamu," katanya.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai Mokhtar merujuk kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang kini mengetuai gerakan menarik sokongan ahli parlimen Umno daripada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Sebagai rekod Ahmad Zahid sebelum ini menjadi teraju utama yang menggabungkan Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu seorang lagi anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Dusuki Abdul Rani, pula bersuara mengenai perlunya mandat daripada rakyat.

Katanya pelantikan perdana menteri baru selepas ini akan terus jadi pertikaian tanpa mandat tersebut.

PRU ke-15 medan terbaik

Justeru katanya kemelut berkenaan perlu dipulihkan dengan adanya mandat berkenaan untuk mana-mana pihak menjadi kerajaan.

"Krisis berlanjutan ini disebabkan 15 orang ahli parlimen Umno yang menarik sokongan kepada kerajaan PN sebelum ini," katanya juga di media sosial.

Dia turut menyalahkan pembangkang yang didakwanya kemaruk kuasa selepas ia terlepas daripada mereka selepas 22 bulan menjadi kerajaan.

"Sesiapa pun yang dilantik selepas ini untuk menjadi perdana sebelum pilihan raya umum terjadi, akan berhadapan kebuntuan dan keabsahannya akan dipertikai kerana keegoan dan kesombongan kegilaan kuasa ini berterusan. Kecuali Allah menyatukan hati sesama kepimpinan kembali," katanya.

Justeru kata Ahmad Dusuku PRU ke-15 diperlukan untuk menamatkan kemelut perebutan kuasa yang berlaku sekarang.

"Rakyat! Jangan undi mereka, dan jangan pilih mereka! Ingat tu," katanya.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula memberi gambaran betapa ramai lagi mereka yang bersih daripada pertuduhan mahkamah boleh diangkat sebagai pemimpin.

"Ke mana mereka nak bawa kita? Pertimbangan agama, bangsa, negara, rakyat, atau kedudukan parti dan diri mereka?" tanya exco Perak itu.

Menurut Razman, ketika ini masih ramai rakyat yang ikhlas, bersih dari pertuduhan dan cerdik pandai untuk diangkat.

"PRU ke-15 medan terbaik untuk kita semua," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/ulama-pas-zahir-rasa-marah-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Zahir Penghargaan Kepada Ahli Parlimen Pemimpin Setia Dengan Umno

Zahid Hamidi Zahir Penghargaan Kepada Ahli Parlimen Pemimpin Setia Dengan Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 288 hits
Astro AwaniPresiden UMNO itu menegaskan ketetapan dibuat bukan atas kepentingan individu atau mana mana pihak Gambar fail KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen UMNO dan pemimpin yang setia b...
Hari Tu Marah Umno Jatuhkan Muhyiddin Hari Ini Pas Ucap Tahniah Kepada Pm Umno

Hari Tu Marah Umno Jatuhkan Muhyiddin Hari Ini Pas Ucap Tahniah Kepada Pm Umno

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 239 hits
August 20 2021 PARTI Islam Se Malaysia menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Bil...
Dimana Silapnya Bersatu Menurut Pemimpin Umno

Dimana Silapnya Bersatu Menurut Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 205 hits
Nicholas ChungShahrir Samad berkata salah satu isu terbesar adalah berkenaan cara pengurusan pandemik sementara Wan Agyl Hassan menyifatkan Bersatu melakukan pengkhianatan terhadap Umno apabila membentuk kerjasama dengan PAS dan parti lain ...
Umno Berunding Dengan Bersatu Pas Tawar Nama Calon Pm Baharu Mereka

Umno Berunding Dengan Bersatu Pas Tawar Nama Calon Pm Baharu Mereka

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 311 hits
agendadaily com15 8 2021UMNO sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menawarkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada parti itu Bimbang sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon Perdana Menteri baharu ...
Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 243 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno dan PAS tidak merestui cubaan Ismail Sabri Yaakob untuk dicalonkan sebagai perdana menteri caretaker dan timbalan perdana menteri itu dikatakan bermasalah mengekalkan sokongan Ahli Parlimen Umno yang sebelum ...
Apabila Pemuda Pas Bercakap Sahaja Berbau Hancing Kata Pemuda Umno

Apabila Pemuda Pas Bercakap Sahaja Berbau Hancing Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 204 hits
BORHAN AHMADTindakan Ketua Pemuda Pas Senator Khairil Nizam Khirudin mengucapkan selamat jalan kepada kluster mahkamah dikecam oleh Pemuda Umno Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Shahrul Nasrun berkata apabila senator itu bercakap sahaja ia ...
Umno Dan Pas Bermesyuarat Di Pwtc

Umno Dan Pas Bermesyuarat Di Pwtc

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 205 hits
UMNO dan PAS bermesyuarat di PWTC Selepas sebulat suara calon Ismail sebagai PM pemimpin Umno PAS bermesuarat di PWTC KUALA LUMPUR Pemimpin Umno dan PAS berada di ibu pejabat Umno hari ini untuk menghadiri satu mesyuarat Antara yang dilihat...
Senyuman Sinis Umno Pas Baru Tersedar Ker

Senyuman Sinis Umno Pas Baru Tersedar Ker

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 244 hits
Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik berkata sebelum ini dia sudah memberi peringatan kepada kawan kawannya agar berwaspada dengan individu tersebut Tanpa menamakan siapa tokoh berkenaan Mokhtar berkata langkah fikrah ka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord