Ujian Sifat Integriti Jangan Jadi Macam Lim Guan Eng Shahrir




Menjelang penubuhan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berbagai-bagai pihak juga menegaskan harus mereka yang bakal dilantik ke Jemaah Menteri bersih dari rasuah dan salah laku, aitu berintegriti.
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata pendekatan, ujian sifat integriti bagi kerajaan baharu ini ialah ‘jangan jadi macam Lim Guan Eng’.
“Kan mudah sangat tu. Mengapa ungkapan kata itu significant? Kerana Lim Guan Eng, walaupun dalam perbicaraan mahkamah, telah mengambil jawatan menteri. Pendakwaraya telah menarik balik kes terhadap Lim Guan Eng sebaik sahaja diumumkan Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara.
“Dari awal lagi Datuk Seri Najib, yang berhadapan dengan berpuluh tuduhan di mahkamah, sudah nyatakan ‘saya bukan Lim Guan Eng’.
“Tapi Pakatan Harapan (PH) masih berpura kerajaan PH ketika itu ada integriti. Lim Guan Eng lagi berpura-pura dia berintegriti,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Sebagai contoh jelasnya, Guan Eng cuba menutup keburukan dirinya dengan menuduh dalam parlimen yang ‘BN rompak duit GST RM18 billion’ tapi akhirnya terkantoi apabila siasatan PAC dapati tuduhan itu tidak betul.
“Hanya kuasa Yang di Pertua Dewan Rakyat menyelamatkan Lim Guan Eng dari hukuman bercakap bohong dalam Dewan.
“Datuk Seri Zahid Hamidi juga telah berkata dia tidak mahu pegang jawatan dalam kerajaan baharu kerana dia juga mahu melalui proses perbicaraan mahkamah untuk membersihkan dirinya.”
Terangnya, tidak ada seorang pun dari kalangan ahli parlimen BN yang menuntut supaya dihentikan perbicaraan mahkamah terhadap diri mereka, mahupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (SUA BN/Bendahari UMNO) atau Datuk Seri Ahmad Maslan (MKT UMNO).
“Apalagi saya. Saya juga ingin melalui proses perundangan untuk membersihkan diri saya. Asasnya kerana integriti.
“Sungguhpun saya tahu keputusan membawa pemimpin-pemimpin UMNO ke mahkamah setelah jawatan Peguam Negara dan KP SPRM diisikan oleh mereka yang berat sebelah dan berdendam terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan UMNO itu sendiri.
“Sungguhpun saya faham sifat berat sebelah dan berdendam itu bukanlah sifat berintegriti, tapi kami rela melalui proses mahkamah, kerana kami bukan macam Lim Guan Eng!”
Tapi katanya, jangan kerajaan lepas pandang kepada kes-kes lain yang melibatkan pemimpin-pemimpin PH diberbagai-bagai peringkat, iaitu kes-kes yang sudah didiamkan begitu sahaja.
“Ada yang sudah dibawa ke mahkamah tapi macam tidak diteruskan. Ada juga dalam siasatan polis tapi tergantung.
“Kes Shafie Afdal, umpamanya. Kes terjumpa duit tunai RM51 juta di rumah seorang jurutera air, umpamanya.
“Kes laporan polis kerana tisu koyak, umpamanya. Kes bermesyuarat pukul 4 pagi, umpamanya. Bermacam lagi dalam tempoh 22 bulan yang lepas di bawah PH.”
Bidasnya lagi, kalau Lim Guan Eng boleh lepas, apatah lagi yang lain dalam PH?
“Itulah falsafah integriti PH. Kalau dah kepala boleh lepas, yang lain tentu ikut sekali.”
Dilaporkan, menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini, pada 5 petang, di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Pada 29 Feb, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, setelah Seri Paduka berpandangan Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, selepas hampir seminggu krisis politik negara berlaku.
Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac. – UMNO Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/09/ujian-sifat-integriti-jangan-jadi-macam-lim-guan-eng-shahrir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-sifat-integriti-jangan-jadi-macam-lim-guan-eng-shahr

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Ukm Mengaku Buat Fitnah Dan Mohon Maaf Kepada Lim Guan Eng

Pensyarah Ukm Mengaku Buat Fitnah Dan Mohon Maaf Kepada Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 645 hits
MALAYSIA DATELINE Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Abdul Muein Abadi hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Lim Guan Eng di atas pernyataan pernyataan fitnah yang dilemparkan kepada Ahli Parlimen Bagan itu Pernyataan fi...
Kerajaan Ph Masih Berjalan Lim Guan Eng

Kerajaan Ph Masih Berjalan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 391 hits
Fahmy A Roslibhnews bh com myGUAN Eng ketika sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat DAP di Pudu FOTO Hairul Anuar RahimKERAJAAN Malaysia yang ditadbir oleh Pakatan Harapan masih berjalan seperti biasa menurut Setiausaha Agu...
Ukm Lecturer Issues Public Apology To Lim Guan Eng

Ukm Lecturer Issues Public Apology To Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 388 hits
Provided by Malay Mail DAP secretary general Lim Guan Eng has received a public apology from a UKM lecturer who posted a defamatory article on Facebook Bernama file picKUALA LUMPUR March 7 A Universiti Kebangsaan Malaysia lecturer has issue...
Kenyataan Media Setiausaha Agung Dap Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 9 Mac 2020

Kenyataan Media Setiausaha Agung Dap Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 9 Mac 2020

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 669 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan patut menyiasat Perdana Menteri baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa jika beliau berhasrat untuk menyiasat saya di atas tuduhan kononnya saya bertanggungjawab terhad...
Jual Aset Th Lim Guan Eng Mujahid Mesti Disiasat Zahida

Jual Aset Th Lim Guan Eng Mujahid Mesti Disiasat Zahida

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 497 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menggesa pihak berkuasa menyiasat apa yang sudah berlaku kepada Tabung Haji terutama berkaitan penjualan aset asetnya Tegasnya dalam satu hantaran di Face...
Kes Anak Lim Guan Eng Polis Kata Tak Ada Lge Perlu Saman Surat Khabar Dan Orang Ini

Kes Anak Lim Guan Eng Polis Kata Tak Ada Lge Perlu Saman Surat Khabar Dan Orang Ini

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 504 hits
Bila Polis kata tiada aku tak berapa percaya Tapi kena percaya polis Jadi aku rasa kena bersangka baik sajalah sebab manalah kita tau juga mungkin anak Guan Eng ada beli nombor 4d dan kena Toto jackpot tu pasal dapat rm2 juta MR Masalah ini...
Ketua Polis Negara Nafi Anak Guan Eng Ditahan Di Singapura

Ketua Polis Negara Nafi Anak Guan Eng Ditahan Di Singapura

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 368 hits
KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan bahawa anak lelaki bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ditahan di Singapura Katanya anak Guan Eng berada di negara jiran itu tetapi tidak ditahan oleh pihak berkuasa di sana Ia ...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo