Isteri Sering Didera Suami Meninggal Dunia


Oleh NUR SYAZWANA MANSOR SITI KHODIJAH AB MANAFSUNGAI PETANI: Hasrat empat beradik beraya bersama ibu mereka tidak kesampaian apabila wanita kesayangan itu meninggal dunia selepas 26 hari koma dipercayai akibat mengalami pendarahan dalam kepala.
Ibu mereka, Siti Khodijah Ab Manaf, 32, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.50 pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), dan jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Mangsa sebelum ini didakwa sering didera oleh suaminya sepanjang tempoh lapan tahun perkahwinan mereka.
Wanita terbabit meninggalkan empat orang anak yang masih kecil iaitu, Nur Alyaa Nadrah Qaisara Ab Salam, 8; Abdul Raqiz, 5; Abdul Wafiy, 4; dan Irfan Arshad, 2, yang kini dijaga oleh nenek mereka, Rokiah Bahari, 68.
Ibu saudara mereka, Hafizah Ibrahim, 41, berkata, arwah yang juga anak keempat daripada lima beradik tiba-tiba pengsan pada pukul 4 pagi, 18 April lalu ketika hendak membancuh susu anaknya.
Hafizah berkata, sejak dirawat di HSAH, arwah tidak sedarkan diri dan cuma dua hari lalu, dia menunjukkan perubahan apabila menggerakkan jari dan tangan kirinya.
“Kami mengharapkan dia sembuh dan kembali ke sisi anak-anak, namun hari ini kami dikejutkan dengan berita pemergiaanya buat selamanya,” katanya ketika ditemui di rumah ibu arwah di Kampung Teluk Wang, Sungai Pasir, di sini, hari ini.
Utusan Malaysia pada 2 September tahun lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki kerana memukul isterinya sehingga cedera selepas menuduh mangsa berlaku curang dalam kejadian di rumah mereka di Taman Bandar Puteri Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia 30 tahun dan merupakan suri rumah membuat laporan polis setelah mendakwa suaminya yang berusia 36 tahun sering memukulnya.
Hafizah memberitahu, dia sempat membawa empat anak arwah ke pasar raya untuk membeli pakaian untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu lalu.
“Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku terutama ketika dalam suasana hari raya, kami kehilangan arwah,” katanya.
Tambahnya, kesemua anak arwah demam dan batuk pada hari raya pertama semalam disebabkan terlalu rindukan ibu mereka.
Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Teluk Wang, di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang sebaik sahaja selesa bedah siasat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan berhubung kematian mangsa, namun masih menunggu laporan bedah siasat berkaitan punca kematian wanita berkenaan.
“Saya berharap tiada mana-mana pihak yang membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana siasatan masih sedang dilakukan,” jelasnya. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/isteri-sering-didera-suami-meninggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syurga Buatmu Sayang Baba Janji Jaga Anak Kita Suami Reda Isteri Meninggal Lepas Bersalin

Syurga Buatmu Sayang Baba Janji Jaga Anak Kita Suami Reda Isteri Meninggal Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 344 hits
Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang pergi buat selamanya Lagi lagi ibu bapa isteri atau anak sendiri Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia tiada siapa yang mampu halang Ia datang dengan sendiri Tapi jangan lupa ...
Suami Menangis Isteri Meninggal Kerana Covid Netizen Turut Bergenang Air Mata

Suami Menangis Isteri Meninggal Kerana Covid Netizen Turut Bergenang Air Mata

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 265 hits
Baru baru ini tular video di media sosial rakaman panggilan telefon dipercayai dengan seorang lelaki yang kehilangan isteri akibat Covid 19 mengundang sebak dikalangan netizen Video perbualan yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama N...
Ramai Yang Tak Tahu Bila Isteri Meninggal Harta Bukan Hak Suami Semata Ada Hak Waris Asobah

Ramai Yang Tak Tahu Bila Isteri Meninggal Harta Bukan Hak Suami Semata Ada Hak Waris Asobah

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 332 hits
Bila bercakap tentang ilmu Faraid pasti ramai yang bertanya tentang harta peninggalan suami Tak ramai yang tahu tentang harta faraid jika berlaku kematian pada si isteri Ada juga yang menyangka semua harta isteri akan jatuh pada suami walha...
Suami Isteri Berjalan Kaki 278km Untuk Pulang Beraya

Suami Isteri Berjalan Kaki 278km Untuk Pulang Beraya

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 304 hits
Oleh TRIBUNENEWS DANI dan keluarga berhenti melepaskan lelah di tepi jalan raya sebelum menyambung semula perjalanan dengan berjalan kaki dari Jakarta ke Bandung TribunenewsJAKARTA Demi untuk berhari raya di kampung pasangan suami isteri be...
Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 384 hits
3 398 total views 3 398 views today Pengorbanan seorang isteri dan ibu memang tidak boleh disangkal lagi Membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ib...
Bekas Atlet Olimpik Negara Asirvatham Victor Meninggal Dunia

Bekas Atlet Olimpik Negara Asirvatham Victor Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 389 hits
Bekas pelari 400m Olimpik negara Asirvatham Victor meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas KUALA LUMPUR Bekas pelari 400m Olimpik negara Asirvatham Victor meninggal dunia hari ini pada usia 81 tahun selepas mengalami sesak nafas Presi...
Pemuda Indonesia Dilaporkan Meninggal Dunia Selepas Terima Vaksin Astrazeneca

Pemuda Indonesia Dilaporkan Meninggal Dunia Selepas Terima Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 324 hits
1 680 total views 1 680 views today JAKARTA 11 Mei Seorang pemuda berusia 22 tahun di Indonesia dilapor meninggal dunia pada Jumaat lepas sehari selepas menerima suntikan vaksin COVID 19 AstraZeneca Menurut laporan media tempatan pemuda ber...
Disahkan Meninggal Dunia Warga Emas Ini Buka Mata Sebelum Dibakar

Disahkan Meninggal Dunia Warga Emas Ini Buka Mata Sebelum Dibakar

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 266 hits
Seorang warga emas India berusia 76 tahun yang dipercayai telah meninggal dunia akibat positif COVID 19 membuka matanya beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan Mengikut portal berita tempatan di India wanita yang bernam...
Al Fatihah Pemanah Senior Negara Haziq Kamaruddin Meninggal Dunia Pagi Ini

Al Fatihah Pemanah Senior Negara Haziq Kamaruddin Meninggal Dunia Pagi Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Pemanah senior negara Haziq Kamaruddin 27 tahun menghembuskan nafas terakhir pagi ini Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi Timbalan Menteri Sains Teknologi dan ...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter