Ugut Saksi Kes 1mdb Pengurusan Kes Prosiding Komital Lokman Pada 22 Nov


Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital dikemukakan Peguam Negara Tommy Thomas terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Najib Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saksi itu ialah Amhari Efendi Nazaruddin iaitu bekas pegawai khas kepada Najib yang merupakan seorang daripada saksi penting dalam kes tersebut.

Loading… Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam, bertindak bagi pihak Peguam Negara dan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili Lokman, yang hadir hari ini.
Terdahulu, Wan Aizuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya baru sahaja menerima afidavit tambahan daripada pihak pendakwaan pada 5 Nov lepas.Iklan
“Oleh kerana afidavit tambahan itu baru diserahkan kepada kami, jadi pihak kami memerlukan masa untuk meneliti afidavit tersebut dan akan mempertimbangkan sama ada ingin membuat permohonan untuk mengetepikan prosiding komital yang diperoleh (Peguam Negara) atau terus menjawab afidavit berkenaan,” katanya.
Wan Aizuddin turut memohon maaf ke atas ketidakhadiran peguam utama kes itu, Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding hari ini kerana beliau perlu pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengendalikan satu kes bunuh.
Sementara itu, Mohamad Mustafa memaklumkan pihaknya juga akan meminda notis usul berkenaan prosiding komital itu.
Pada 22 Okt lepas, Hakim Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman.
Pada 10 Okt lepas, Peguam Negara selaku pemohon telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana perbuatannya yang menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 Sept.
Dalam permohonan itu, Peguam Negara memohon perintah supaya Lokman selaku responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.
Peguam Negara berkata pada tarikh itu (25 Sept) responden dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk menggugut saksi, Amhari Efendi kerana memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi.
Peguam Negara berkata beliau juga akan menyiarkan rakaman video berhubung temu bual itu pada pendengaran prosiding komital jika mahkamah memberi kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding berkenaan.
Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkenaan keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.
Objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap tertuduh pada perbicaraan, kata Peguam Negara. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/ugut-saksi-kes-1mdb-pengurusan-kes-prosiding-komital-lokman-pada-22-nov/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ugut Saksi Kes Lokman Adam 22 November

Ugut Saksi Kes Lokman Adam 22 November

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 249 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 November ini sebagai tarikh pengurusan prosiding komital terhadap Lokman Noor Adam Tarikh itu ditetapkan Hakim Collin Lawrence Sequerah setelah membenarkan permohonan difailkan Peguam Negara bagi m...
Kes 1mdb Ds Najib Beri Kebenaran Lupus Saham Usd 1bilion Saksi Utama

Kes 1mdb Ds Najib Beri Kebenaran Lupus Saham Usd 1bilion Saksi Utama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 285 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes 1mdb Saksi Beritahu Bank Negara Tidak Dimaklumkan Lencongan Dana

Kes 1mdb Saksi Beritahu Bank Negara Tidak Dimaklumkan Lencongan Dana

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 254 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Perbicaraan Kes 1mdb Masuk Minggu Kesepuluh Masih Tertumpu Pada Saksi Utama

Perbicaraan Kes 1mdb Masuk Minggu Kesepuluh Masih Tertumpu Pada Saksi Utama

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 298 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Skandal 1mdb Hakim Tarik Diri Dengar Kes Lucut Harta Obyu Holdings

Skandal 1mdb Hakim Tarik Diri Dengar Kes Lucut Harta Obyu Holdings

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 400 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd berjumlah RM680 juta akan didengar di hadapan hakim baharu Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Col...
Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Bagi Amaran Kepada Ds Najib

Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Bagi Amaran Kepada Ds Najib

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 280 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Prosiding Komital Peguam Negara

Prosiding Komital Peguam Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 311 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bicara Kes Saman Waytha Terhadap Lokman Adam 8 Jun Tahun Depan

Bicara Kes Saman Waytha Terhadap Lokman Adam 8 Jun Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 237 hits
Bicara kes saman Waytha terhadap Lokman Adam 8 Jun tahun depan Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Nov 2019 1
1mdb Saksi Hanya Hantar Kiriman Pesanan Kepada Najib Setahun Sekali

1mdb Saksi Hanya Hantar Kiriman Pesanan Kepada Najib Setahun Sekali

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 348 hits
14 Oktober 2019 Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad yang sudah masuk hari ke 22 sebelah petang ini akan terus menyambung pemeriksaan balas antara peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak dengan saksi ke 9 nanti Prosiding kes bermula lewa...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna