Ubah Kehidupan Tambah Duit Simpanan Bermula Dengan Kemas Almari Pakaian




Tajuk di atas tu orang putih panggil 'clickbait'. Tajuk yang sengaja dibuat untuk menarik orang agar teringin nak baca. Tentu anda tertanya-tanya apa kaitan tambah duit simpanan dengan kemas almari pakaian.
Teknik ni boleh diguna pakai oleh anda yang selama ini cukup pendapatan, tapi tak pernah dapat menabung. Duit simpanan tak dapat diadakan. Jika berlaku apa-apa keperluan terkejut, tentu gelabah untuk selesaikannya.
Saya rasa itu masalah paling kerap berlaku kepada golongan makan gaji yang ada pendapatan tetap masuk setiap bulan. Banyak mana masuk, banyak itulah juga yang keluar ngam-ngam sehinggalah datang semula bulan yang baru.
Yang peliknya, bila pendapatan bulanan ada peningkatan, maka secara automatik, belanja juga akan turut sama naik. Masih tak dapat kekalkan cara belanja sebelum itu supaya jumlah kenaikan itu dapat dijadikan tabungan. Kena sumpahan apa pun tak tau lah!.
Semua itu dapat diubah seandainya anda ada 2 ciri-ciri berikut di bawah.
Rumah berselerak - Anda tinggal di sebuah rumah yang penuh berselerak dengan barang-barangSuka membeli - Rajin keluar rumah cari duit untuk membeli barang-barang lagi, bagi menambah koleksi simpanan barang-barangnya di rumah.Kebiasannya, anda yang punya ciri-ciri di atas, akan turut sama ada penyakit suka beli barang bila ada duit. Ia dah jadi tabiat, iaitu berlaku secara spontan tanpa perlu dipaksa atau tanpa disedari.
Tabiat itulah yang mahu diubah sekarang dengan menggunakan teknik kemas almari rumah. Ia mampu dijadikan sebagai permulaan membina sikap hidup ringkas supaya anda mampu jadi kaya.
Permulaan kemas almari ini diharapkan dapat membuatkan wang anda berlebihan sedikit daripada kebiasaan. Dari situ, diharap dapat dijadikan motivasi melebarkan teknik ini pada sudut dalam rumah, yang lain pula.
Kemas almari rumahPergi buka semua almari pakaian yang ada dan keluarkan semua pakaian kepunyaan anda yang ada di dalamnya satu persatu.
Asingkan  mengikut jenis seperti berikut:
Pakaian yang sering anda gunakanPakaian yang jarang digunakanPakaian yang tak pernah digunakanAda dapat perhatikan berlakunya fenomena 80/20. Anda akan dapati dalam keseluruhan baju yang ada, hanya 20% sahaja dariya yang anda gunakan 80% daripada masa. Lebihan 80% daripada pakaian dalam simpanan itu hanya digunakan 20% daripada masa kita.
Dalam bahasa mudahnya jika jumlah pakaian anda 100 helai, anda akan dapati, lebih kurang 20 helai sahaja yang paling kerap di pakai, iaitu 80% dari masa yang anda ada.
Anda akan dapati jenis pakaian dalam kategori kedua dan ketiga menjadi koleksi paling banyak dalam almari pakaian.
Kemas semula almariSetelah selesai mengklasifikasikan ketiga jenis pakaian di atas. masukkan semula jenis yang pertama ke dalam almari. Iaitu jenis yang memang anda sentiasa pakai dan gunakan.
Anda akan dapati ruang almari menjadi cukup luas dan lapang.
Semak semula pakaian jenis kedua dan simpan satu atau maksimum dua saja pakaian yang anda gunakan untuk:
Majlis perayaan seperti hari raya atauMajlis formal seperti makan malam atau lain-lain seumpamanya.Simpan hanya yang terbaik, tercantik, terbaru dan paling anda suka sahaja untuk kategori ini. Selebihnya jadikan ia sebagai kategori yang ketiga.
Biasanya jumlah pakaian dari jenis ketiga ini masih tetap jauh lebih banyak daripada kategori pertama.
Semak lagi untuk kali terakhirMulakan membelek satu persatu pakaian jenis ketiga ini buat kali terakhir.
Biarkan jenis ini melekat dalam kepala kerana kenangan sedih ini akan digunakan dalam kehidupan anda seterusnya. Setelah puas membelek, anda boleh buat keputusan samada mahu hadiahkan pada kawan baik atau orang susah.
Anda boleh juga jual dalam bentuk bunddle atau hadiahkan pada organisasi kebajikan. Kalau tak ada yang layak buang sahaja dan jadikan sebahagiannya sebagai kain buruk.
Perhatikan semula jenis yang pertamaKini tiba masa untuk membuat sedikit kajian terhadap pakaian daripada jenis yang pertama tadi. Fikirkan dan buat analisa kenapa anda suka pakai pakaian tersebut secara rutin.
Kenal pasti apa ciri-cirinya dan buat catitan pada buku nota. Spesifikasi yang telah disenaraikan tadi perlu digunakan setiap kali anda mahu membeli pakaian baru jika perlu. 
Ini akan membuatkan setiap pakaian yang dibeli akan lebih terjamin bukan satu pembaziran dan bukan dibeli semata-mata atas tipudaya promosi jurujual.
Mulakan gaya hidup baruSelesai semua aktiviti kemas almari rumah di atas menandakan satu permulaan kehidupan ringkas dalam hal berpakaian.
Anda hanya mempunyai pakaian yang benar-benar berguna dan sering dipakai. Anda juga akan secara automatik menghindari kesilapan membeli pakaian yang tidak diperlukan apabila sering teringatkan semula berbakul-bakul pakain jenis itu yang telah disingkirkan dari almari pakaian dirumah.
Wang pendapatan bulanan akan mula ada lebihan sedikit untuk dijadikan wang simpanan sebagai modal untuk diternakkan agar membiak dalam jangka panjang.
Anda sudah mula menjadi orang kaya baru. Orang kaya dalam makna hidup ringkas.
Selamat mencuba kemas almari rumah untuk permulaan membentuk sikap jadi kaya, semoga berjaya, Insyallah!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/11/teknik-kemas-almari-rumah-untuk-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Duit Online Terima Bayaran Ketiga Innity

Buat Duit Online Terima Bayaran Ketiga Innity

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 193 hits
AssalamualaikumBismillahIklan dalam talian semakin rumit dan berubah dengan cepat Pengiklan perlu mengikuti tren dan teknologi terkini untuk mencapai matlamat pemasaran mereka Dalam konteks ini Innity menonjol sebagai syarikat yang mampu me...
Hujan Duit Rm4 8 Juta

Hujan Duit Rm4 8 Juta

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 126 hits
AgensiORANG ramai berkumpul di tengah padang bagi mengutip wang FOTO Tangkap Layar IGPrague Pempengaruh dari Republik Czech mengejutkan penduduk tempatan dengan mencampakkan wang AS 1 juta dari sebuah helikopter berhampiran bandar Lysa nad ...
Nampak Gaya Kena Guna Duit Sendiri Beli Hati

Nampak Gaya Kena Guna Duit Sendiri Beli Hati

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 301 hits
Shahidan masih masih cerita tentang peruntukan pembangkang lagi Walaupun dah dijelaskan tiada dalam mana mana akta yang pembangkang layak dapat peruntukan Jadi tak timbul soal aniaya Bahkan PMX dah buka pintu untuk rundingan kalau nak perun...
Kehabisan Duit Wna Yordania Mengemis Bawa Balita Di Bali

Kehabisan Duit Wna Yordania Mengemis Bawa Balita Di Bali

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 129 hits
Untuk alasan mereka mengemis karena kehabisan dana atau uang saat liburan di Pulau Bali
Hiburan Nama Disebut Sebut Artis Diburu Bank Negara Sebab Cuci Duit Daiyan Trisha Beri Hint Bukan Dia

Hiburan Nama Disebut Sebut Artis Diburu Bank Negara Sebab Cuci Duit Daiyan Trisha Beri Hint Bukan Dia

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 228 hits
Tular sebelum ini mengenai dakwaan seorang selebriti putih gebu yang diburu Bank Negara gara gara terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram Berikutan tularnya berita tersebut ramai netizen mula meneka siapakah artis yang dimaksudkan med...
Apa Itu Snuppee Mall Cara Buat Task Snuppe Mall Apps Legit Trusted Dibayar Buat Duit Dgn Phone

Apa Itu Snuppee Mall Cara Buat Task Snuppe Mall Apps Legit Trusted Dibayar Buat Duit Dgn Phone

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 1588 hits
Apa Itu Snuppee Mall Cara Buat Task Snuppe Mall Apps Legit Trusted Dibayar Buat Duit Dgn Phone APPS LEGIT MAHU DUIT CASH HARI MINGGU BOLEH WITHDRAW BUKAN PERJUDIAN BUKAN JUAL PRODUK BUKAN SCAM JOM JOIN GUYS BEST BUAT DUIT DI SNUPPEE MALL Re...
Nasabah Syok Rp1 4 Miliar Raib Usai Buka Kiriman File Apk Di Wa Begini Cara Pelaku Kuras Duit Korban

Nasabah Syok Rp1 4 Miliar Raib Usai Buka Kiriman File Apk Di Wa Begini Cara Pelaku Kuras Duit Korban

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 286 hits
Tersangka mentransfer dari tabungan korban ke 16 rekening yang dibeli tersangka DN dari seseorang
Isteri Perlu Ada Duit Sendiri Biar Bahagia Dengan Cara Kita Tak Perlu Berlebih

Isteri Perlu Ada Duit Sendiri Biar Bahagia Dengan Cara Kita Tak Perlu Berlebih

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 279 hits
Satu kenyataan motivasi dan menaikkan semangat para wanita ini tidak salah Ya perempuan perlu punya wang dan harta sendiri supaya jika sendirian ditinggalkan suami wanita punya sesuatu untuk meneruskan kehidupan Namun wang pangkat dan harta...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga