Ubat Gegat Kacang Parang Ubat Nyamuk Pantang Bayi G6pd Seumur Hidup


Ubat gegat, kacang parang & ubat nyamuk lingkaran antara 6 pencetus hemolisis anak kurang G6PD. Mama papa mesti tahu dan peka sentiasa!
Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD yang di mana tanda-tandanya kebanyakannya bermula dari kecil lagi.
Kekurangan G6PD atau G6PD deficiency perlu diperjelaskan terutama sekali bagi ibu bapa dan pesakit sendiri bagi mengelakkan berlakunya hemolisis yang mengakibatkan kemusnahan sel darah merah lebih cepat berbanding penghasilannya.
G6PD ialah enzim yang menjaga keutuhan dinding sel dari serangan pengoksidaan. G6PD deficiency
Satu topik yg simple je for me. Tapi selepas bertemu 3-4 patients yg masih confuse, saya decide untuk tulis berkenaan topik ni.
G6PD ialah satu daripada enzim yang menjaga keutuhan dinding sel, daripada serangan pengoksidaan (oxidative damage).
Tak faham? Hahaha.. tak mengapa.
Kalau G6PD cukup, dinding sel terpelihara daripada bahan teroksida yang merosakkan dinding sel. Simple analogi.
Pagar konkrit sekeliling rumah kita perlukan, katalah 20 beg simen. Tapi, budget kita tak cukup. So, kita beli 7 beg sahaja. Jadi, tukang akan guna pasir lebih, untuk bina pagar yang sama. So, pagar konkrit kita tu, tak kuat lah.
Boleh la guna untuk halang lembu 2-3 ekor. Tapi kalau segerombolan lembu datang menyerbu, memang tak tahan la pagar tu.
Sama lah juga dengan sel darah merah. Kalau G6PD cukup, dinding sel akan terpelihara daripada bahan teroksida yang boleh merosakkan dinding sel.
Kekurangan G6PD selalunya banyak berlaku kepada lelaki. Perempuan ada tapi jarang.
Apa yang anda perlu tahu?
1. Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki, kerana baka yang menentukan penghasilan enzim ini terletak pada kromosom X. Orang perempuan boleh menghidap penyakit ini, tapi jarang (perempuan ada dua kromosom X).
2. Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tak ada rawatan untuk ‘memperbanyakkan’ enzim ini.
Ini adalah penyakit genetik, so ia kekal sehingga akhir hayat.
3. Masalah berkaitan penyakit ini
A. Jaundice (kekuningan) semasa bayi. Risiko untuk jaundice yang tinggi. Selalunya, kalau baby disahkan menghidap G6PD deficiency, akan dipantau sekurang-kurangnya 5 hari di dalam wad.
B. Risiko berlaku pecah darah merah yang teruk (hemolytic anemia) jika terdedah kepada bahan yang ‘terlarang’.

Masalah seumur hidup, tiada rawatan untuk memperbanyakkan enzim ini.
6 PERLU DIELAK BAGI INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
Apakah senarai bahan terlarang dalam G6PD deficiency ini?
1. Ubat gegat (naphtalena). Risiko berlaku hemolysis jika memakai pakaian yang ‘tercemar’ dengan ‘wap’ ubat gegat. So, jangan beli langsung ubat gegat untuk menghalau lipas. Tapi, bukan bermakna anda boleh ternak lipas, tau!
2. Kacang parang/ fava bean.
This is where lots of confusion arise.
It is not any kacang. It is KACANG PARANG.
Bukan SEMUA jenis kacang.
G6PD deficiency dahulu dipanggil favism. Maknanya, hemolysis berlaku apabila orang yg menghidap masalah ni makan kacang parang/ fava bean.
Masalahnya, apabila pantang makan kacang parang ini dikiaskan dengan kacang yang lain.
Saya tahu, ada doktor lain yang memberi nasihat sedemikian. Saya, kurang ilmu dan pengalaman. Tapi setakat yg saya tahu, G6PD tidak dikaitkan dengan kacang lain.
Kalau sesiapa yg ada maklumat lain yang bercanggah dengan pemahaman saya, boleh kemukakan dalam ruangan komen. Dont worry, saya pun masih belajar.
‘Jadi doktor, boleh ke anak saya makan kacang tanah?’
Boleh
‘Kalau makan sate kuah kacang?’
Tak boleh, kalau kuah kacang tu dibuat menggunakan kacang parang.
‘Kalau makan parang?’
Tak berlaku pemecahan datah, tapi perut yang pecah.
‘Kalau makan kacang panjang yg dikerat pendek2 menggunakan parang?’
Boleh, tak ada masalah.
‘Kalau makan perut lembu?’
Kalau lembu tu diberi makan kacang parang sejurus sebelum disembelih, ada risiko, sebab zat kacang parang maybe masih ada dalam perut lembu.
‘Kalau makan aiskrim kacang parang?’
Tak boleh

Oh ya, kacang parang ni kadang2, dipanggil dengan nama yang lain.
Contoh:
-Kacang kuda
-Kacang itik
-Broad bean
-Bell bean
-English dwarf bean
-Haba bean
-Silkworm bean
-Pigeon bean
Nak senang, anda rujuk kepada gambar yg saya sertakan di bawah. Apa saja nama lain yg anda panggil kepada kacang ini, tidak menjadikan ia OK dimakan oleh penghidap penyakit ini.
Dan, pantang ini juga terpakai kepada ibu yang menyusukan anak yg berstatus G6PD deficiency.

3. Sesetengah ubat.
Ada senarai ubat yg tidak boleh digunakan oleh penghidap G6PD deficiency. Antaranya ialah ubat malaria, sesetengah antibiotics, dan juga beberapa ubatan yg bermula dengan nama sulfa- seperti sulfamethoxazole dan sulfacetamide. (Kalau berkahwin dengan orang bernama Sulfa, tak ada masalah darah pecah)
Untuk selamat, jika anak sakit, bila bertemu doktor, please mention: Anak saya ada masalah G6PD. InsyaAllah doktor akan aware dan akan beri ubat yg sesuai.
4. Jangkitan kuman
Ada sesetengah jangkitan kuman, contohnya influenza A, hepatitis dan salmonella, boleh menyebabkan berlaku hemolysis. So, kalau anak anda tak sihat, be aware of this.
****** tambahan pantang ******
1. Methylene blue
Dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk merawat methemoglobinemea, malaria dan juga pewarna semasa endoskop.
Orang awam pula menggunakan ubat biru ini dalam akuarium/ kolam untuk merawat ikan.
So, memang tak boleh digunakan kepada orang yg ada G6PD deficiency, atau bg yang memelihara ikan peliharaan, kena make sure anak2 tak menghidap masalah ini.
Oh ya, nila bukan methylene blue, meskipun dua-dua berwarna biru.
Nila tak ada masalah untuk digunakan (tapi kalau beri minum, tu jadi masalah besar!)
2. Ubat nyamuk lingkaran.
Ada sesetengah ubat nyamuk lingkaran yg boleh menyebabkan hemolysis. Memang ada kes yang dilaporkan terjadi hemolysis apabila terdedah kepada asap ubat nyamuk ini.
Kalau ubat nyamuk yg semburan, takde masalah untuk digunakan. Tapi jangan sembur ke muka anak pula!
Terima kasih kpd yg highlight tambahan ini.
*****
Apakah tanda2 berlaku hemolysis?
Tanda paling kerap ditemui ialah
Pucat
Sakit belakang/ perut
Kencing berdarah/ warna gelap.
Kalau ada tanda2 ini, segera ke HOSPITAL. Tak perlu argue, bahawa anak anda tak terdedah kepada mana2 bahan yg saya sebut sebelum ini. Just bawa anak anda ke HOSPITAL berdekatan sesegera mungkin.
Ok, panjang dah membebel.
Semoga apa yg saya tulis ini memberi manfaat kepada anda.
Boleh share, dan please tegur kalau ada fakta saya yang salah.
Dr Saleh yg tak cukup ilmu (Alhamdulillah, masih cukup G6PD. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustai)
Sumber: Salehuddin Sulaiman
The post Ubat Gegat, Kacang Parang & Ubat Nyamuk Pantang Bayi G6PD Seumur Hidup appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ubat-gegat-kacang-parang-ubat-nyamuk-pantang-bayi-g6pd-seumur-hidup-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Petua Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat Tak Perlu Guna Ubat Yang Ada Steroid

25 Petua Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat Tak Perlu Guna Ubat Yang Ada Steroid

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 383 hits
Apakah petua hilangkan ruam bayi Ruam susu kerap berlaku pada bayi khususnya pada bayi dalam tempoh berpantang kerana keadaan persekitaran yang panas dan lembap Ruam susu selalunya berlaku pada bahagian kulit tertentu si manja seperti di pi...
Menurut Sains Bayi Yang Berkepala Besar Dikatakan Lebih Bijak Dan Berjaya Dalam Hidup

Menurut Sains Bayi Yang Berkepala Besar Dikatakan Lebih Bijak Dan Berjaya Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 417 hits
Tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak bahawa kepala bayi yang dilahirkan ada yang bersaiz normal dan ada juga besar sedikit daripada saiz normal Jangan risau dahulu jika kepala bayi anda lebih besar kerana semua itu adalah sesuatu yang...
Otak Pelaku Pembunuhan Suami Menangis Divonis 20 Tahun Penjara Selingkuhannya Dihukum Seumur Hidup

Otak Pelaku Pembunuhan Suami Menangis Divonis 20 Tahun Penjara Selingkuhannya Dihukum Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 360 hits
Jamaliah alias Novi terdiam kaku saat majelis hakim meminta dirinya berkonsultasi dengan penasihat hukum Taufik M Noer SH Jamaliah harus menentukan sikap apakah menerima vonis 20 tahun penjara ataukah banding Silakan bangun saudara terdakwa...
Siri Komputer Produktiviti Lenovo Ideapad Diberi Nafas Baru Hadir Langganan Microsoft Office 2019 Seumur Hidup

Siri Komputer Produktiviti Lenovo Ideapad Diberi Nafas Baru Hadir Langganan Microsoft Office 2019 Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 261 hits
Lenovo ialah sebuah jenama yang terkenal untuk peranti peranti produktiviti dan riadah mereka yang hadir melalui siri ThinkPad IdeaPad dan juga Legion Hari ini pihak Lenovo Malaysia telah memperkenalkan kemaskini kepada peranti siri Lenovo ...
Cegah Alergi Orangtua Disarankan Beri Makan Kacang Pada Anak Sejak Bayi

Cegah Alergi Orangtua Disarankan Beri Makan Kacang Pada Anak Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 278 hits
alergi makanan ini tak hanya mempengaruhi pola makan anak semata namun juga cara tubuh mereka melawan penyakit tertentu Para anak penderita alergi ini dua hingga empat kali lipat lebih rentan mengalami kondisi lain seperti asma dan ruam
Diberi Seteguk Minuman Keras Bayi 1 Bulan Meninggal

Diberi Seteguk Minuman Keras Bayi 1 Bulan Meninggal

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 211 hits
Sebuah tindakan ceroboh berakibat fatal terjadi pada sebuah keluarga di Cina yang merayakan genap satu bulan usia seorang bayi laki laki yang identitasnya tidak dipublikasi Dalam kegembiraan perayaan itu kakek si bayi iseng memberikan satu ...
Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Lelaki Berkenaan Peguam

Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Lelaki Berkenaan Peguam

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 494 hits
Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Berkenaan Keme lut yang melanda rumah tangga Sultan Kelantan dan juga bekas Ratu Cantik Russia Rihana Oksana Petra dilihat sudah pun terl erai apabila peguam kepada Sultan Kelantan men...
Topi Kait Bayi Perempuan Gabungan 3 Warna

Topi Kait Bayi Perempuan Gabungan 3 Warna

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 738 hits
Topi Kait Bayi Perempuan Gabungan 3 Warna Alhamdulillah berpeluang untuk update blog lagi Entri kali ni simple je Fiza just nak update topi kait untuk baby girl berumur 10 bulan Alhamdulillah siap on time Untuk tempahan yang ni si ibu minta...
8 Ide Newborn Photoshoot Dengan Pernak Pernik Renda Nuansa Pastel Untuk Bayi Cewek Gemasnya

8 Ide Newborn Photoshoot Dengan Pernak Pernik Renda Nuansa Pastel Untuk Bayi Cewek Gemasnya

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 314 hits
Super cantik ide newborn baby vintage lace photoshoot berikut ini wajib disimpan buat referensimu kelak Imut banget
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya