Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot


 

Assalamualaikum dah beberapa hari saya tidak bersiaran kerana agak sibuk. Bila hari minggu aktiviti saya menjadi padat kerana saya ikut Nana untuk keluar menghantar pes yang diorder, pick up kuih yang kami order dan juga ke pasar untuk membeli barang dapur. Bila dah keluar, kami akan makan di luar. 
Semalam pagi pagi lagi keluar sehingga lah ke petang baru balik. Tengahari kami ke Westfield Mall di Stratford nak makan roti canai di Cafe Rasa Malysia dengan kuah kari ayam yang sangat sedap. Memang keletihan kerana telah masuk musim panas. Panas lit lit begitu terutama bila berada di dalam bas atau train. Dah macam sauna panas berbahang. Kalau di luar lebih sejuk kerana ada angin. 
Tapi itu lah. Keluar di sini, kita jadi lebih stress kerana banyaknya berita jenayah di sana sini di UK. Ramai orang mentally not stabled agaknya. Kos sara hidup di sini memang agak mahal untuk orang sini. Mungkin gaji mereka tidak banyak atau mereka membayar tax yang tinggi. Mereka pun bukan jenis hardworking macam tempat kita orang buat kerja part time lagi untuk dapat income. 
Hahaha kos sara hidup mahal untuk orang kita di sini juga lah. Tapi kita dah biasa barang tempat kita yang mahal, jadi terasa barang di sini murah walaupun sebenarnya tak lah murah kalau di convert ke MYR. Jadi jangan convert. Lain lah kalau kita bercuti di sini. 
Sepinggan nasi biasanya dalam £7-8. Kalau tempat kita sepinggan nasi mahu lah RM15-20. Ini saya bandingkan harga makan di restoran. Bukan harga gerai tepi jalan. Kalau masak sendiri di sini, memang jimat. Bayangkan satu bag besar nugget baru £8. Dah lah seketul seketul punya lah besar. Sedap lak tu. Udang sekilo baru £7.00. Kat tempat kita udang berharga RM30-40 sekilo untuk saiz yang sama. 
Kalau dulu, bila keluar ok jer nak bergambar gambar di London atau tempat tempat yang kita rasa cantik. Sekarang nak keluarkan handphone dari bag pun takut takut. Tapi kenalah juga keluarkan untuk check jadual bas train atau nak waze tempat yang kita hendak pergi. Bukan sahaja handphone tapi tak berani nak pakai barang kemas atau handbag mahal. Kita boleh jadi sasaran orang jahat. Terbaharu ada kes orang dibunuh kerana mereka target untuk curi jam rolex dia. 
Nana beli basikal kerana tak berani nak beli motor. Di sini mereka boleh tahan kita di tepi jalan dan hulur pisau untuk minta motor atau basikal kita. Ada nampak dalam youtube orang kena macam ni. Terpaksa serah begitu sahaja basikal yang sedang dikayuh. Tak berbaloi nak melawan. 
Minggu lepas saya ke pasar di Whitechapel yang terletak di East London yang dikatakan banyak kes kes jenayah. Bila keluar jer dari underground station, memang tak banyak muka white British. Yang ada ramai macam Pakistan, Arab dan orang berkulit hitam. 
Baju yang dijual pun baju macam India Punjabi. Hahaha pasar di London jual pakaian pasar malam tempat kita. Tak rasa macam berada di London pun. Yang menjual ikan dan sayuran pun orang Arab. Gerai yang saya beli ikan tu pun orang dari Mesir. Bila diberitahu Nana belajar di Egypt, terus lah dia cakap Arab dengan Nana. 
Haa di situ jumpa ikan terubuk besar. Happy nyer saya. Maklumlah tempat kita kalau ikan saiz macam tu dah tentu RM200 lebih seekor. Di sini harga £15. Saya memang suka ikan terubuk. Ikan terubuk frozen saiz dalam satu setengah kilo diimport dari Myammar. Ok setakat ini dahulu. 



Saya hari ni memasak udang goreng yang digoreng sekali dengan kacang panjang dan karot. Udang dan kacang ni, kami beli di pasar di Whitechapel. Memang geram tengok harga ikan dan udang di sini. 
Udang saiz besar yang tempat kita berharga RM70-80 sekilo. Di sini hanya £7.00 sekilo. Sebab udang bersaiz besar, saya masak hanya 300 gram atau beberapa ekor jer sekali masak. 
Kacang panjang pulak secekak lebih dibeli dengan harga £2.00. Memang jauh lebih murah dari beli di market atau supermarket. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Udang Goreng Dengan Kacang Panjang dan KarotOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:5 ekor udang5-6 batang kacang panjang1 batang karot½ biji bawang HollandDaun bawangSerbuk kunyitGaramMinyak masak
Bahan hiris:Bawang besar4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang yang telah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan. 
Tumis pulak bahan hiris sehingga wangi. Masukkan karot dahulu. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk lembutkan karot. 
Masukkan sayur kacang, bawang Holland dan daun bawang. Kacau rata. 
Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Dah siaap. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/udang-goreng-dengan-kacang-dan-karot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Sotong Udang Goreng

Sambal Sotong Udang Goreng

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAALHIJRAH 1447 Selamat menyambut tahun baru dengan penuh azam agar kita menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya Semoga amal ibadah bertambah seiring dengan usia yang juga bertambah Amiiinnn YRA Hari ini juga meru...
Udang Terung Kentang Goreng Berlado

Udang Terung Kentang Goreng Berlado

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 154 hits
Samada kita sedar atau tidak masa sangat pantas berlalu Tengok sahaja sekeliling kita Jika hari tu rasa Aliya masih baby sekarang dah besar dah boleh bersembang sembang dengan kita Boleh siap menegur kita bila lupa melakukan sesuatu Hari tu...
Lunch Lauk Talapia Goreng Cicah Sambal Cili Kicap

Lunch Lauk Talapia Goreng Cicah Sambal Cili Kicap

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 181 hits
Lunch Lauk Talapia Goreng Cicah Sambal Cili Kicap Menu lunch kami di hari minggu adalah ikan talapia goreng dengan sambal cili kicap Dah lama tak makan talapia goreng Dulu zaman kerja bank rajin juga makan talapia goreng berlada Lama dah ta...
Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 204 hits
Bila berpeluang merasai hidup di UK membolehkan saya membandingkan kelebihan di tempat kita Ini yang dikatakan hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri Lebih baik lagi di negara sendiri Saya memang suka memerhati sekeliling M...
Nasi Goreng

Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 157 hits
Pagi semua Assalamulaikum Alhamdulillah rezeki pagi ni nasi goreng Menu simple tapi cukup mengenyangkan dan tidak menjemukan anak tekak Ada lebihan nasi semalam yang tersimpan rapi dalam peti sejuk goreng saja bersama segala bahan yang ada ...
Cencaru Goreng Pedas Ikut Resipi Ni Sambal Pasti Lebih Sedap

Cencaru Goreng Pedas Ikut Resipi Ni Sambal Pasti Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 184 hits
Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal resipi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad antara yang boleh dicuba Sedap dan tentunya hangat Namun bagi penggemar lauk bercili tentunya berasa nikm...
Sayur Campur Goreng Simple

Sayur Campur Goreng Simple

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 116 hits
Sayur Campur Goreng SimpleBahan bahan Sedikit kobis lobak merah dan sawi 2 ulas bawang putih 1 sudu sos tiramGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCara cara 1 Tumis bawang putih hingga wangi 2 Masukkan sayur dan kacau sekejap 3 Tambah sos t...
Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak Masak Macam Ni Comfirm Jadi

Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak Masak Macam Ni Comfirm Jadi

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 168 hits
Mana peminat Nasi Goreng Mamak Ha Bagi yang tercari cari resipi nasi goreng sedap ni boleh cuba resipi resipi perkongsian saudara Wan LuQman ini Menurut beliau resipi ini hasilnya 100 sama dengan Nasi Goreng Mamak yang dibeli di restoran Wo...
Bawa Khalaf Sarapan Kat Kacang Pool Haji

Bawa Khalaf Sarapan Kat Kacang Pool Haji

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum Sabtu lepas SA balik JB kan amik je Khalaf pagi tu terus ke JPJ jap ada urusan kereta Dah lepas habis urusan kat JPJ kami anak beranak gerak ke Kacang Pool Haji ni suami dah lama x makan kacang pool so layankan aje SA plak s...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu