Uban Membuatkan Kita Sedar Waktu Kita Semakin Suntuk Di Dunia
Uban Membuat Kita Sedar Waktu Kita Semakin Suntuk di Dunia | Akhir-akhir ini, gatal betul kulit kepala. Puas lah juga menggunakan pelbagai syampu di pasaran. Dari yang murah sehingga di spa sudah di cuba. Pagi ini anak yang sulung (Sara) memberitahu ada 'sehelai uban' di rambut saya.
Terkejut, sudah pasti. Itu reaksi pertama saya, apabila melihat sehelai uban di sebalik helaian rambut yang kehitaman. Kata suami, "awak bukan muda lagi".. Ya, saya tahu. Saya seorang ibu yang mempunyai empat orang anak dan kini berusia 34 tahun pada 2021.
Bagi pendapat saya sendiri, uban bukan pengukur tua atau muda seseorang. Tetapi peringatan kepada kita mengenai kematian. Dengan adanya uban di rambut, membuatkan kita semakin dekat dengan allah. Buktinya kita akan mengejar akhirat.Utamakan akhirat dari hal keduniaan. Kerana mati tidak juga mengenal usia. Dan tidak juga ketika seseorang itu sihat atau pun dalam keuzuran.
Allah berikan peluang selama setahun untuk bertaubat
Ya, saya dapat lihat satu peristiwa di mana seorang hamba allah itu diuji dengan keuzuran. Sakit misteri. Darah keluar dari setiap rongga badan ( mulut, telinga, jadi buasir ). Dia diuji selama setahun. Berubat hospital dan juga cara tradisional. Masih sama keadaanya, malahan semakin teruk. Kemudian, allah berikan nikmat sihat kepada beliau. Dia sempat beraya. Gembira kerana telah kembali sihat. Kemudian, ketika beliau sihat.. allah menarik segera nyawa nya. Allahuakbar! Allah berikan beliau tempoh untuk bertaubat sebelum nyawa di tarik. Begitu baiknya allah. Berikan peluang supaya beliau bertaubat terlebih dahulu sebelum pulang ke alam barzakh.
Berbalik kepada kisah saya sendiri, semalam adalah hari ke-2 saya berpuasa sunat. Saya terasa sangat lemah. Allahuakbar! Sedang saya berdiri menunaikan solat, terasa seolah ingin tumbang ke tikar sejadah. Saya habiskan juga solat. Seawal jam 9 malam, badan saya memang dah tidak boleh lagi berfungsi saya rasakan. Rupanya, saya terlupa untuk berehat kerana seawal 4 pagi saya bangun serta melakukan kerja-kerja rumah dan juga kerja sebagai penulis. Hari ni, saya tidak berpuasa. Kerana letih itu masih ada. Lagipun saya mempunyai tekanan darah rendah.
Entahlah, semalam bila saya sakit dan lemah begitu. Saya hanya fikirkan kematian. Mungkinkah saat saya telah tiba? Saya bercadang ingin berpuasa pada setiap hari jika diizinkan allah. Mungkin juga dengan berpuasa dapat menjadikan kita sebagai insan yang lebih baik serta dapat gugurkan segala dosa-dosa lampau selain melakukan solat taubat nasuha. Erm, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir juga saya persiapkan hibah untuk anak-anak saya. Sebab itulah saya berusaha keras untuk masa depan anak-anak. Walaupun mempunyai suami, tetap berusaha untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang mempunyai pendapatan. Dan tanggungjawab besar bila ingin tinggalkan anak-anak ( kerana anak adalah amanah dari allah ). Membahagiakan orang sekeliling pun dapat membahagiakan saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2021/05/uban-membuatkan-kita-sedar-waktu-kita.html