Uji Power Triton Vgt Premium
Uji Power Triton VGT PremiumAsalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Minggu ini masuk minggu pertama cuti sekolah. Pasti ramai yang hendak merancang percutian bersama keluarga tercinta. Sebagaimana perbincangan dengan isteri dan dua orang anak yang masih bersama, nampaknya kami kena akur tuntutan hendak melawat anak di Kota Kinabalu. Anak kerja di salah sebuah Hospital di Sabah, kenalah melawat anak ini agar dia tidak terlalu kesunyian di rumahnya.
Alhamdulillah 29 November hari khamis kami selamat sampai di rumah anakanda tersayang. Kami jemput depan tempat kerjanya dan dari jauh tersenyum lebar meluru ke arah kereta ayahnya ini. Baiklah terus tuju pada tajuk entri ini.
Rasa berdebar - debar juga membawa kerete 4 x 4 Triton VGT Premium yang kini milik Etuza sekeluarga. Milik lah sangat ya. Kejap lagi sampai masa bayar kat bank. Perjalanan dari Keningau melalui jalan Kimanis merentas Banjaran Croker ke Kota Kinabalu memang jauh melebihi 100 kilometer. Dah jauh kita akan melalui cerun dan bukit tinggi yang berulang-ulang hingga sampai di kawasan Papar, Sabah baru lah landai atau rata hingga ke Kota Kinabalu.
Cabaran yang Etuza rasa memandu kereta besar ini ialah ketika menuruni cerun. Laju sangat, kena control hati-hati pedal brek. Jangan tekan mengejut agak bahaya, kena fokus pemanduan jika guna kereta besar. Berlainan sungguh dengan kereta Wira atau Exzora Etuza. rasa memandu Triton VGT 2.4 ini kena hati-hati sepanjang pemanduan. Yang best sekali ialah ketika memandu naik bukit..Subahanallah lancar walau dia slow sikit tetapi dynamic lancar yang memang sangat POWER giler..Lepas tu sampai di kawasan rata landai di Papar, pastilah lagi selesa.
Alhamdulillah syukur sujud Etuza di Masjid Negeri Sabah sebaik sampai di Kota Kinabalu. Etuza dan anak lelaki Etuza Ibnu Mustaqim sempat jemaah Zohor di Masjid Negeri.
Begitulah kini teruji kehebatan Triton VGT Premium yang kini Etuza pandu. Memang berbaloi mendapatkan kereta ini yang kawan Etuza cadangkan pada Etuza. Terima kasih ya Allah beri kami meminjam hartaMu ini. Kami akan jaga dan niatkan untuk menggunanya demi mendapatkan redaMu. Jika ada yang nak tumpang ada ruang kami tumpangkan. InshaAllah. Hal ini tak mustahil..kereta ini umpama milik bersama bagi yang berkenaan yakni insan lain yang perlukan bantuan.
TRITON VGT PREMIUM 2.4 INILAH CIRI-CIRINYA..
MIVEC Turbo Diesel Engine181ps Max Power and 430Nm Max Torque5 A/T with Manual ModeBi-Xenon Headlamps with LED Daytime Running Lights17" Alloy RimsLeather SeatsAutomatic Climate ControlPush Start with Keyless OperationReverse Camera with GuidelinesActive Stability Control with Traction ControlTrailer Stability AssistHill Start AssistEasy Select 4WD System
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/11/uji-power-triton-vgt-premium.html