Ujian Imbasan Penting Untuk Kesan Kesihatan Kecacatan Janin Bukan Hanya Tengok Wajah Serta Jantina Anak


Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
[BACA: Bila Scan, Doktor Kesan Ada Kebocoran Jantung Bayi. Ibu Ini Nasihat Buatlah Detailed Scan, Lebih Penting Dari 3D4D] Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.

Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
UJIAN MENENTUKAN KECACATAN KROMOSOM
Semasa kehamilan, wanita hamil mungkin perlu mengambil beberapa pilihan ujian termasuklah ujian saringan untuk mengenal pasti keabnormalan atau kecacatan kromosom. Walaupun kecacatan kromosom yang berlaku pada bayi belum lahir adalah jarang-jarang, namun kebanyakan ibu bapa dengan keadaan perubatan tertentu atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit keturunan adalah perlu untuk lebih berhati-hati.
Apakah itu kecacatan kromosom?
Keabnormalan atau kecacatan boleh berlaku dengan perkembangan luar biasa kromosom itu sendiri, atau ia boleh termasuk satu atau lebih gen. Bayi tersebut tidak lahir dengan kecacatan tetapi kebanyakannya mewarisi gen abnormal daripada kedua-dua ibu dan bapa. Selalunya, jika bayi mendapat hanya satu gen abnormal, maka gen baik lain akan diambil alih oleh ibu bapa.
Kajian menunjukkan bahawa kecacatan kromosom menghuraikan lebih daripada separuh kes keguguran dalam trimester pertama. Kecacatan kromosom yang dikenali ditemui dalam 0.5 hingga 1 peratus pada kesemua bayi baru lahir yang hidup.

Contoh paling lazim kecacatan kromosom ialah Sindrom Down. Berbanding dengan mempunyai dua kromosom no. 21, individu yang terjejas dengan keadaan ini mempunyai tiga kromosom salinan. Sindrom Down menyebabkan IQ rendah dan ciri istimewa seperti anggota badan yang pendek dan mempunyai kedutan di sekitar mata. Implikasi lain keabnormalan kromosom ialah kecacatan jantung. Bayi baru lahir yang mempunyai kromosom no. 13 tambahan (Sindrom Patau) atau no. 18 (Sindrom Edward) jarang sekali hidup selepas lahir. Keadaan-keadaan ini kurang diketahui umum berbanding Sindrom Down.
Apakah ujian yang digunakan untuk mengesan kecacatan kromosom?
Pemeriksaan serum
Jika doktor anda mengesan tanda-tanda luar biasa pada fetus anda, dia akan menjalankan pemeriksaan serum seperti ujian amniosintesis. Ujian ini hanya disarankan jika anda berisiko tinggi mendapat kecacatan kromosom. Walau bagaimanapun, mendapat risiko tinggi bukan bermakna anak anda sudah dijangkiti. Ini adalah bentuk ujian darah yang dilakukan antara minggu ke-15 hingga 20. Jika anda mengambil ujian ini, hormon kehamilan dalan darah anda akan dinilai berhati-hati. Selepas itu, doktor akan menggabungkan keputusan dengan usia anda bagi mengira dan mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mendapat Sindrom Down ataupun tidak.
Ujian persampelan vilus korion (CVS)
Ujian diagnostik ini dilakukan untuk menentukan bilangan sebenar kromosom pada bayi. Jika bilangannya 46, ia dianggap normal. Kaedah ini membantu doktor mengenal pasti kebarangkalian bayi mendapat kecacatan kelahiran seperti trisomi 18, trisomi 13, Sindrom Down, dan penyakit lain. Jika ibu hamil mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan genetik tertentu, CVS juga akan dijalankan. Doktor akan memasukkan jarum melalui abdomen ibu atau melalui serviks ke dalam plasenta. Kemudian, doktor akan memilih kepingan kecil plasenta untuk dihantar ke makmal bagi pengimbasan genetik. Prosedur ini mengambil masa sekitar 2-3 jam untuk dijalankan. Keputusan akan didapati dalam kira-kira beberapa minggu selepas itu.
UJIAN MENENTUKAN JANTINA
Antara perkara yang mengujakan semasa hamil adalah meneka sama ada jantina bayi anda lelaki ataupun perempuan. Selain daripada mitos yang diperkatakan sejak sekian lama, terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan. Artikel di bawah memberikan maklumat kepada anda mengenai bagaimana jantina boleh dikenal pasti melalui beberapa ujian perubatan.

Mitos
Mitos-mitos yang diperkatakan mungkin sekadar mitos, tetapi tiada salahnya untuk mencuba.
Bentuk perut anda semasa hamil (baby bump):
Mengikut cerita orang-orang dahulu, jika bentuk perut anda semasa hamil bulat seperti bola, ini bermakna anda sedang mengandungkan bayi lelaki. Sebaliknya, jika perut anda berbentuk luas, anda lebih cenderung untuk mendapat bayi perempuan.
Mengidam makanan manis dan berempah, dan makanan yang sedap:
Teknik ini hanya bergantung kepada apa yang anda ingin makan, dan tentunya tidak tepat untuk mengenal pasti sama ada anda mengandungkan bayi lelaki ataupun perempuan. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa jika seseorang ibu itu mengidam makanan manis, dia akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya, jika anda teringin makan makanan seperti kentang goreng dan stik semasa hamil, anda mungkin sedang hamil bayi lelaki.
Bentuk wajah anda:
Kepercayaan orang dulu-dulu, ibu yang boleh mengawal berat badan mereka dan menjaga penampilan akan melahirkan bayi lelaki. Sementara untuk ibu yang tidak, dia akan mendapat bayi perempuan. Mengapa berbeza? Ini kerana, menurut kepercayaan dahulu, bayi perempuan akan mengambil seri kehamilan ibu tersebut.
Ujian perubatan yang boleh mendedahkan jantina sebenar bayi
Amniosentesis:
Prosedur amniosentesis termasuklah meletakkan sebatang jarum ke dalam bendalir yang mengelilingi bayi. Pakar kemudiannya akan melihat kepada rupa kromosom bayi untuk menentukan jantina bayi, juga sebarang keabnormalan kromosom. Teknik ini pasti dapat menentukan jantina bayi anda. Walau bagaimanapun, memandangkan ujian ini berisiko tinggi menyebabkan keguguran, maka doktor tidak akan mencadangkan anda untuk melakukan ujian ini.
Ultra-bunyi:
Pada usia kandungan 20 minggu, anda dan pasangan boleh mengetahui jantina bayi dengan cara melakukan imbasan ultrabunyi anatomi. Jika anda benar-benar ingin tahu, semasa minggu ke-14 dan 15 kehamilan, imbasan juga sudah boleh dilakukan. Malahan, secara saintifiknya, jika anda melihat bentuk penyu, bersedialah untuk menerima bayi lelaki. Sementara itu, jika anda melihat tiga garisan, maka anda mungkin akan menerima bayi perempuan. Pun begitu, teknologi boleh menyebabkan keputusan yang salah. Jadi, satu-satunya cara untuk memastikan jantina anak anda adalah dengan menunggunya sehingga hari kelahiran.
BEZA UJIAN IMBASAN 2D, 3D, DAN 4D. DOKTOR INI TERANGKAN DENGAN TERPERINCI
Sejak kebelakangan ini, ujian imbasan 3D dan 4D semakin popular di kalangan ibu hamil. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi moden yang semakin canggih, bukan sahaja jantina anak dapat diketahui dengan mudah, bahkan rupa parasnya juga dapat dilihat dengan lebih jelas. Malah, apa sahaja yang berkaitan dengan fizikal anak dapat diketahui sejak dalam kandungan lagi.

Menurut Dr Suraya Sulaiman Khan, sonografer di Pusat Ultrasound Sonoworld Centre, Ampang, ibu di zaman sekarang agak beruntung dengan adanya teknologi ujian imbasan.
Menerusi imbasan 3D (tiga dimensi – gambar berwarna oren) dan 4D (empat dimensi dengan video tiga dimensi) ini, anda boleh melihat secara langsung apa yang bayi lakukan di dalam kandungan. Memang mengujakan! Lebih-lebih lagi sekiranya ia kandungan pertama anda.
Namun yang demikian, imbasan 3D dan 4D hanya boleh dilakukan ketika usia kandungan 26 minggu hingga 32 minggu. Ini kerana pada masa ini, bayi di dalam kandungan sudah matang dan besar. Jadi, pembentukan fizikal dan jantinanya boleh dilihat dengan jelas.
Selain itu, pemeriksaan imbasan 3D dan 4D dipengaruhi beberapa faktor lain seperti maternal habitus (gemuk/kurus), posisi bayi ketika imbasan, kandungan air ketuban dan usia kandungan.
Imbasan dan keperluannya
Imbasan ultrabunyi juga dikenali sebagai imbasan ultrasound ataupun sonografi yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan imej bayi dan dipantul balik. Pantulan ini kemudiannya diproses oleh mesin dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi.
Imbasan ultrabunyi dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ia berbeza dengan X-ray di mana ia menggunakan pengionan yang membahayakan manakala
imbasan ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Pengimejan ultrabunyi, juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrabunyi diletakkan terus pada kulit.
Pengimejan ultrabunyi merupakan ujian perubatan invasif yang membantu mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan. Ultrabunyi memainkan peranan yang penting dalam penjagaan setiap ibu hamil. Antara sebab ia penting adalah untuk:
1. Mengetahui kedudukan uri dan tahap air ketuban.
2. Menentukan usia sebenar bayi dan jangkaan tarikh lahirnya.
3. Mengetahui bilangan bayi sama ada tunggal ataupun kembar.
4. Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan kecacatan kelahiran.
5. Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya.
Beza 2D, 3D & 4D
Imbasan 2D memberi gambar dua dimensi dalam warna hitam putih. Imbasan ini juga dikenali sebagai imbasan morfologi. Paling baik dilakukan pada minggu ke-20 hingga 26 kehamilan. Ia merupakan imbasan terperinci bayi dan banyak aspek yang akan dinilai semasa proses imbasan dilakukan. Ini bagi memastikan perkembangan bayi adalah normal.
Biasanya sonografer akan melihat kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma; abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing, perut, tulang belakang, anggota badan termasuk tangan dan kaki.
Imbasan ini perlu dilakukan di dalam keadaan yang baik dan memerlukan kerjasama bayi. Jika kedudukan bayi tidak menentu, anda mungkin terpaksa pulang dan datang kembali pada masa yang lain.
Setiap bayi mempunyai ciri-ciri tersendiri. Contohnya, sesetengah bayi mempunyai ukuran kepala yang lebih besar atau ukuran tulang paha yang lebih pendek. Ciri-ciri ini sering sama dengan ibu bapanya. Aspek-aspek lain yang dinilai adalah:
1. Kadar jantung bayi.
2. Bilangan bayi.
3. Kedudukan plasenta.
4. Jumlah cecair amnion sekitar bayi.
5. Tempoh pembukaan laluan serviks.
6. Rahim ibu.
Imbasan 3D pula merupakan gambar statik tiga dimensi dan 4D pula merupakan rakaman video. Imbasan 3D dan 4D dianggap selamat seperti imbasan 2D kerana imej-imej yang terdiri daripada bahagian-bahagian imej dua dimensi ditukar ke dalam bentuk gambar.
Imbasan 3D dan 4D boleh memberikan lebih banyak maklumat kerana ia boleh menunjukkan lebih terperinci dari sudut yang berbeza. Pengimbasan 3D dan 4D juga berguna untuk melihat hati dan organ-organ dalaman yang lain. Sebelum 26 minggu, bayi anda mempunyai sangat sedikit lemak di bawah kulit. Jadi, tulang mukanya akan mudah dilihat dengan lebih jelas. Selepas 32 minggu, kepala bayi akan pergi jauh ke dalam pelvis dan anda mungkin tidak dapat melihat wajahnya.
Pada minggu ke-28, jika plasenta berada di hadapan rahim (anterior plasenta), anda akan melihat imej terbaik wajah bayi! Namun, kadang-kadang ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Ia bergantung pada kedudukan bayi di dalam rahim. Pihak sonografer mungkin akan meminta anda untuk berjalan-jalan dahulu atau datang kembali dalam tempoh seminggu dengan harapan bayi berubah ke kedudukan yang lebih baik.


Pa&Ma TV, Jurnal Kehamilan Musim ke-4, episod 9 membincangkan tentang Ujian Imbasan pada hari Selasa ini jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Prima HD.
Sumber: Pa&Ma, Hello Doktor
The post Ujian Imbasan Penting Untuk Kesan Kesihatan & Kecacatan Janin, Bukan Hanya Tengok Wajah Serta Jantina Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ujian-imbasan-penting-untuk-kesan-kesihatan-kecacatan-janin-bukan-hanya-tengok-wajah-serta-jantina-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu Anak Pun Tak Kenyang

Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu Anak Pun Tak Kenyang

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 630 hits
Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda penyusuan mungkin menyakitkan Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menek...
Tunai Nafkah Batin Bukan Hanya Sekadar Seks Bapa Kepada 3 Orang Anak Ini Kongsi Erti Sebenar Tanggungjawab Nafkah Batin

Tunai Nafkah Batin Bukan Hanya Sekadar Seks Bapa Kepada 3 Orang Anak Ini Kongsi Erti Sebenar Tanggungjawab Nafkah Batin

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 354 hits
The ReporterMenunaikan nafkah batin buat isteri Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy Akbar duduk di belakang bermain dan Daisy yang tadinya tidur sudah mula tersengih sengih Isteri s...
Wanita Tahu Lelaki Curang Hanya Dengan Melihat Wajah Pasangan

Wanita Tahu Lelaki Curang Hanya Dengan Melihat Wajah Pasangan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 228 hits
Dalam satu kajian terbaharu mendapati bahawa wanita sememangnya boleh tahu jika pasangan mereka curang hanya dengan melihat pada wajah Kajian itu dijalankan ke atas 299 lelaki dan 452 wanita Gambar hiasan Kecurangan yang dicurigai mungkin m...
Tidur Siang Penting Untuk Mental Fizikal Anak Rujuk Jadual Tidur Siang Ini

Tidur Siang Penting Untuk Mental Fizikal Anak Rujuk Jadual Tidur Siang Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 316 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Tak Sabar Sambut Ramadan Shima Mahu Cuba Puasa Penuh Mungkin Dedahkan Jantina Anak Selepas Raya Nanti

Tak Sabar Sambut Ramadan Shima Mahu Cuba Puasa Penuh Mungkin Dedahkan Jantina Anak Selepas Raya Nanti

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 366 hits
Baharu minggu lepas ibu cantik ini berkongsi fotonya sedang bersolek kerana sentiasa mahu menjaga penampilan di hadapan suaminya Kelmarin dia berkongsi sebuah status di laman Instagramnya yang memberitahu tentang majlis pengumuman jantina b...
Anak Tak Nak Hantar Saya Ke Ijn Hanya Bagi Rm50 Saja Untuk Isi Minyak

Anak Tak Nak Hantar Saya Ke Ijn Hanya Bagi Rm50 Saja Untuk Isi Minyak

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 482 hits
The ReporterViral di media sosial kisah seorang lelaki tua yang menghidap penyakit jantung menunggang motosikal Suzuki RC80 sejauh 226 kilometer dari Kuantan ke IJN Kuala Lumpur mengundang rasa simpati netizen Difahamkan lelaki tua ini terp...
Hanya 10 Minit Tatap Jenazah Isteri Banduan Sebak 6 Anak Kecil Rangkul Kaki

Hanya 10 Minit Tatap Jenazah Isteri Banduan Sebak 6 Anak Kecil Rangkul Kaki

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 699 hits
Hanya 10 Minit Tatap Jenazah Isteri Banduan Sebak 6 Anak Kecil Rangkul KakiIni kisah anak anak arwah staff sy yang meninggal dunia semalam Mereka 6 beradik
Maqasid Syariah Di Kedah Hanya Alat Kosmetik Cantikkan Wajah

Maqasid Syariah Di Kedah Hanya Alat Kosmetik Cantikkan Wajah

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 325 hits
Hanya gah umum projek mega keperluan utama rakyat dibelakangkanBANGI Prinsip Maqasid Syariah dalam urus tadbir sesebuah kerajaan dilihat tidak berlaku di dalam kerajaan Pakatan Harapan Kedah sepanjang setahun memerintah kata Ketua Dewan Pem...
Senang Jaga Sarima Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar Mandi Saja

Senang Jaga Sarima Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar Mandi Saja

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 377 hits
Pelakon Syatilla Melvin bersyukur anak keduanya yang dilahirkan pada 17 April lalu Sarima Samheizy tidak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga Menurut bintang Dia Isteri Luar Biasa itu keadaan terbabit membolehkan dirinya menjalani proses b...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation