Ubat Remdesivir Berpotensi Pulihkan Pesakit Koronavirus


OLEH SAKINA MOHAMED
KUALA LUMPUR, 12 FEB: China kini memulakan ujian klinikal ke atas 500 pesakit koronavirus (2019-nCoV) atau nama rasminya COVIC-19 menggunakan ubat Remdesivir, antiviral yang dipercayai berpotensi menyembuhkan penyakit itu.
Seorang ahli virologi tempatan, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit berkata langkah itu amat dialu-alukan kerana ubat antivirus itu menunjukkan hasil yang baik dalam ujikaji haiwan.
Walaupun setakat ini tiada kajian keberkesanan Remdesivir dijalankan ke atas pesakit koronavirus, penggunaan antiviral itu ke atas pesakit koronavirus di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan hasil positif.
Menurut laporan berita, pesakit diberikan ubat itu secara intravena selepas kesihatannya merosot dan sejurus itu mendapat pneumonia. Simptom penyakit didapati hilang pada keesokan harinya.
Kejayaan menyembuhkan satu kes koronavirus bukanlah bukti keberkesanan ubat itu, namun satu laporan kajian sekumpulan saintis China yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Cell Research turut menunjukkan keputusan memberansangkan. Ia menunjukkan kejayaan Remdesivir dalam menghalang koronavirus menjangkiti sel yang dibiak dalam makmal.
China meluluskan pendaftaran ujian klinikal penggunaan Remdesivir awal minggu ini. Kumpulan pertama pesakit dengan pneumonia yang dijangkiti koronavirus telah mula mengambil ubat itu pada 6 Februari.
“Ujian klinikal yang dijalankan China adalah lebih menyeluruh dan akan memberikan bukti yang lebih kukuh tentang keberkesanan antiviral itu,” kata Sai Kit, yang juga felo kanan di Akademi Sains Malaysia.
Remdesivir
Antivirus itu pertama kali dihasilkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg. Bagaimanapun ia turut menunjukkan potensi sebagai agen antiviral melawan koronavirus seperti SARS (sindrom pernafasan akut teruk) dalam kajian yang dijalankan ke atas jangkitan dalam tikus dan monyet.
Walaupun masih pada peringkat eksperimen, Remdesivir tidak memberikan kesan negatif ketika digunakan dalam rawatan pesakit Ebola. Bagaimanapun, ia tidak berkesan ke atas virus itu kerana Ebola adalah daripada kumpulan virus berlainan daripada koronavirus.
Antiviral itu didapati menghalang koronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.
“Remdesivir didapati bertindak ke atas virus tanpa memberi kesan toksik kepada sel. Ini menjadikannya agen antiviral yang sesuai bagi rawatan,” jelas Sai Kit.
Katanya, adalah penting untuk mengenalpasti agen antiviral yang berkesan untuk melawan penyakit itu memandangkan pada masa ini tiada rawatan berkesan yang diluluskan untuk merawat penyakit berpunca daripada koronavirus.
“Kajian makmal menggunakan sel yang dibiak secara kultur dalam tabung uji menunjukkan hasil positif. Kajian haiwan juga menunjukkan ubat ini selamat digunakan dalam melawan koronavirus.
“Kini, kita perlu menjalankan ujian klinikal ke atas pesakit untuk membuktikan keberkesanan antiviral itu,” kata Sai Kit yang juga perunding penyelidikan di Universiti Malaya (UM).
Selain Remdesivir, ubat lain yang sedang dinilai untuk rawatan termasuk chloroquine, ribavirin, interferon, penciclovir, nitazoxanide, nafamostat dan favipiravir.
Sai Kit berkata ketika wabak virus Nipah pada 1998-1999, Pusat Perubatan UM telah menggunakan ubat eksperimental ribavirin dalam rawatan kes ensefalitis akut Nipah dan ia menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan kadar kematian akibat ensefalitis akut Nipah.
“Harapannya, ribavirin dan perencat RNA lain akan turut berkesan merawat pesakit koronavirus,” katanya.
China juga sedang menguji chloroquine dan ubatan lain. Chloroquine digunakan secara meluas sebagai ubat antimalaria dan untuk merawat penyakit autoimun dan telah digunakan lebih 70 tahun.
Ubat itu baru-baru ini dilaporkan berpotensi bertindak sebagai ubat antiviral spektrum-luas yang berupaya menghalang virus memasuki sel dan merencatkan pembentukan virus dalam sel yang sudah dijangkiti.
“Memang bagus sekiranya choloroquine dapat digunakan dalam rawatan koronavirus memandangkan ia telah digunakan untuk merawat malaria bertahun-tahun lamanya. Tambahan pula, ia selamat dan murah,” kata Sai Kit.
Ujian Klinikal
Seorang jurucakap Gilead, Ryan McKeel, baru-baru ini dipetik sebagai berkata dua ujian klinikal itu akan dijalankan di Wuhan melibatkan 500 pesakit.
Mereka akan diberikan Remdesivir manakala beberapa kumpulan kawalan akan diberikan plasebo.
Pesakit untuk kumpulan ujian pertama adalah mereka yang sakit teruk, seperti yang memerlukan bantuan oksigen, manakala kumpulan lain melibatkan pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital tetapi dalam keadaan yang kurang serius.
Pesakit yang mengambil Remdesivir akan diberikan ubat itu secara intravena selama 10 hari. Selepas 28 hari, mereka akan dinilai semula untuk melihat keadaan mereka berbanding kumpulan plasebo.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/ubat-remdesivir-berpotensi-pulihkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Lebih Ramai Pesakit Dijangkiti Koronavirus Pulih

China Lebih Ramai Pesakit Dijangkiti Koronavirus Pulih

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 193 hits
BEIJING 4 Feb Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti novel koronavirus telah pulih dan dibenarkan keluar hospital lapor agensi berita Xinhua Pada Isnin seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan k...
Rawat Pesakit Koronavirus Sepanjang Hari Staf Hospital Tidur Merata Akibat Terlalu Penat

Rawat Pesakit Koronavirus Sepanjang Hari Staf Hospital Tidur Merata Akibat Terlalu Penat

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 348 hits
Kakitangan perubatan yang keletihan tidur di lantai hospital kerana mereka bekerja sepanjang hari untuk merawat pesakit koronavirus Gambar menunjukkan kakitangan perubatan hospital yang berbaring di mana sahaja yang boleh di sebuah hospital...
China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi Dihapuskan Cegah Virus Terus Merebak

China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi Dihapuskan Cegah Virus Terus Merebak

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 455 hits
China telah melarang sebarang upacara pengebumian dan lain lain aktiviti yang membabitkan mayat mangsa novel koronavirus yang berasal dari Wuhan mengikut peraturan percubaan baru yang dikeluarkan pada hari sabtu untuk memperlahankan penyeba...
2 Doktor Thailand Berjaya Sembuhkan Pesakit Koronavirus

2 Doktor Thailand Berjaya Sembuhkan Pesakit Koronavirus

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 501 hits
Pihaknya memaklumkan telah melaporkan penemuan itu kepada jurnal perubatan dan akan menggunakan ubat ubatan itu pada pesakit lain Foto AP Photo Gemunu AmarasingheDoktor Thailand dakwa ubat selesema AIDS mampu sembuh pesakit koronavirusDUA d...
Tiada Kes Pesakit Dalam Siasatan Koronavirus Di Sepang

Tiada Kes Pesakit Dalam Siasatan Koronavirus Di Sepang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 147 hits
SHAH ALAM 5 FEB Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini menafikan wujudnya kes pesakit dalam siasatan koronavirus 2019 di Klinik Kesihatan Salak di Sepang seperti yang tular di media sosial Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Sha ari Ngadi...
Doktor Rawat Pesakit Koronavirus 10 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia

Doktor Rawat Pesakit Koronavirus 10 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 510 hits
SEORANG doktor meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut selepas merawat pesakit dijangkiti koronavirus selama 10 hari berturut turut Dr Song Yingjie 27 merupakan ketua paramedik di sebuah klinik di wilayah Hunan yang terletak di sem...
Pesakit Koronavirus Di Wuhan Dakwa Diberi Makan Daging Labi Labi Yakin Boleh Sembuh

Pesakit Koronavirus Di Wuhan Dakwa Diberi Makan Daging Labi Labi Yakin Boleh Sembuh

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 305 hits
Isu pesakit yang dikuarantin di salah satu Hospital Khas Koronavirus di Wuhan disajikan dengan daging labi labi untuk hidangan makan malam telah dibangkitkan Menurut salah seorang pesakit mendakwa mereka yakin sajian daging yang dihidang ad...
Hospital Wuhan Guna Robot 5g Bantu Pesakit Koronavirus

Hospital Wuhan Guna Robot 5g Bantu Pesakit Koronavirus

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 215 hits
WUHAN 7 FEB Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang lapor agensi berita Xinhua Satu robot dipasang dengan kemudahan s...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan

Selepas 20 Tahun Berhubung Baru Abang Berani Nikahi Aku Malam Itu Penentu Segalanya

Lepas Bergaduh Suami Cakap Hidup Dia Sial Sebab Kahwin Dengan Aku Padahal Dia Tak Pernah Bagi Nafkah

Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India