Ukur Arah Kiblat
UKUR ARAH KIBLAT (Cara Booking Harga Perkhidmatan Penentuan Selangor)
Setiap tahun umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena Istiwa’ A’zam, iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah dan membolehkan anda melakukan pemeriksaan ukur arah kiblat dengan lebih tepat.
Namun kepada warga penduduk Selangor yang ingi lebih memastikan arah kiblat diukur lebih tepat pada bila-bila masa, anda boleh menggunakan khidmat Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) untuk membuat ukuran tepat. Disini kami akan kongsikn kepada anda cara untuk membuat tempahan dan harga bayaran yang dikenakan, semoga membantu.
APA ITU KIBLAT
Kiblat menurut bahasa adalah arah hadap dan kiblat yang dimaksudkan adalah Kaabah. Manakala menurut ilmu falak kiblat merujuk kepada arah menghadap ke Kaabah di atas glob bulatan bumi mengikut jarak yang terdekat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa menghadap ke kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunah dalam keadaan bermusafir
KENAPA PERLU UKUR ARAH KIBLAT DENGAN TEPAT
Harus diingat walaupun jarak yang terpesong hanya satu darjah, namun sebenarnya ia bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer dari arah kiblat sekali gus menyebabkan ia jauh tersasar dari arah yang sebenar.
PERKHIDMATAN PERSATUAN AHLI FALAK NEGERI SELANGOR (PAFNS)
Sejak tahun 2016, inisiatif PAFNS dengan 70 petugas mahir dan terlatih dalam bidang itu telah memberikan perkhidmatan di lebih 10,000 rumah persendirian di seluruh Selangor.
Perkhidmatan PAFNS yang menyemak, mengukur dan memperbetulkan arah kiblat dari rumah ke rumah dapat menjadikan anda untuk menunaikan kewajipan solat dengan lebih yakin.
CARA PAFNS UKUR ARAH KIBLAT
Berikut adalah merupakan antara pennetuan arah kiblat yang tepat menerusi perkhidmatan PAFNS iaitu:
Penggunaan kompas atau aplikasi bagi menentukan arah kiblat di rumah kadangkala menghasilkan bacaan yang berubah-ubah berikutan kesan tarikan magnetik seperti perkakasan besi dan logam di rumah. Kemungkinan betul (arah kiblat) tetapi kebanyakannya disebabkan kesan magnetik, ada yang tersasar dari arah kiblat yang sebenar,
Kerana itu PAFNS akan menggunakan kaedah data matahari iaitu cahaya dan bayang yang masuk ke dalam rumah. Dari situ akan dibuat perkiraan dilakukan dengan menggunakan perisian Easy Qibla dan Sun Compass membolehkan bacaan tertentu diambil sebelum kita menentukan arah kiblat di rumah yang berkenaan
Antara peralatan lain yang turut digunakan sepanjang kaedah itu yang mengambil masa kira-kira setengah jam ialah:
Laser
TongBa (Tongkat Bayang)
Kertas,
Pen
Pembaris
Tali
Pelapik plastik atau kayu.
Sekiranya rumah terbabit tidak dimasuki cahaya seperti di pangsapuri, petugas arah kiblat akan mencari sumber cahaya yang paling terdekat dengan kediaman itu.
CARA BOOKING UKUR ARAH KIBLAT SELANGOR (PAFNS)
Kepada anda yang ingin menempah perkhidmatan PAFNS, berikut adalah merupakan caranya:
Layari pautan Google Form Permohonan Ukur Arah Kiblat PAFNS
Lengkapkan borang permohonan tersebut dengkan lengkap dan klik Hantar
Pihak PAFNS akan menghubungi anda untuk menentukan waktu yang bersesuai untuk hadir ke ruma anda
Anda juga boleh hubung: 0166061653 – Ustaz Abdul Latip (Setiausaha PAFNS)
KADAR HARGA UKUR ARAH KIBLAT SELANGOR (PAFNS)
Bermula pada 1 Jun 2021, kadar harga yang ditetapkan adalah sebanyak RM 70 (Kos termasuk dua stiker yang akan ditampal). RM10 bagi setiap satu stiker tambahan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ukur arah kiblat Selangor, anda boleh melayari facebook rasmi Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS).
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR (Terima Bayaran Bantuan BINGKAS INSAN)
CARA GUNA APLIKASI PELANCONGAN GO SELANGOR (Tempah Tiket)
CARIAN RASMI TANAH ONLINE (Permohonan WP Kuala Lumpur Selangor Johor)
The post UKUR ARAH KIBLAT (Cara Booking Harga Perkhidmatan Penentuan Selangor) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/ukur-arah-kiblat.html