Ugut Ketua Hakim Negara Pemimpin Ph Sokong Siasatan Polis


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-August 20, 2022 9:45 PM
Majlis presiden PH yang terdiri daripada pemimpin PKR, Amanah, DAP dan Upko menggesa pemimpin Umno menghentikan serangan mereka.
PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan menyokong tindakan polis untuk menyiasat dan menangkap mereka yang membuat ugutan terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Tengku Maimun mengetuai panel hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan bekas perdana menteri Najib Razak terhadap sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International.

Majlis presiden PH berkata, mereka terkejut dan dukacita dengan kenyataan dibuat pemimpin tertinggi Umno baru-baru ini yang boleh ditafsirkan sebagai serangan terhadap badan kehakiman.

“Malah serangan-serangan ini khususnya dari kalangan penyokong Umno dan ‘cybertroopers’ semakin bersifat ugutan termasuk ugutan bunuh terhadap ketua hakim negara.

“Ugutan mencedera atau membunuh ini adalah kesalahan-kesalahan jenayah di sisi undang-undang termasuk di bawah Kanun Keseksaan.

“Oleh itu, Pakatan Harapan menyokong kenyataan ketua polis negara bahawa mereka yang mengugut untuk mencedera atau membunuh ketua hakim negara akan disiasat dan dibawa ke muka pengadilan,” kata mereka dalam kenyataan.

Kenyataan itu di dikeluarkan bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lok Siew Fook, dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.

Mereka berkata serangan terhadap ketua hakim negara semakin menjadi-jadi terutamanya apabila proses rayuan Najib hampir tamat.

Tegas mereka lagi, kebebasan institusi kehakiman mesti dipertahan sepanjang masa, dan institusi tersebut wajib kekal konsisten sebagai salah satu tunggak utama dan tiang seri negara.

“Kami turut memberi peringatan tegas bahawa pimpinan parti-parti politik terutama Umno perlu menghentikan serangan-serangan ke atas institusi kehakiman dan membenarkan proses perbicaraan berjalan hingga ke penghujungnya.

Awal hari ini polis mengumumkan penahanan seorang lelaki berusia 30 tahun susulan ugutan yang dibuat terhadap Tengku Maimun. Suspek disiasat mengikut Akta Hasutan.

Sebelum ini juga dilaporkan bahawa Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat ugutan yang dibuat terhadap ketua hakim negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/ugut-ketua-hakim-negara-pemimpin-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Disyaki Ugut Ketua Hakim Negara Direman 4 Hari

Lelaki Disyaki Ugut Ketua Hakim Negara Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 20 2022 6 47 PMPihak polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun malam tadi bagi membantu siasatan berhubung ugutan dan ancaman terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat Ketua Komunikasi Korporat P...
Najib Razak Minta Ketua Hakim Negara Tarik Diri Peguam Utama Failkan Permohonan

Najib Razak Minta Ketua Hakim Negara Tarik Diri Peguam Utama Failkan Permohonan

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 299 hits
Isu penyelewengan kuasa dan wang merupakan satu perkara yang perlu diambil serius Hal ini disebabkan penyelewengan kuasa dan wang ini mampu menjatuhkan sesebuah negara dan masyarakat setempat Begitu juga baru baru ini kecoh mengenai perbica...
Ketua Hakim Negara Tempelak Peguambela Najib

Ketua Hakim Negara Tempelak Peguambela Najib

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 361 hits
Ketua Hakim Negara Tempelak Peguambela Najib Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC I...
Ramai Lega Ugutan Bunuh Terhadap Ketua Hakim Negara Disiasat Segera Hanya Taktik Tangguh Bicara

Ramai Lega Ugutan Bunuh Terhadap Ketua Hakim Negara Disiasat Segera Hanya Taktik Tangguh Bicara

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 231 hits
Ramai lega apabila Ketua Polis Negara mengumumkan akan membuat siasatan segera ugutan bunuh ke atas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat oleh penyokong Datuk Seri Najib Razak Bagi mereka ugutan ini adalah sebahagian dari taktik unt...
Kpn Arah Siasat Segera Ugutan Terhadap Ketua Hakim Negara

Kpn Arah Siasat Segera Ugutan Terhadap Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 221 hits
ismaweb netKUALA LUMPUR 21 Muharam 1444H Jumaat Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat sebarang ugutan terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat Ancam...
Ketua Hakim Negara Ketuai Rayuan Najib Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

Ketua Hakim Negara Ketuai Rayuan Najib Di Mahkamah Persekutuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 247 hits
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak dalam rayuannya mulai hari ini Anggota panel lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar A...
Permohonan Bukti Baru Najib Ketua Hakim Negara Ketuai Panel Lima Hakim

Permohonan Bukti Baru Najib Ketua Hakim Negara Ketuai Panel Lima Hakim

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 321 hits
malaysiakini comKetua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim mahkamah persekutuan yang akan mendengar permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International Anggota panel lain ialah H...
Hiburan Biodata Penuh Yam Tengku Maimun Ketua Hakim Negara Yang Menghumban Najib Ke Penjara

Hiburan Biodata Penuh Yam Tengku Maimun Ketua Hakim Negara Yang Menghumban Najib Ke Penjara

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 285 hits
Mengepalai lima panel hakim semalam tanggal 23 Ogos 2022 menjadi satu sejarah buat rakyat Malaysia apabila Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta kepada bekas Perdana Me...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade