Ubat Kutu Kucing Yang Digunakan Oleh Klinik Veterinar
Ubat Kutu Kucing Yang Digunakan Oleh Klinik Veterinar | Setiap hari mesti cik en terima pertanyaan mengenai masalah kutu pada kucing. Dan akan ada yang tanya apa yang terbaik. Untuk makluman korang, setiap klinik veterinar menggunakan pelbagai jenama untuk merawat masalah kutu. Tapi yang boleh cik en kongsi adalah ubat kutu yang banyak digunakan oleh klinik veterinar. Ini kerana ubat ini berkesan, selamat dan diiktiraf. Mungkin akan ada yang suggest local product tapi ianya optional pada korang. Tapi klinik veterinar akan gunakan produk yang diiktiraf untuk mengelakkan masalah pada kucing tersebut.
Ubat Kutu Kucing Yang Digunakan Oleh Klinik Veterinar Penggunaan ubat pada haiwan terutama kucing perlulah diberi dengan berhati hati. Penggunaan ubat tidak terkawal akan menyebabkan kematian dan akan beri imun pada kucing tersebut. Cik en banyak kali juga baca di Tips dan Rawatan Kucing yang cadangkan ubat ubatan yang agak tinggi dose pada kucing. Kena ingat, lain kucing, lain masalah, lain tahap kesihatan, lain alergik dan korang tak boleh sewenang wenangnya guna ubat ubatan yang dicadangkan. Better rujuk kepada klinik veterinar untuk memastikan kucing korang tak ada masalah sampingan selepas berikan ubat yang dicadangkan oleh warga facebook.
Berbalik kepada jenis Ubat Kutu Yang Digunakan Oleh Klinik Veterinar , cik en nak kongsi 3 jenis yang biasa digunakan. Jenis yang boleh korang berikan di rumah.
Advantage CatUbat titis ini dapat membunuh larva(telur kutu) dan kutu. Ada beberapa jenis dan korang boleh beli mengikut berat kucing korang masing masing. Paling kecil 4 kg untuk satu pipet. Kotak warna oren. Jadi, kalau kucing korang berat 2kg, hanya letakkan separuh sahaja. Ini penting bagi memastikan dose yang diberi cukup. terlebih boleh overdose manakala kurang akan jadi kurang berkesan.
Harganya paling murah dari 3 jenis ubat kutu. Korang boleh tengok di https://shp.ee/h3fvzum
Advocate CatUbat titis yang ini boleh membunuh larva, kutu, dan cacing. Dan berkesan juga untuk masalah kutu telinga dan cacing hati. Sama macam advantage, paling kecil 4kg untuk satu pipet. Pastikan korang ada penimbang untuk timbang berat kucing korang
Harganya sederhana dan korang boleh tengok di https://shp.ee/gfi8zbm
Revolution Cat
Ubat titis yang ini cik en rasa paling mahal tapi kesannya terbaik. Boleh matikan telur kuyu, kutu, kurap, cacing , kutu telinga dan cacing hati. Korang boleh tengok di https://shp.ee/ab3srmd
Berapa kali perlu beri?Cik en cadangkan mengikut habit kucing korang. kalau jenis outdoor, 1 atau 2 bulan, letak lah. Kalau jenis semu (outdoor dan indoor) maybe 3 ke 4 bulan. Tapi kalau fully indoor, 6 bulan sekali pun dah okey.
Cara gunakanHanya buka penutup pipet, selak bulu dibahagian atas tengkuk atau tempat yang tidak boleh dijilat sehingga nampak kulit. Hanya titiskan mengikut berat. Biarkan dalam beberapa jam sebelum dicampurkan dengan kucing lain. Risau ada yang rajin menjilat. Boleh mengakibatkan keracunan, sawan dan kematian.
Ubatan Lain di Klinik VeterinarUntuk special case atau yang bawa kucing ke klinik, ada satu lagi jenis yang Vet boleh bagi iaitu jenis suntikan. Suntikan apa? Suntikan Ivermectin. Yang tengah kecoh untuk beri kepada pesakit Covid-19. Masih berfikir secara waras, apa kaitan anti parasites dengan masalah pernafasan. Cik en ada kongsi di Ivermectin Untuk Pesakit Covid19?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2021/08/ubat-kutu-kucing.html