Ukur Baju Di Badan Sendiri



Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya, belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan

Saya terkejut beruk. Barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan

Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak tak nak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta atau berbincang dengan pihak bank, bukan sorok kereta begitu

Kau boros sangat, iphone tu aku tengok setiap tahun tukar, jam tu brand Tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5 - 6K sebulan. Bila aku halang kau beli, kau cakap aku tak beri semangat

Inilah masalah orang kita, beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain, itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL, LRT Kelana Jaya depan mata dah

Kita ni nak pakai apa-apa buat kira-kira terlebih dahulu, sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak, tengok orang pakai Alphard kita pun nak pakai. Orang pakai iphone kita pun nak pakai. Sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. Jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin, itu bermakna kita tak layak memiliki kereta

Sebenarnya beli kereta ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk mendapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos penyelenggaraan terutama sekali minyak petrol, servis, tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi

Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. Tujuannya satu, nanti balik kampung nampak gah, nak rasa lebih berbanding adik-beradik lain. Nak orang respect terutama kawan-kawan sekolah dulu, sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri

Mula jadi panas baran, marahkan anak dan isteri, mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak

Sebab itulah saya menghasut anak-anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor pergi kerja, naik bas, naik LRT redah ajelah. Janji ada buat simpanan, beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta

Betullah peribahasa Melayu mengatakan;
‘Ukur baju di badan sendiri’
Dari kisah ini, ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya, tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik-adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian di media sosial yang hanya beberapa minit, kita sanggup merana 9 tahun

Sumber: -EncikMatt-#LelakiBurQa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/06/ukur-baju-di-badan-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Baju Simple Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju Sendiri

Cari Baju Simple Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju Sendiri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 396 hits
Mengajar anak memakai baju sendiri bukan sekadar untuk mendidik si kecil berdikari tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda sebagai ibu bapa juga Adakah anda ingin tahu caranya Kenapa perlu mengajar anak pakai baju sendiri Memberi p...
Lepas Bersalin Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni

Lepas Bersalin Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 469 hits
Tidak dinafikan tubuh seorang ibu pasti akan berubah bentuk selepas dia melahirkan Itu adalah normal Kebanyakan wanita yang pernah bersalin akan cuba untuk menerima hakikat ini MAsalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak adalah per...
Gaya Nak Bakar Rumah Sendiri Dah

Gaya Nak Bakar Rumah Sendiri Dah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 299 hits
Dan salam sejahtera sahabatku semua yang hensem dan lawa Semoga sihat belaka nah Apa cerita hari ini Pssttt Dengar khabarnya rumah orang sebelah tengah berterbangan periok belanga pinggan dan dulang Pak haji pun terpelanting sudah serban se...
Mahu Buat Pinjaman Duit Sendiri Rm180 000 Lesap

Mahu Buat Pinjaman Duit Sendiri Rm180 000 Lesap

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 467 hits
KUANTAN Seorang kakitangan sebuah syarikat pengangkutan mendakwa kerugian lebih RM180 000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menggunakan nama sebuah bank untuk menipu dengan menawarkan pinjaman tidak wujud
Tak Perlu Beli Dah Buat Sahaja Pretzel Sendiri Di Rumah Memang Sedap

Tak Perlu Beli Dah Buat Sahaja Pretzel Sendiri Di Rumah Memang Sedap

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 660 hits
Jika anda merupakan seorang peminat pretzel cubalah buat sendiri di rumah dengan resipi perkongsian oleh Echot Aisyah Meor Zahid ini Tak perlu beratur panjang lagi di Auntie Anne s Barulah puas makan bila buat sendiri kan Banyak adunan anda...
Tak Payah Beli Buat Sendiri Rojak Mee Kuah Special Pekat Likat

Tak Payah Beli Buat Sendiri Rojak Mee Kuah Special Pekat Likat

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 279 hits
Kebebasan untuk kita menikmati semangkuk cendol dan Rojak Mee yang saban hari kita makan di lori kecil di tepi jalan pastinya kini tidak semudah dahulu Banyak yang perlu kita fikirkan untuk kembali makan dengan bebas SOP perlulah dijaga seb...
Kenapa Dengar Bunyi Suara Sendiri Yang Dirakam Tak Sedap Rupanya Ini Yang Berlaku

Kenapa Dengar Bunyi Suara Sendiri Yang Dirakam Tak Sedap Rupanya Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 389 hits
Pernah tak alami situasi ini Anda rasa seperti miliki suara yang lunak dan sedap didengar sewaktu menyanyi atau bercakap tapi bila dengar kembali dalam rakaman suara anda berubah tak sama macam yang anda sangkakan Malah tak dapat dinafikan ...
Buat Bsp Sendiri Di Rumah Semasa Mengandung

Buat Bsp Sendiri Di Rumah Semasa Mengandung

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1246 hits
Bismillah AssalamualaikumBuat BSP Sendiri Di Rumah Semasa Mengandung BSP adalah penting untuk memantau paras gula semasa ibu mengandung walaupun tidak disenangi oleh para ibu ibu yang mengandung namun semua yang dilakukan oleh doktor dan nu...
Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 345 hits
Dapat menyusukan bayi yang dilahirkan secara eksklusif sekurang kurangnya dalam tempoh 6 bulan adalah idaman setiap ibu Siapa yang dapat memberikan si kecil susu ibu sehingga dua tahun itu memang satu bonus Perjalanan menyusukan anak adalah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon