Ujian Pencarian Murid Pintar Ukm1 Genius Pintar


Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) akan dibuka dan boleh diakses secara dalam talian bermula 1 Februari hingga 31 Mei 2023.
Apakah Kolej [email protected] ? Kolej [email protected], UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya.
Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).
Kurikulum Kolej [email protected], UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar.
Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.
Kolej [email protected], UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil “[email protected] Junior Certificate” pada Asas 3 dan sijil “[email protected] High School Diploma” pada Tahap 2.
Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej [email protected], UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej [email protected], UKM.
Apakah Program Pencarian Murid Pintar & Berbakat Pusat [email protected] Negara UKM1? Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat [email protected] Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun. Pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara. Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.
Ia adalah bagi mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.
Bagi kemasukan ke program pintar dan berbakat, murid-murid perlu melepasi UJIAN SARINGAN UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat.
Setiap tahun, ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei. Ujian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun. Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web http://ukm1.geniuspintar.ukm.my Tatacara Kemasukan Pelajar Ke Kolej [email protected] Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej [email protected], UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus ujian UKM3.
Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej [email protected], UKM.
Murid-murid terpilih yang melepasi ujian saringan UKM1 dan UKM2 akan ditawarkan untuk mengikuti satu program pengayaan (enrichment) yang dipanggil Program Pengayaan Cuti sekolah (PPCS) sama ada di Pusat [email protected] Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
PPCS yang dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini menyediakan program dan aktiviti pengayaan berpaksikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan memberikan pendedahan kepada murid-murid dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian dan lawatan sambil belajar. Terdapat lebih daripada 30 aktiviti pengayaan yang ditawarkan. Antara contoh aktiviti pengayaan yang menarik yang ditawarkan adalah kelas Robotik, Crime Scene Investigation, Genetic Engineering, Young Physicist, Fast-Paced Biology, Star Rangers dan pelbagai lagi
Asas kepada pembinaan PPCS adalah untuk menyediakan program dan aktiviti mencabar yang bersesuaian dengan kebolehan kognisi tinggi murid pintar dan berbakat dalam membentuk mereka menjadi modal insan yang holistik bagi melahirkan bakal pemikir dan pencipta pada masa hadapan.
Bagi murid-murid berumur 11 hingga 12 tahun, mereka akan melalui ujian saringan yang seterusnya dan sekiranya mereka melepasi semua ujian saringan ini, mereka akan ditawarkan untuk mengikuti Program Menengah Pintar dan Berbakat berdasarkan kecenderungan mereka di antara tiga (3) buah sekolah seperti berikut:
Kolej [email protected] Negara (KGPN) di Kampus Seremban, Negeri Sembilan; Kolej GENIUS Insan (KGI) di USIM, Nilai, Negeri Sembilan; dan Akademi Sains Pendang (ASP) di Kedah. Bidang Pengkhususan Ketiga-tiga sekolah yang menawarkan pendidikan menengah pintar dan berbakat ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:
Kolej [email protected] Negara (KGPN)
Pengkhususan bidang Sains Tulen Pengkhususan Sains Tulen dan Teknologi Digital Kolej GENIUS Insan (KGI)
Pengkhususan Sains Tulen yang berteraskan Aqli dan Naqli * Murid juga perlu melalui satu lagi ujian saringan hafazan sebelum ditawarkan ke kolej ini.
Akademi Sains Pendang (ASP)
Pengkhususan bidang Sains Tulen Tarikh Ujian UKM 1 Ujian Saringan Pertama : 1 Februari – 31 Mei 2023
Baca juga: Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online
Siapa Yang Layak Menduduki Ujian [email protected]? Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.
Murid Islam : 8 tahun / Tahun 2 Murid pelbagai agama / bangsa : 9 – 15 tahun / Tahun 3 – Tingkatan 3 Kelebihan / Keistimewaan Murid yang terpilih untuk mengikuti pendidikan menengah pintar dan berbakat di tiga (3) buah sekolah ini, akan memperoleh pendidikan yang menyokong keperluan kebolehan kognitif mereka yang tinggi, mendapat pengalaman pendidikan yang mencabar dan berteknologi tinggi menerusikurikulum yang rigorous (selaras dengan keperluan kebolehan/kognitif murid), mempunyai peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusiprogram-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing dan Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain. Menerusi program pintar dan berbakat ini potensi dan bakat murid dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum.
Murid juga mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan dengan bimbingan daripada pakar bidang/profesor di universiti dan menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor. Selain itu, murid juga berpeluang mendapat pengalaman tindikan industri (industrial engagement/ immersion) dan mempunyai peluang bersaing di peringkat dunia/ antarabangsa melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia dan universiti Ivy League.
Cara Permohonan Murid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki ujian saringan ini melalui link berikut:http://ukm1.permatapintar.ukm.my/
Semakan Tawaran Ke Kolej [email protected] Negara, UKM sesi 2023.
Para calon dan ibu bapa yang telah melalui proses temu bual UKM3 2023 bagi kemasukan ke Program Kolej [email protected] Negara, boleh melayari laman sesawang http://semak.permatapintar.ukm.my untuk membuat semakan status.
Maklumat lanjut boleh dirujuk pada infografik yang disediakan atau layari https://www.ukm.my/geniuspintar/faqs-kolej-geniuspintar-ukm/ ATAU https://www.ukm.my/geniuspintar/uppb/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ujian-pencarian-murid-pintar-berbakat-ukm1-genius-pintar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-pencarian-murid-pintar-berbakat-ukm1-genius-pintar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Radzi Jidin Cadang Wang Bantuan Bap Terus Dimasukkan Dalam Akaun Bank Murid Elak Kejadian Samun

Radzi Jidin Cadang Wang Bantuan Bap Terus Dimasukkan Dalam Akaun Bank Murid Elak Kejadian Samun

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 67 hits
Wang Bantuan Awal Persekolahan sepatunya dimasukkan terus ke dalam akaun bank murid berbanding diserah kepada ibu bapa murid secara bersemuka kata bekas menteri pendidikan Radzi Jidin nbsp Beliau berkata cara yang dicadangkannya menjimatkan...
Adakah Cikgu Akan Lepaskan Anak Murid Dari Kes Mahkamah Tun M

Adakah Cikgu Akan Lepaskan Anak Murid Dari Kes Mahkamah Tun M

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 70 hits
agendaily com18 01 2023Bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri Malaysia paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat akan melihat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyelamatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kes ra...
Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 67 hits
Bukan semua dari kita berada dan mampu untuk makan sedap sedap setiap hari Kerana itulah perlu kita didik anak anak kita untuk berbagi rezeki Berkongsi rezeki bersama anak anak yang kurang senang Perkongsian seorang pendidik yang cukup dike...
6 Potret Ariella Anak Yuanita Christiani Cantik Dan Sudah Pintar Berpose

6 Potret Ariella Anak Yuanita Christiani Cantik Dan Sudah Pintar Berpose

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 51 hits
Artis cantik Yuanita Christiani memiliki seorang putri bernama Ariella Anak artis yang satu ini nyaris tak pernah tersorot Usianya kini dua tahun Ia tumbuh menjadi anak yang cantik mirip sang mama Ariella juga ternyata sudah pintar berpose ...
16 Genius Diy Solar Powered Project Ideas For All Purposes

16 Genius Diy Solar Powered Project Ideas For All Purposes

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 123 hits
Solar power is a clean renewable energy source that is becoming increasingly popular as technology improves and the cost of solar panels decreases Not only is it good for the environment but it can also The post appeared first on
Kisah Anjing Hachiko Pintar Dan Setia Bagaimana Cara Melatihnya

Kisah Anjing Hachiko Pintar Dan Setia Bagaimana Cara Melatihnya

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 63 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Anda mungkin tak asing dengan kisah anjing Hachiko Kisah nyata dari anjing berjenis Akita ini Artikel pertama kali dipublikasikan di
Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas

Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 86 hits
Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas Telah tular satu rakaman video seorang pelajar telah membawa seokor udang yang cukup besar Video tersebut telah mendapat perhatian dari warganet Mengikut sumber secara umum bahawa vid...
Itulah Namanya Rezeki Bukan Biasa Biasa Murid Hadiahkan Cikgu Hadiah Besar Memang Rare

Itulah Namanya Rezeki Bukan Biasa Biasa Murid Hadiahkan Cikgu Hadiah Besar Memang Rare

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 70 hits
Niat untuk membalas jasa dan penghargaan tidak hanya perlu berbelanja mahal dan berjenama Asalkan sahaja ia pemberian yang ikhlas cukup untuk membahagiakan insan lain Pemberian ikhlas seorang murid yang ingin membalas jasa cikgunya ini mema...
Ujian Psikometrik Spa Bagi Pengambilan Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41

Ujian Psikometrik Spa Bagi Pengambilan Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 86 hits
AssalamualaikumBismillahIni merupakan ujian psikometrik kali kedua untuk jawatan aku dapat Kali pertama aku dapat email untuk menduduki ujian psikometrik pada tahun 2019 selepas graduate Aku hanya sekadar mencuba nasib tetapi bukan rezeki l...
Berbanding Ab Rauf Kenapa Tidak Ditonjolkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Sebagai Ketua Menteri Melaka Berbanding Ab Rauf

Demi Tuntut Pengeluaran Caruman Kwsp Noorazlan Berjalan Kaki Dari Johor Ke Istana Negara

Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar

Mahathir Lupa Beliau Perdana Menteri Yang Pernah Diaibkan Oleh Pemimpin Negara Lain

Nelson Piquet Lewis Hamilton Memuji Pemerintah Brasil Karena Mendenda Mantan Juara F1 Atas Komentar Ofensif

Mahathir Wages Holy War Against Anwar

Peru Mundur Dari Pencalonan Tuan Rumah Piala Dunia U 17 Indonesia Punya Peluang

Kita Berada Di Bulan Ramadan Tapi Aliff Syukri Tergedik Gedik Tak Hormati Ramadan Pendakwah Bebas



5 Scam Yang Sering Terjadi di Bazar Ramadan

Resepi Puding Trifle Menu Penyejuk Tekak Ketika Berbuka

Info Dan Sinopsis Saat Hilang Cintamu Telemovie Slot Cerekarama TV3 Yang Berdasarkan Kisah Benar

5 Syarikat Pengiklanan Terbesar Dunia

Yanjin Kawasan Bandar Paling Sempit di Dunia


Simplify Your Life 15 Diy Closet Organization Tips And Tricks

Discover The Versatility Of Canopy Tents Creative Ideas For Any Occasion

Pm Koyak Dengan Mb Pmo Kena Nafi Atau Beripenjelasan

Alhamdulillah

Cara Terbaik Untuk Menyingkirkan Gas Dalam Kanak Kanak

Amir Masdi Ilusi Keliru Chord