Ubat Dan Jamu Kurus Punca Hati Rosak
Assalamualaikum.
Makan apa pagi ni mummies? Tak makan pape? Diet? Haii..sarapan pagi jangan skip kalau nak maintain tubuh badan ideal. Diet tu bukan bererti tak makan. Mummies kalau nak kurus, makan mesti ikut masa dan banyakkan sayur dan buah.
Syu lepas bersalin, berat Syu dari 71 kg turun sampai 56kg masa dalam pantang. Hanya ikut diet berpantang yang Ma Syu sediakan dan menyusukan baby. Itu jer. Sekarang Dikfael pun dah nak masuk dua tahun, berat Syu dah naik balik jadi 67kg.
Sebab apa?
Sebab pertama, Dikfael dah kurang menyusu badan sebab diet harian dia dah lebih kepada makan berbanding minum susu. Kedua, sebab Syu selalu skip sarapan. Ha nampak tak? Breakfast tu penting.
Sebenarnya Incik Asben lebih suka Syu berisi macam ni. Lagi comel katanye..hahaha.. Tapi Syu tetap nak kena turunkan berat badan jugak. Isu cantik, tak cantik bukan point utama Syu nak kurus, tapi lebih kepada nak sihat dan lebih bebas bergerak.
Sekarang ni di media sosial, macam instagram artis-artis banyak mempengaruhi pemikiran kita dan beranggapan “kurus is cantik”. Kesan dari tu, ramai yang menghadapi tekanan untuk menguruskan badan. Sudahnya, ambil jalan mudah dengan membeli pil kurus yang menayangkan testimoni-testimoni acah-acah gempak gittew.
Kalau diperhatikan kat IG dan FB, ada bermacam bentuk ‘jelmaan’ produk menurunkan berat badan ni tau. Ia termasuklah berbentuk pil diet, teh, kopi, jus kesihatan atau produk tradisional lain, seperti jamu. Kebanyakan produk ini menjanjikan hasil yang segera dan ketara.
Hey hati-hatilah dengan produk “fast action” ni. Kebanyakan produk begini dah dicampur dengan bahan yang terlarang atau ubat terkawal. Penggunaan bahan ini tanpa pengawasan doktor boleh mendatangkan kesan yang buruk seperti yang selalu kita dengar dan baca dalam berita:
Link Berita : Jerat pil kurus | Idam nak cantik jadi gila | Menjanda akibat obses langsing | Produk pelangsing beracun | Jamu langsing boleh sebabkan hati rosak
Mamy hang mohon untuk celupar kejap nah?!
Maaf cakaplah,sebenarnya produk macam ni biasanya diasaskan oleh si tamak haloba yang takde otak dan tak bertanggungjawab. Dalam kepala meraka cuma nampak duit, duit duit. Pulak tu berani memperbodohkan pengguna, dengan mendakwa produk diorang berasaskan herba, 100% semulajadi, bebas kimia dan lain-lain janji lagi.
Kesan yang drastik ini selalunya disebabkan ada campuran dengan ubat terkawal seperti Phentermine atau bahan terlarang seperti Sibutramine dan Fenfluramine.
Istilah “ubat terkawal” ni bermaksud, ubat ni selamat digunakan jika diambil di bawah pengawasan doktor . Disebabkan rekod kesan sampingannya terlalu bahaya, maka pemantauan dan pemeriksaan secara berkala perlu dibuat ke atas pesakit yang menggunakan ubat ni.
Selain tu, ubat ni dah ditetapkan dos pengambilan yang paling tepat dan optimum supaya pesakit yang mengambil ubat ini boleh menerima faedah dari ubat ni, lebih tinggi berbanding kesan sampingan yang bakal dia terima
Dalam entri akan datang, Syu akan huraikan pulak beberapa mekanisma penurunan berat badan yang berlaku dalam badan bila mummies mengambil ubat-ubat pelangsing. Dan kalau sempat Syu akan senaraikan sekkali cara-cara mengawal berat badan secara selamat dan sihat.
Stay tuned! Muuaahh ciket..Ahaks! Gediks sangat hokey!
Ikuti sambungannya di : Ubat kurus punca hati rosak -Part II
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2017/05/ubat-kurus-beracun-part-i.html