Ucapan Dr Syed Husin Ali Bersifat Menghasut Dr Kamarul Zaman Yusoff



MENELITI kandungan ucapan Dr Syed Husin Ali dalam Forum Malaysia & Statut Rome yang berlangsung di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya, hari ini, terdapat kemungkinan besar bahawa ucapan beliau ini mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja-Raja Melayu.Saya tidak hairan jika selepas ini akan ada pihak-pihak tertentu yang membuat laporan polis supaya siasatan dibuat terhadap Dr Syed Husin Ali di bawah Akta Hasutan.Pelik jika seorang pemimpin veteran merangkap bekas ahli akademik ternama seperti Dr Syed Husin Ali tidak tahu bahawa kandungan ucapan beliau bersifat menghasut.Lagi pelik bila Dr Syed Husin Ali cukup berani sekali mengucapkan kata-kata yang bersifat menghasut ini betul-betul di hadapan muka Peguam Negara, Tommy Thomas.Dikongsikan di sini ucapan penuh Dr Syed Husin Ali untuk penelitian bersama.Siapa agaknya yang mempunyai keberanian untuk membuat laporan polis ini?Kandungan ucapan Dr Syed Husin Ali:“Tentang golongan Raja pula, saya menganggap walaupun perkara ini belum lagi jelas, saya menganggap bahawa semacam ada cabaran yang dirasakan oleh setengah-setengah Raja terhadap kedudukan mereka. Apa sebabnya? Dalam dunia ini tak sampai saya rasa ada 30 Raja, sepertiga daripadanya adalah di Malaysia (kedengaran suara hadirin ketawa), dan di antara negara-negara yang mempunyai Raja, hampir semuanya, Jepunkah, Swedenkah, Denmarkah, apa ni dan lain-lain, mereka 'accede' dan 'ratify', cuma di Malaysia ini Raja-Raja takut untuk 'ratify'. Mungkin mereka telah disalah nasihatkan oleh sesetengah pihak.”“Tapi kedudukan mereka, mereka rasa terancam, kerana banyak sangat Raja di sini, banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat (kedengaran bunyi hadirin bertepuk), maka ada golongan rakyat yang sudah mula merasakan tak perlu lagi Raja, ada golongan rakyat, dan perasaan ini makin bertambah di kalangan muda. Ada pula yang merasakan mengapa sembilan Raja, kalau hendakkan simbol, mengapa sembilan, mengapa tak satu saja? Tapi ini akan menimbulkan masalah lain, 'of course', soal, soal apa ni, bukan sahaja soal apa ni kedudukan 'Federation', tetapi juga akan menimbulkan soal macam mana nak ketepikan Raja-Raja yang sudah sekarang ini makin kuat.”"Mereka juga merasa lemah kerana sebenarnya kebanyakan Raja yang ada sekarang ini adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja atau pembesar yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Dari Johor ke Perlis semua dilantik oleh British. Belum ada lagi cabaran di kalangan rakyat tentang hal ini. Tapi sudah ada cabaran dalam mahkamah oleh golongan yang merasakan dirinya keturunan yang sebenar Raja yang asal. Sudah ada 'court case', kes mahkamah di Terengganu. Sudah ada kes mahkamah di Kelantan. Walaupun dianya kalah, tapi kalau misalannya berterusan perkara ini, dan rakyat makin mengetahui, akan menjadi masalah besar. Masa Jepun dulu, Jepun turunkan Raja-Raja yang keturunan bukan Raja tu dan meletakkan mereka yang dianggap sebagai keturunan Raja sebenarnya. Bila British balik, dia letak keturunan yang mereka angkat lebih awal. Jadi semua ini meletakkan kedudukan mereka dalam keadaan yang lemah.""Satu lagi ialah Raja tu, sekarang ini terutama sekali, makin meluas menentang dan menceroboh Perlembagaan. Mengapa saya katakan demikian? Perlembagaan mengatakan tak boleh Raja mencampuri hal politik, tak boleh Raja mencampuri hal perniagaan dan ekonomi, tapi itulah sekarang ini yang banyak dilakukan. Makin bertambah mereka campur dalam politik. Apa sebabnya? Kerana golongan yang seperti AG sebutkan tadi, iaitu golongan pemimpin-pemimpin yang dulunya menyokong Statut Rom sekarang ini menentangnya, kerana bagi mereka sekarang ini mereka patut dapat golongan Raja dan golongan rakyat menyokong mereka atas dasar perkauman dan sebagainya. Jadi, balik kepada soal Raja yang melanggar Perlembagaan tadi, dari segi ekonomi pula akan bertambah parah, dan ini kita lihat berlaku di kalangan rakyat di mana Raja dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara (kedengaran suara hadirin bersorak). Suara itu menunjukkan sebenarnya sikap rakyat kepada Raja dan ini yang kadang-kadang dibimbang oleh Raja. Kebimbangan itu ialah dapat diatasi bila caranya diperkuatkan kedudukan mereka.""Perkara yang satu lagi ialah kedudukan Raja ini juga sekarang ini dicabar. Ada pihak menganggap misalnya orang seperti Mahathir dan kerajaan yang dipimpinnya dengan 'accede' Statut Rome sebenarnya menggugat kedudukan Raja dan pandangan ini diperkuatkan oleh apa yang dikatakan sebagai orang-orang sekarang ini profesor kangkung dan sebagainya." - HARAKAHDAILY 27/4/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/ucapan-dr-syed-husin-ali-bersifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rome Treaty Being Used To Play On Malay Fear Argues Syed Husin

Rome Treaty Being Used To Play On Malay Fear Argues Syed Husin

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 247 hits
Elements of race and religion were injected into Putrajaya s ratification of the Rome Statute by certain leaders to solidify their own position said academic turned politician Syed Husin Ali Syed Husin a former anthropology and sociology pr...
Informasi Ph Tak Bela Melayu Islam Sakit Lain Ubat Lain Dr Kamarul Zaman Yuoff

Informasi Ph Tak Bela Melayu Islam Sakit Lain Ubat Lain Dr Kamarul Zaman Yuoff

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 290 hits
TULISAN Presiden PAN Mohamad Sabu dalam portal beritaMalaysiaKini hari ini bertajuk Terangkan pada rakyat PH bela Melayu Islam adalah bagus kerana ia mengandungi satu pengakuan terbuka berbunyi Naratif ataupun persepsi yang mengatakan bahaw...
Jenayah Sultan Johor Dakwaan Dr Syed Husin

Jenayah Sultan Johor Dakwaan Dr Syed Husin

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 313 hits
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFFAPA guna ratifikasi Statut Rom jika benar ia tak perlu Bagi menghujahkan kebimbangan Raja Raja Melayu terhadap Statut Rom Dr Syed Husin Ali dalam Forum Malaysia Statut Rome yang berlangsung di Auditorium Tun Suffian U...
Malay Rulers Protecting Their Own Position Says Syed Husin

Malay Rulers Protecting Their Own Position Says Syed Husin

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 271 hits
Sociologist and veteran politician Syed Husin Ali believes that a royal backlash against the Rome Statute stemmed from fears for their own position in the face of increasing scepticism about the use of royal power He said the conservatism a...
Report Lodged Against Syed Husin Over Remarks

Report Lodged Against Syed Husin Over Remarks

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 322 hits
A police report was lodged against PKR leader and former academician Prof Dr Syed Husin Ali for allegedly citing provocative statements against the Malay Rulers The NGO Sahabat Erat dan Amanat Rakyat lodged a police report at the Brickfield...
Dr Kamarul Kini Bersama Dr Mahathir Yang Dulu Tak Layak Jadi Perdana Menteri

Dr Kamarul Kini Bersama Dr Mahathir Yang Dulu Tak Layak Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 339 hits
Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusof kelihatan terkedu apabila menerima renungan maut Dr Mahathir Mohamad dalam forum Sinar Harian pada Mac 2018 Ketika itu Tun Dr Mahathir tiba tiba muncul dalam forum Sinar yang mana Kamarul menjadi sal...
Kelemahan Sekarang Bersifat Sementara

Kelemahan Sekarang Bersifat Sementara

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 293 hits
ADA 1001 kesilapan lagi yang akan dilakukan oleh kerajaan PH sebelum menjelang PRU15 so what Tetapi lumrah akan ADA pembaikan dalam tempoh masa yang sama Tempoh yang lepas pembangkang pada masa itu juga menzahirkan ribuan kesilapan dan kesa...
Kelebihan Kordel S Bio Curmin Dengan Rumusan Kunyit Melawan Penyakit Zaman Moden

Kelebihan Kordel S Bio Curmin Dengan Rumusan Kunyit Melawan Penyakit Zaman Moden

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 920 hits
Semua orang tahu apa kegunaan kunyit merupakan bahan yang digunakan dalam masakan untuk memberi warna serta menyedapkan masakan tersebut Selain itu ianya juga terkenal dikalangan masayarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat p...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih