Ucapan Hari Lahir Dan Selamat Hari Jadi Buat Orang Tersayang
Ucapan Harijadi Terbaik Buat Orang Tersayang | Menerima ucapan istimewa pada hari lahir atau birthday wishes adalah sesuatu yang menggembirakan. Walau sedang bersedih, jika ada orang mengucapkan kata-kata semangat, kita mesti rasa dihargai. Lagipun, hari lahir disambut setahun sekali, sudah tentu kita mahu mengingatinya dalam suasana yang gembira. Betul tak?
Ada banyak jenis ucapan hari lahir yang boleh diberikan kepada orang tersayang, kawan rapat, ahli keluarga dan sebaginya. Ucapan harijadi atau hari lahir kebiasaannya mengandungi kata-kata semangat, penghargaan, kata-kata pujian serta doa penuh kebaikan buat mereka yang terbabit.
Bagimanakah rupa bentuk kata-kata atau ucapan harijadi anda? Mari kita tengok kompilasi ucapan hari lahir yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih kreatif. Birthday wishes atau ucapan harijadi dipanggil juga ucapan ulangtahun adalah ucapan ikhlas dari keluarga tersayang dan rakan-rakan untuk kita merasai dihargai dan diingati. Tak perlu hadiah mewah, cukup sekadar ingatan yang ikhlas!
Tiada Susunan Ayat Yang Istimewa. Hanya Ucapan & Doa Ringkas Yang Mampu Dilakarkan.
Harapan dan doa ibu ayah, Semoga Allah Lindungi Setiap Langkah MU, Moga Diberikan Kesihatan Yang Sentiasa Sihat, Di panjangkan Umur, Murah Rezeki, Diberikan Kebahagiaan Dunia & Akhirat Serta Dipermudahkan Sgala Apa Jua Urusan.
Semoga anak ibu ayah membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh solehah untuk kami.
"Ya Allah, Kau jaga dan lindungi lah setiap langkah perjalanan anak ku ini.. Kau kuatkanlah anakku untuk menempuhi dugaan yang mendatang. "Ya Allah, jadikanlah ia anak yang sihat sempurna, berakal cerdas dan berilmu lagi beramal" serta berjaya di dunia & akhirat.
Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang
Baca juga.. [Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun Awal Muharam 1440H]
1. Hari lahir adalah satu permulaan yang baru dan masa untuk meneruskan usaha dengan matlamat baru. Bergeraklah ke hadapan dengan keyakinan dan keberanian. Kamu seorang yang sangat istimewa. Semoga hari ini dan seterusnya, harimu menjadi luar biasa!
2. Harijadi adalah tentang umur, bukan mengira sudah tuakah kamu. Kiralah keberkatan dan pengalaman indah yang kamu ada, bukan kesilapan yang telah di buat di sepanjang usiamu.
3. Lupakan masa lalu, pandanglah ke depan, demi perkara-perkara terbaik yang belum kunjung tiba. Selamat hari lahir.
4. Selamat Hari Jadi kepada seseorang yang menawan, berbakat dan lucu. Melihat kamu seolah mengingatkan banyak perkara tentang diri ku sendiri
5. Terima kasih kerana selalu berada disisi ku dalam semua keadaan. Aku sayang kamu, kawan baik ku. Diriku begitu teruja untuk berkongsi hari istimewa mu. Semoga Hari jadi mu akan menjadi benar-benar istimewa.
6. Tarikh lahir adalah satu peristiwa yang begitu indah. Tetapi bagi ku, ia adalah satu hari istimewa di mana peluang untuk ku bersyukur kepada Tuhan untuk semua persahabatan yang kamu hulurkan.
7. Pada hari lahir mu ini, aku ingin mengambil sedikit masa untuk menulis tentang semua masa indah yang telah kita kongsi bersama-sama. Diriku berterima kasih untuk pengalaman dan semua perkara yang kita lakukan sebagai sahabat. Aku berharap semoga ada lebih banyak lagi kenangan yang boleh dicipta bersama
8. Terdapat begitu banyak perkara tentang persahabatan kita yang aku suka. Hari jadi mu akan menjadi masa yang tepat untuk meraikan hari istimewa mu, dan seluruh persahabatan kita yang penuh bermakna kepada diriku. Aku berharap dirimu faham betapa aku sangat menghargai persahabatan kita.
9. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Semoga Redha Allah mengiringi mu selalu.
10. Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun mu
selain doaku untukmu....
Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas,
semoga hatimu semakin bersih dan bijak,
semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan....
... baca juga, kisah WANITA HEBAT .. Aku ingat lagi suatu ketika..bila akk suarakan kemahuannya nak mnta kbnaran mak abah bertunang..ttapi dgn soalan tu abah dah mula sebak..aku lihat mata abah berkaca..abah kata,dia tak puas lagi hidup dengan akk..[COPYPASTE]
11. Semoga di hari ulang tahunmu dan seterusnya Allah Swt senantiasa memberikan Taufik Rahmat Berkah, Lindungan & keselamatan, Rezeki & hidayah Serta RedhaNya kepada kamu..
12. Dengan ucapan Selamat Hari Lahir,
Semoga dikurniakan
Iman yang sempurna,
akhlak terpuji,
pekerti mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati
13. Cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan rasulmu dan ALLAH. Cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH. Cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA. Selamat Hari Lahir
14. Saya doakan bermula hari ini, pada hari jadimu, keazaman dalam meningkatkan keimanan semakin bertambah. Umur yang panjang dan diberkati sehingga akhir hayat dan lafaz kalimah syahadah meniti saat kematian. Rezeki yang melimpah ruah lagi halal. Pasangan hidup dan jodoh yang diredhai ALLAH sehingga bertemu di syurga abadi. Segala yang dihajati dimakbulkan ALLAH
15. Masih ingat lagi hari kita bertemu, rasanya seperti baru semalam. Diriku adalah orang yang paling bertuah untuk mempunyai rakan-rakan seperti dirimu. Tarikh dirimu dilahirkan ialah saat kegembiraan besar bagi diriku. Ia umpama seseorang yang sangat istimewa datang ke dunia ini. Selamat Hari lahir
16. Buat Mahar cinta
seribu mawar merah lambang cinta
Selamat Hari lahir
dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki
dikurniakan kerahmatan seluas alam oleh ALLAH SWT
17. Selamat hari lahir anakku!
Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
Rumah tangga yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati.
Jadilah isteri solehah dan
Ibu mithali kepada putera-puterimu
18. Setiap tahun yang berlalu adalah satu lagi peringatan bagaimana kuat persahabatan kita. Jadi aku ingin mengucapkan "Happy Birthday", semoga setiap impian menjadi kenyataan, kerana kamu adalah orang yang berhak menerima mimpi-mimpi indah
19. Sahabatku! Biarlah hari ini penuh dengan sambutan penuh kegembiraan. Aku berharap ia hari jadi yang luar biasa dan hebat
20. "Ukhwah fillah takkan musnah, lautan erat takkan mungkin patah. Bertemu, berpisah hanya KENANGAN SEMATA. Redho Allah, Kita cari. Moga-moga kita kan di Rahmati. Dengan niat yang suci, bertemu kembali di negeri Abadi. Salam kemaafan. Salam Ulangtahun..."
21. Selamat hari lahir saudaraku. Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah ini. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dari segi imannya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat apa yang dihajati. Amiin.
22. Aku berharap hari istimewa mu ini penuh dengan keseronokan, kebahagiaan dan segala-galanya yang kamu inginkan
23. Diriku gembira kerana kamu dilahirkan, kerana dirimu menerangi hidupku dengan kegembiraan. Selamat Menyambut hari lahir dipenuhi dengan kemeriahan dan kegembiraan. Berharap hari-harimu akan menjadi amat istimewa walau di mana kamu berada. Selamat Hari lahir
24. Dengan Bertambahnya Umur.....
Bertambah Pula Kebahagiaanmu....
Dan Bertambah juga cintaku Padamu....
Selain mengingatmu,.....
Tak ada lagi yang lebih penting buatku.....
Detik ini aku hanya ingin menyapamu dengan satu doa:
semoga Allah selalu melimpahkan cinta-Nya di hatimu
25. Selamat hari lahir! Hari ini adalah hari dimana dirimu telah dibawa ke dunia ini untuk menjadi inspirasi kepada orang di sekelilingmu! Kamu adalah orang yang indah. Semoga kamu diberikan keberkatan pada hari lahir untuk memenuhi semua impian mu
26. Kerana, hari ini adalah hari yang istimewa untuk sekadar menghantar ucapan hari lahir. Jadi aku doakan dirimu dapat mencapai segala impian dan jadikan ia tempoh setahun yang cukup bermakna kepada mu
27. Matahari bersinar lebih terang hari ini sebagai satu cara untuk mengucapkan Happy Birthday
Hari ini, aku ingin doakan semua impian mu menjadi kenyataan. Bersyukurlah setiap hari, dan ia bukan setakat hari lahir! Raikan hari indah ini dengan senyuman
28. Sahabat, hari ini adalah hari jadi mu! Adakah kamu tahu apa yang bermakna? Ia adalah masa untuk menikmati kegembiraan dan bersyukur dengan apa yang kamu miliki. Tetapi jangan lupa untuk berfikir tentang semua hasrat yang kamu inginkan! Nikmatilah memori ini.
29. Kita akan menjadi kawan terbaik selama-lamanya. Aku tak tahu nak kata apa pada hari ulang tahun ini, tetapi Selamat Hari lahir! Aku ingin dirimu selalu ada pada masa-masa akan datang meraikan harijadi ku juga
30. Selamat Hari lahir!! Diriku berharap hari-harimu dipenuhi dengan kasih sayang dan ceria! Kami semua mengucapkan selamat hari jadi dan semoga harapan mu menjadi kenyataan.
31. Selamat hari lahir bidadariku.. semoga Allah memanjangkan umur, menarik pergi segala masalah, memudahkan segala urusan, melapangkan segala kekusutan, menerima segala amalan, merahmati semua pekerjaan, dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buat mu, bidadariku
Doa seorang hamba Allah pada hari kelahirannya....Ya ALLAH,
sempena hari lahir ini
ku sujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku
Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU
sedangkan ENGKAU tidak pernah melupakanku
Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU
Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH
Ya ALLAH,
syukur ku dengan hadiah yang KAU berikan ini.
17 Safar 1432H
Ucapan Birthday atau birthday wishes yang sweet di atas amat berguna jika kita tak ada idea nak tulis atau ucapkan kepada orang yang tersayang. Semoga bermanfaat. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2016/03/ucapan-hari-lahir-terbaik-buat-orang.html