Atuk Power




IPOH: Usia yang sudah menjangkau 80-an tidak menjadi penghalang kepada Hussain Abdul Rahman, 84, untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya, Kamsiah Adam, 66.

Kedua-dua mempelai yang juga pelajar Pusat Pendidikan Al Barakah di sini itu selamat dinikahkan di surau di pusat berkenaan hari ini.

Hussain ketika ditemubual berkata, dia baharu sahaja mengikuti pengajian di pusat pendidikan itu tiga bulan lalu dan bertuah dapat dipertemukan pasangan hidupnya itu.

"Saya berterima kasih dengan cadangan yang dimulakan oleh Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim yang melihat saya keseorangan, jadi dia mencarikan jodoh.

"Perkahwinan ini kerana mahu menambah ibadah dan diharap dengan doa semua, kami akan lebih aman dan tenang untuk beribadah di sini (Pusat Pendidikan Al Barakah)," katanya yang sah menjadi suami Kamsiah dengan hanya sekali lafaz.

Hussain yang berasal daripada Pontian, Johor berkata, perkahwinan itu adalah kali ketiga dan kini mempunyai tujuh orang anak, 17 cucu dan seorang cicit.

Katanya, dia pernah belajar di Makkah selama lapan tahun dan menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor serta berpengalaman menjadi imam di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 12 tahun.

"Mudah-mudahan saya dipanjangkan umur, dapat mencari ketenangan dalam beribadah dan dapat mengikuti lebih banyak ilmu pengajian berkaitan agama yang ada di sini," katanya.

Pasangannya, Kamsiah pula berkata, tempoh perkenalannya tidak lama dan menerima pasangannya itu kerana Allah kerana melihat Hussain mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Saya pernah belajar berkenaan Fisioterapi di Australia, saya jadi tergerak hati untuk menerima apabila melihat keadaan dia yang sakit lutut, saya berniat mahu menjaganya," katanya yang mempunyai tiga anak dan empat cucu.

Berasal daripada Taiping, dekat sini, Kamsiah sebelum ini menetap di Kuala Lumpur namun kini sudah menjadi penghuni Pusat Pendidikan Al Barakah sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ustaz Kazim berkata, perkahwinan itu adalah yang keenam membabitkan pelajar dan penghuni di institusi berkenaan.

"Alhamdulillah hari ini kita dapat satukan mereka berdua, saya bersyukur Al Barakah bukan setakat tempat pengajian tetapi juga tempat menjalinkan hubungan silaturahim.

"Perkahwinan ini mencatat rekod di sini, kerana Hussain adalah pelajar yang paling 'senior' di Al Barakah," katanya





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglistpolitik.blogspot.com/2018/07/atuk-power.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Power Couple Ini Dia Pasangan Selebriti Paling Berpengaruh Di Malaysia Yang Kedua Memang Sweet Dan Bersemut Sangat

Power Couple Ini Dia Pasangan Selebriti Paling Berpengaruh Di Malaysia Yang Kedua Memang Sweet Dan Bersemut Sangat

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 641 hits
Sebut je pasangan selebriti paling berpengaruh pasti akan terus terbayangkan 11 pasangan ini Mereka ini digelar Power Couple bukan saja kerana kekayaan dan popular tetapi mereka ini saling melengkapi dan berjaya mencipta nama masing masing ...
Macc Preparing To Charge Isa Samad Over Felda Abuse Of Power Says Report

Macc Preparing To Charge Isa Samad Over Felda Abuse Of Power Says Report

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 299 hits
SINGAPORE The Malaysian authorities are preparing to charge former Umno leader Isa Samad with abuse of power relating to an overpriced hotel purchase when he was chairman of national land agency Felda Sources told The Straits Times yesterda...
Isa Samad To Be Charged With Abuse Of Power Say Sources

Isa Samad To Be Charged With Abuse Of Power Say Sources

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 410 hits
Sources say new evidence has emerged against former Umno leader Isa Samad PETALING JAYA Former Umno leader Isa Samad is expected to be charged with abuse of power related to an overpriced purchase of a Sarawak hotel when he was chairman of ...
Bmw X4 With Power Upgrades Installation By Dahler

Bmw X4 With Power Upgrades Installation By Dahler

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 316 hits
It is always a delight admiring plenty of tuning programs carried out on BMW s most astonishing models And there were a few in the past that deserved our attention like the M2 M3 M4 and some from the X division These enhancements were broug...
2009 Perak Crisis Torpedoes Sabah Umno S Bid To Retake Power

2009 Perak Crisis Torpedoes Sabah Umno S Bid To Retake Power

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 314 hits
The constitutional crisis triggered by BN in Perak nine years ago bit the coalition in Sabah today as the Federal Court ruling on the Perak case was the basis for the Kota Kinabalu High Court s dismissal of Musa Aman s bid to become chief m...
Modem 4g Dengan Fungsi Power Bank Terbaik

Modem 4g Dengan Fungsi Power Bank Terbaik

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 282 hits
Kepada anda yang gemar melancong dan inginkan sebuah modem 4G yang berkapasiti bateri yang besar berikut kami kongsikan 2 buah Modem MiFi dengan fungsi Power bank Dengan peranti ini anda bukan sahaja dapat menikmati perkongsian data malah i...
Ketahui Kad Terbang Paling Power Ketika Melancong Untuk Kaki Travel

Ketahui Kad Terbang Paling Power Ketika Melancong Untuk Kaki Travel

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 814 hits
Zaman dah berubah negara dah maju Pergi mana mana pun senang tak perlu lagi nak bawa wang tunai yang banyak ataupun tak perlu pening pening dengan tukaran matawang terutamanya jika melancong atau bercuti ke luar negara Kad kredit adalah med...
Najib S Trial On Money Laundering Power Abuse Charges To Begin On April 15

Najib S Trial On Money Laundering Power Abuse Charges To Begin On April 15

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 214 hits
It took an interpreter 30 minutes to read out all 25 charges on money laundering and power abuse linked to 1MDB against Najib Razak KUALA LUMPUR The High Court has fixed a three week trial from April 15 to hear Najib Razak s 21 money launde...
The Amerzing Blogslist The Power Of Blog

The Amerzing Blogslist The Power Of Blog

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 280 hits
THE AMERZING BLOGSLIST The Power of Blog Assalamualaikum Salam sejahtera Sudah lama tergerak hati MYiDEAKiNi untuk buat satu artikel khas mengenai penjejak email atau email tracking dan ternampaklah salah seorang blogger yang datang singgah...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025