Ujian Amali Sains Spm 2025 Jadual Cara Menjawab Tips


Ujian Amali Sains SPM merupakan penilaian praktikal makmal bagi subjek Sains seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2025. Layari https://lp.moe.gov.my untuk muat turun PDF Jadual SPM 2025 bagi mengetahui jadual penuh Sijil Peperiksaan Malaysia 2025. 
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dijadualkan bermula dari 3 November 2025 dan akan berlangsung hingga 23 Disember 2025.
Ujian Amali Sains SPM pula akan berlangsung dari 17 hingga 19 November 2025. Terdapat empat jenis ujian amali yang meliputi:
Ujian Amali Fizik Ujian Amali Kimia Ujian Amali Biologi Ujian Amali Sains Tambahan Ujian ini bertujuan untuk menilai kemahiran pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains, mengurus bahan serta peralatan makmal dengan betul, merekod dan menganalisis data eksperimen secara langsung.
Rujuk info lebih terperinci di bawah. 
Ujian Amali Sains SPM 2025 Ujian Amali Sains SPM yang juga disebut sebagai Kertas 3 adalah komponen penting dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang melibatkan penilaian praktikal bagi beberapa subjek sains seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan. 
Ujian ini bertujuan untuk mengukur kemahiran pelajar dalam melaksanakan eksperimen makmal secara langsung termasuk pengurusan bahan dan peralatan, pemerhatian, pengambilan data serta analisis saintifik hasil eksperimen.
Pelaksanaan ujian amali ini memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kefahaman teori melalui aplikasi praktikal dan pengetahuan makmal yang sebenar. Ia dijalankan oleh calon di makmal sekolah masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Ujian ini wajib dihadiri oleh semua calon yang mengambil subjek-subjek tersebut kerana markah ujian amali akan diambil kira dalam penilaian akhir peperiksaan SPM.
Subjek Terlibat Ujian Amali Sains SPM 2O25 Subjek yang terlibat dalam Ujian Amali Sains SPM 2025 adalah seperti berikut:
Fizik (Kertas 3) Kimia (Kertas 3) Biologi (Kertas 3 Sains Tambahan (Kertas 3) Semua subjek ini memerlukan pelajar menjalani praktikal makmal untuk menilai kemahiran sains secara langsung dan komprehensif. Kehadiran ujian amali ini wajib dan markahnya akan dimasukkan dalam penilaian keseluruhan SPM 2025 bagi subjek sains berkenaan.
Tarikh Ujian Amali SPM 2025 Jadual ujian amali SPM 2025 telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti berikut:​
SubjekTarikh Fizik17 November 2025Kimia18 November 2025Biologi19 November 2025Sains Tambahan19 November 2025 Rujuk jadual Ujian Amali Sains SPM 2025 yang lebih lengkap di bawah:
Ujian Amali Fizik Kertas 3 SPM 2025
Ujian Amali Kimia Kertas 3 SPM 2025
Ujian Amali Biologi Kertas 3 SPM 2025
Ujian Amali Sains Tambahan Kertas 3 SPM 2025 NOTA:
Bilik Lapor Diri ialah tempat calon melapor diri dan berkumpul secara terkawal. Makmal Peperiksaan ialah makmal yang digunakan untuk pelaksanaan Ujian Amali Sains. Bilik Kuarantin ialah tempat calon yang telah mengambil Ujian Amali Sains ditempatkan sebelum mereka dibenarkan balik mengikut jadual sidang yang ditetapkan. Pastikan pelajar sentiasa menyemak jadual rasmi sekolah bagi pengesahan tarikh dan masa sesi masing-masing. Rujuk jadual penuh SPM 2025 di sini: Tarikh & Jadual SPM 2025 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Format & Struktur Ujian Amali SPM 2025 Format Ujian Amali Sains SPM 2025 (Kertas 3) mengandungi beberapa bahagian utama dan soalan berstruktur bagi menilai kemahiran praktikal pelajar.
Bahagian 1: Senarai Semak Radas dan Bahan
Pelajar diberikan senarai radas dan bahan yang akan digunakan. Mereka perlu memeriksa dan menandakan radas yang lengkap sebelum memulakan eksperimen. (Markah diberi untuk ketelitian semakan). Bahagian 2: Merancang dan Menjalankan Eksperimen
Pelajar dikehendaki membaca soalan-soalan dan merancang eksperimen dengan kemas dalam masa 15 minit pertama. Kemudian, pelajar melaksanakan eksperimen mengikut perancangan, mengawal pembolehubah dan merekod data dengan tepat. Bahagian 3: Pengumpulan dan Analisis Data
Pelajar merekod data eksperimen dalam bentuk jadual, memastikan keseragaman tempat perpuluhan dan unit yang digunakan. Seterusnya, pelajar mesti mengira sebarang nilai yang diperlukan seperti purata, perbezaan atau peratus perubahan. Bahagian 4: Lukis Graf dan Interpretasi
Pelajar melukis graf sesuai dengan data (graf garis, bar, atau histogram) dengan tajuk, skala dan label yang betul. Setelah itu, mereka perlu menulis inference atau kesimpulan yang relevan berdasarkan data eksperimen dan konsep saintifik. Pelajar dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik dan menyerahkan kertas jawapan tambahan atau kertas graf jika perlu. Format soalan disediakan dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
Markah
Jumlah markah ujian amali Sains SPM 2025 mengikut subjek adalah seperti berikut: Fizik: 15 markah Kimia: 20 markah Biologi: 20 markah Sains Tambahan: 40 markah Markah diagihkan mengikut aspek kemahiran proses sains yang berbeza dan tahap kesukaran soalan. Terdapat markah untuk pengendalian bahan, ketepatan pengukuran, analisis data dan keselamatan makmal. Tempoh Ujian
Bergantung subjek; Fizik: 45 minit Kimia: 45 minit Biologi: 45 minit Sains Tambahan: 1 jam 45 minit Cara Menjawab Ujian Amali Sains SPM 2025 1. Baca Soalan dengan Teliti dan Gariskan Tugasan Penting
Gunakan masa 15 minit permulaan untuk membaca keseluruhan soalan amali dengan teliti. Gariskan bahagian soalan yang penting dan skop tugasan supaya dapat fokus menjawab dengan tepat dan sistematik.
2. Rancang dan Fahami Eksperimen
Rancang langkah eksperimen yang akan dijalankan berdasarkan soalan. Pastikan faham tujuan ujian dan alat serta bahan yang diperlukan. Jangan mula tanpa perancangan yang jelas.
3. Pengendalian Makmal yang Teliti dan Selamat
Lakukan eksperimen dengan berhati-hati dan ikut prosedur keselamatan yang ditetapkan. Gunakan alat dengan betul dan pantau pembolehubah yang diuji.
4. Rekod Data dengan Tepat dan Konsisten
Catat semua data pemerhatian dengan jelas termasuk unit dan tempat perpuluhan yang konsisten. Ini penting untuk elak kehilangan markah kerana kesilapan kualiti data.
5. Analisis Data dan Lukis Graf yang Sesuai
Lakukan pengiraan yang diperlukan dan lukis graf yang tepat menggunakan label dan skala yang betul. Pilih jenis graf yang paling sesuai mengikut data (graf garis, bar atau histogram).
6. Tulis Inference (Kesimpulan) Berdasarkan Data dan Konsep Saintifik
Gunakan istilah saintifik yang tepat untuk menerangkan hubungan atau pola yang diperoleh daripada eksperimen. Pastikan inferens itu logik dan relevan dengan data yang dikumpul.
7. Periksa Semula Jawapan dan Data sebelum Menghantar
Gunakan masa yang tinggal untuk semak semula data, graf dan jawapan inference. Betulkan sebarang kesilapan kecil atau kekeliruan supaya markah tidak terbuang.
8. Patuhi Semua Arahan dan Etika Peperiksaan
Ikuti arahan pengawas dan patuhi peraturan keselamatan sepanjang ujian. Sikap bertanggungjawab turut dinilai.
Tips Skor A Kertas 3 SPM 2025 Tips Penting Amali Sains Fizik SPM 2025
Kuasai teknik menjawab soalan Fizik. Ada dua jenis soalan amali Fizik iaitu soalan berpandu dan soalan tidak berpandu. Pengurusan masa. Manfaatkan masa 5 minit pertama untuk semakan radas dan juga membaca serta memahami semua soalan yang diberikan. Jadi, anda boleh terus mulakan eksperimen selepas masa 5 minit tamat tanpa perlu membuang masa eksperimen untuk membaca/memahami soalan eksperimen. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang agar data yang diperolehi lebih tepat. Jangan terburu-buru mengemas radas. Kemas radas setelah eksperimen tamat dan data yang diperoleh menepati kehendak soalan. Ada kalanya anda perlu membuat eksperimen sekali lagi disebabkan data kurang tepat. Gunakan 5 minit terakhir untuk membuat semakan semula jawapan anda. Semak titik perpuluhan, graf, unit dan sebagainya. Kecuaian kecil boleh menyebabkan anda kehilangan markah. @jimmy225782 5 Tips bagaimana boleh score amali Fizik 15 per 15..boleh dapatkan soalan amali dlm butang biru. #amalifizik #spm #fizik
♬ original sound – Sir Jeemi – Sir Jeemi Tips Penting Amali Sains Kimia SPM 2025
Baca soalan dan semak radas dengan teliti. Pastikan setiap bacaan alat radas ada titik perpuluhan yang konsisten. Contohnya, semua bacaan panjang, suhu, isipadu dicatat dengan tempat perpuluhan yang sama supaya data seragam dan tidak hilang markah. Fokus pada pengendalian larutan kimia. Elakkan menyentuh larutan dengan tangan, baca label bahan dengan betul dan gunakan alat dengan cara selamat (contoh: pegang botol reagen dengan label menghadap tapak tangan). Rancang langkah eksperimen dengan jelas berdasarkan soalan. Gariskan tugas penting supaya dapat data yang tepat dan lengkap. Catat data dengan teratur dan lengkap termasuk semua pemerhatian seperti warna, bau, perubahan suhu, gas dan lain-lain. Gunakan kalkulator saintifik untuk pengiraan dan pastikan operasi matematik tepat. Lukis graf yang tepat dengan label lengkap, skala sesuai dan ketepatan titik data. Sentiasa amalkan keselamatan makmal dan ikuti arahan guru serta pengawas. Kekal tenang. Tips Penting Amali Sains Biologi SPM 2025
Baca soalan dan semak radas dengan teliti. Manfaatkan masa dengan baik. Untuk menjawab soalan inference (kesimpulan pemerhatian), calon perlu menerangkan sebab yang betul berdasarkan konsep biologi. Calon digalakkan menggunakan istilah biologi yang tepat dalam menulis inference supaya jawapan lebih lengkap dan tepat. Terdapat tiga jenis graf dalam subjek biologi iaitu graf garis, graf bar dan graf histogram. Calon perlu bijak memilih graf yang sesuai untuk data dan ujian amali yang dijalankan bagi memastikan markah maksimum diperoleh. Tips Penting Amali Sains Tambahan SPM 2025
Calon perlu membaca keseluruhan soalan dengan teliti dan menggariskan tugasan penting dalam tempoh 15 minit yang diberikan supaya dapat fokus menjawab dengan jelas. Semasa menjalankan eksperimen, jika ada data yang diragui, calon boleh ulang eksperimen tertentu sahaja untuk memperbaiki keputusan tanpa perlu buat keseluruhan eksperimen semula. Pastikan data yang direkod adalah tepat dan seragam dari segi tempat perpuluhan bagi mengelakkan markah ditolak. Contohnya, semua data ketinggian perlu mempunyai bilangan tempat perpuluhan yang sama (contohnya semua 1 tempat perpuluhan). Jika terdapat dua tempat perpuluhan dalam data, pastikan kesemua data diseragamkan mengikut dua tempat perpuluhan yang sama. Graf yang dilukis mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk elak kehilangan markah. Tarikh-tarikh Penting SPM 2025 – KPM Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3 – 6 November 2025 Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi): 17, 18 dan 19 November 2025 Ujian Amali Sains Tambahan: 19 November 2025 Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10 – 13 November 2025 Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November 2025.  Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember 2025 Hari Tiada Peperiksaan SPM 2025:
Berikut adalah hari-hari di antara 25 November hingga 23 Disember 2025 yang tiada peperiksaan SPM berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan:
28 November 2025 (Jumaat) 29 November 2025 (Sabtu) 30 November 2025 (Ahad) 5 Disember 2025 (Jumaat) 6 Disember 2025 (Sabtu) 7 Disember 2025 (Ahad) 12 Disember 2025 (Jumaat) 13 Disember 2025 (Sabtu) 14 Disember 2025 (Ahad) 19 Disember 2025 (Jumaat) 20 Disember 2025 (Sabtu) 21 Disember 2025 (Ahad) Peperiksaan Bertulis
Peperiksaan bertulis SPM akan bermula pada 25 November 2025 dan berakhir pada 23 Disember 2025 dengan beberapa hari di antara tarikh tersebut juga tiada peperiksaan.
NOTA: Pastikan untuk menyemak jadual waktu rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk sebarang perubahan atau maklumat lanjut mengenai peperiksaan.Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM), Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Laman Web Sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Soalan Lazim Ujian Amali Sains SPM 2025 Apakah subjek yang terlibat dalam ujian amali sains? Subjek yang terlibat ialah Fizik (4531/3), Kimia (4541/3), Biologi (4551/3) dan Sains Tambahan (4561/3).
Bilakah tarikh ujian amali diadakan? Ujian amali SPM 2025 dijadualkan pada 17 hingga 19 November 2025 bergantung pada subjek.
Bagaimanakah format ujian amali? Ujian ini mengandungi beberapa soalan berstruktur yang melibatkan pemeriksaan radas, pelaksanaan eksperimen, pengumpulan data, lukisan graf dan penulisan inference.
Adakah ujian amali wajib? Ya, calon yang tidak hadir tanpa sebab munasabah akan diberi status T dan keputusan SPM mereka akan terjejas.
Bolehkah calon menggunakan kalkulator? Ya, kalkulator saintifik dibenarkan untuk pengiraan.
Bagaimana jika tersilap buat eksperimen? Calon boleh mengulangi eksperimen tertentu dalam masa yang diberikan untuk membetulkan data.
Bagaimana cara merekod data yang betul? Data mestilah lengkap, tepat, mempunyai unit dan tempat perpuluhan yang seragam bagi mengelak kehilangan markah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ujian-amali-sains-spm-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ujian-amali-sains-spm-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Spm 2025 Adalah Tidak Benar

Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Spm 2025 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 190 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mengambil perhatian serius dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia
All The Best Ujian Mendengar Spm 2025

All The Best Ujian Mendengar Spm 2025

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 207 hits
All the best Ujian Mendengar SPM 2025 Good luck semua calon SPM Tremendous 2025 yang akan jawab Ujian Mendengar BM BI Semoga anda semua tenang fokus dan hati lapang masa jawab Usaha dah buat doa pun tak pernah tinggal sekarang tinggal masuk...
Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 259 hits
Calon yang layak akan dipanggil menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dan Ujian Khas MRSM mengikut jadual yang ditetapkan oleh MARA Semakan panggilan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut bagi Tingkatan 1 di d...
Majlis Munajat Perdana Spm 2025 Aprogram Memori Tercipta

Majlis Munajat Perdana Spm 2025 Aprogram Memori Tercipta

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk anak anak SPM 2025 kami tadi Oleh kerana sekolah anak anak ni di kawasan luar bandar dan agak jauh mungkin kerana itu pihak sekolah buat program ni pada h...
Over 413 000 Students To Sit For Spm 2025 From Nov 3

Over 413 000 Students To Sit For Spm 2025 From Nov 3

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 317 hits
PUTRAJAYA The Sijil Pelajaran Malaysia 2025 examination involving 413 372 candidates will begin this Monday and run until Dec 23 at 3 350 examination centres nationwide In a statement Friday the Education Ministry said the Bahasa Melayu Ora...
Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 293 hits
Berikut adalah jadual Sukan SEA 2025 di Thailand untuk empat acara berpasukan yang melibatkan pasukan Malaysia termasuk bola sepak lelaki bola sepak wanita futsal lelaki dan futsal wanita yang akan berlangsung pada bulan Disember ini FAM Ha...
5 Cara Mudah Buat Bateri Smartphone Tahan Lebih Lama Tips Praktikal

5 Cara Mudah Buat Bateri Smartphone Tahan Lebih Lama Tips Praktikal

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 204 hits
5 Cara Mudah Buat Bateri Smartphone Tahan Lebih Lama Tips Praktikal Bateri telefon cepat habis Berikut 5 langkah mudah dan praktikal yang boleh anda lakukan hari ini untuk memanjangkan ketahanan bateri smartphone tanpa perlu beli bateri bar...
Program Solat Hajat Spm 2025

Program Solat Hajat Spm 2025

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 154 hits
Program Solat Hajat SPM 2025 Alhamdulillah selesai sudah Program Solat Hajat SPM 2025 yang berlangsung di Masjid Ar Rahman Taman Putri malam tadi Terima kasih buat semua murid Tingkatan 5 ibu bapa dan guru guru yang turut hadir bersama Suas...
Cara Belanja Di Taobao Untuk Pembeli Dari Indonesia Ini Tips Dan Triknya

Cara Belanja Di Taobao Untuk Pembeli Dari Indonesia Ini Tips Dan Triknya

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 136 hits
Mau tahu cara belanja di Taobao yang terbaru bagi pembeli dari Indonesia Kamu bisa ikuti langkah langkah lengkapnya di sini beserta beberapa tips dan trik yang pastinya akan membantu proses pendaftaran tersebut
Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Amazing Dinner Recipes Pasta

Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Anak Menjauh

Setup Google Analytics Untuk Blogspot

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari Apa Itu Green Lab

Gotik Senja

Bila Kita Jadi Watak Jahat Dalam Cerita Orang

Bila Tak Lagi Dihargai Bahagian 19