Ujian Projek Rintis E Police Reporting Bermula 1 September Di Plus


Ujian Projek Rintis e-Police Reporting Bermula 1 September Di PLUS
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah berjaya menghasilkan projek rintis e-Police Reporting setelah hampir tiga tahun dibuat perancangan dan pembangunan bagi penghasilan sistem ini.
Menurut Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, projek rintis ini akan dilaksanakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 1 September 2025.
Pengguna kenderaan persendirian yang terlibat dalam kemalangan tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada kenderaan lain dan struktur awam boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui platform e-Reporting PDRM, selain daripada pilihan sedia ada untuk melaporkan kemalangan di balai polis berdekatan.
“Projek ini merupakan inisiatif inovatif berteraskan digitalisasi yang menggabungkan kepakaran kepolisan serta kawal selia kewangan negara, terutamanya dari aspek tuntutan insurans, bagi memperkukuhkan sistem pelaporan polis secara lebih cepat, efisien dan berintegriti.
“Dengan adanya usaha rintis ini, ia dijangka bukan sahaja meningkatkan tahap kecekapan siasatan dan penguatkuasaan, tetapi juga memperluas akses masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan secara dalam talian dengan lebih mesra pengguna dan telus,” jelas beliau.
BACA: RUU Pembaharuan Semula Bandar Perlu Untuk Bina Kediaman Lebih Selesa – Anwar Mengulas lanjut, beliau berkata, jawatankuasa kerja yang ditubuhkan bagi melaksanakan projek ini turut melibatkan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Pelancaran ujian rintis yang bermula pada 1 September 2025 ini juga dijayakan dengan kerjasama penuh industri insurans dan takaful am yang diterajui oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA), serta usaha sama projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) selaku pengendali konsesi lebuh raya yang menjadi lokasi pelaksanaan inisiatif ini.
“Pendekatan senegara atau whole of nation approach dalam membangunkan inisiatif ini akan memanfaatkan semua pihak, terutama dalam menyediakan pilihan yang lebih mudah untuk orang awam melaporkan kes kemalangan kecil kepada pihak PDRM, selari dengan matlamat transformasi digital dalam menyampaikan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.
“Kerjasama JSPT Bukit Aman dan BNM ini melambangkan sinergi antara agensi keselamatan dan institusi kewangan negara dalam mendokong agenda transformasi perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi negara,” kata beliau.
BACA: Sasaran Bina 500,000 Rumah Mampu Milik Di Bawah RMK12 Capai 98.8 Peratus – Anwar Dalam pada itu, pelaksanaan projek ini diharapkan menjadi pemangkin kepada inisiatif baharu JSPT Bukit Aman pada masa hadapan yang mampu meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat serta menyumbang ke arah sistem keselamatan, siasatan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Untuk maklumat lanjut mengenai ujian rintis inisiatif ini termasuk kaedah dan tatacara laporan polis secara dalam talian, orang awam dan pengguna PLUS boleh merujuk platform e-Reporting PDRM.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
The post Ujian Projek Rintis e-Police Reporting Bermula 1 September Di PLUS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/28/ujian-projek-rintis-e-police-reporting-bermula-1-september-di-plus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Anak Sihat Bermula Dengan 6 Bulan Pertama Susu Ibu

Rahsia Anak Sihat Bermula Dengan 6 Bulan Pertama Susu Ibu

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 819 hits
Di dalam setiap titis susu ibu tersimpan kasih sayang yang tidak terukur nilainya Ia hadir bersama doa harapan dan kekuatan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa tenaga dan keselesaan demi memberikan yang terbaik buat anak Sempena Ming...
Bermula Sebab Suka Suka Akhirnya Turun Hampir 12kg Dalam 2 Bulan

Bermula Sebab Suka Suka Akhirnya Turun Hampir 12kg Dalam 2 Bulan

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 1104 hits
Assalamualaikum Ya allah hari ni SA adalah antara manusia paling gembira di dunia hari ni kan kena timbang berat badan Alhamdulillah satu pencapaian drastik yang pernah SA lakukan untuk bacaan 15 Ogos SA berjaya turunkan lagi 9 5kg yeayy Ma...
Poco M7 Dilancarkan Bateri Besar Harga Bermula Rm469

Poco M7 Dilancarkan Bateri Besar Harga Bermula Rm469

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 695 hits
POCO hari ini melancarkan peranti terbaharu dalam siri M iaitu POCO M7 Menyentuh spesifikasi POCO M7 dilengkapi paparan berukuran 6 9 inci dengan resolusi FHD kadar sedar semula adaptif sehingga 144Hz serta maksimum kecerahan 700nits Perant...
September Oktober Rupanya Catat Kelahiran Bayi Tertinggi Di Malaysia Apa Sebabnya

September Oktober Rupanya Catat Kelahiran Bayi Tertinggi Di Malaysia Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3276 hits
September dan Oktober bulan paling tinggi kelahiran di Malaysia Ya ini statistik yang dikongsikan oleh Malah menerusi ruangan komen rupanya ramai bayi dilahirkan pada bulan ini dan bulan Oktober Apa sebabnya Ini yang dikongsikan oleh Public...
Joc Cooking Challenge September 2025

Joc Cooking Challenge September 2025

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4887 hits
For our September 2025 JOC Cooking Challenge we ll be cooking a beloved Japanese homestyle dish that s simple nourishing and the ultimate weeknight hero READ
Selamat Datang September Lembaran Baru Dalam Diam

Selamat Datang September Lembaran Baru Dalam Diam

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2441 hits
Masuknya bulan September terasa seperti dunia sedang bersiap menutup tirai tahun Perlahan lahan kita sudah berada di penghujung suku ketiga dan tanpa sedar masa begitu pantas berlalu September datang dalam diam namun ia membawa seribu makna...
Finalize Kerja Awal Bulan September Hadap Sistem Baru

Finalize Kerja Awal Bulan September Hadap Sistem Baru

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2174 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bila masuk bulan baru automatik meja kerja pun penuh dengan fail lama campur fail baru Kadang kadang CCL rasa macam tak cukup tangan nak buat semua Tapi biasalah itu memang lumrah kerja kat opis nii Ada m...
Inkues Kematian Zara Qairina Bermula 3 Sept

Inkues Kematian Zara Qairina Bermula 3 Sept

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 765 hits
Inkues Kematian Zara Qairina Bermula 3 Sept KOTA KINABALU 18 Ogos Mahkamah Koroner di sini menetapkan 3 Sept ini untuk memulakan prosiding siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir Koroner Azreena Aziz menetapkan prosid...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Tentera Israel Serbu Wilayah Selatan Syria

Ajak Melissa Janjimu Chord

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official