Isteri Perlu Ada Duit Sendiri Biar Bahagia Dengan Cara Kita Tak Perlu Berlebih


Satu kenyataan motivasi dan menaikkan semangat para wanita ini tidak salah. Ya perempuan perlu punya wang dan harta sendiri supaya jika sendirian ditinggalkan suami, wanita punya ‘sesuatu’ untuk meneruskan kehidupan.

Namun wang, pangkat dan harta bukan segalanya bagi seorang wanita bergelar ibu. Kebahagiaan itu terletak ditangan kita sendiri.
Perkongsian Siti Suryani Yaakop ini benar-benar mendalam. Kita bahagia seadanya mengikut cara dan kemampuan kita. Kita pilihlah yang paling terbaik buat hidup kita dan anak-anak.
Semalam makcik saya hantar gambar ni kat grup famili. Yang sorang tu makcik lagi satu. Sorang lagi tu nenek.”Ambik angin petang”, tulisnya.
Makcik saya yang ambik gambar ni dulu kerja jururawat. Kata nenek saya kerja Misi. Bukan kat Malaysia saja. Sampai Arab Saudi sana. Sambil kerja sambil sambung belajar. Balik sini jadi instruktor. Di sebuah universiti swasta terkemuka.
Gaji dia sedap lah juga. Kalau sewa rumah pun makan ribu. Anak kecik pun sekolah lagi semua. Maknanya boleh tahan lah tu.
Satu hari dia buat video call. Katanya nak berhenti. Nak jaga nenek. Nak bawa nenek habiskan usia kat rumah kampung. Duduk dia bandar lain. Kot mana hebat pun tak sama dengan rumah dia sendiri. Bila saya tanya dah fikir habis ke. Dia cuma kata dia tawakal saja.

Betul. Tak lama dia berhenti. Balik kampung. Angkut semua anak tukar sekolah. Bawa nenek. Suaminya pun bagus. Ikut sama. Berulang walau jauh jaraknya. Kadang makcik lagi sorang datang. Dia pun tak berapa sihat juga. Tapi bolehlah buat teman mengisi masa.
Saya tanya dia apa dia rasa lepas berhenti. Macam mana bila biasa dah hidup bergaji. Ada rutin. Tiba-tiba kena tukar semua. Dia kata lega.
Tak tahu kenapa. Tapi lega. Dia tahu duit tak akan masuk macam dulu. Tapi dia tak risau. Dia kata tak pernah putus makan lagi. Sentiasa ada orang bagi. Pakcik yang duduk tak jauh dari rumah rajin hantar lauk. Jiran sebelah suka bagi sayur. Pokok yang dia tanam elok menjadi. Kalau balik kampung ada je nanti bekal dia bagi.
Pakcik makcik yang lain pun rajin datang. Katanya ada sekali tu kena suruh orang berhenti belikan ikan. Dah banyak sangat. Takut tak termakan.
Semalam saya baru baca. Tulisan motivasi tentang betapa perempuan kena ada duit sendiri. Ada kerjaya. Ada posisi yang baik untuk dihormati. Untuk bahagia. Untuk gembira. Mesti jadi sesuatu. Atau seseorang.
Mesti berjalan luar negara.
Mesti ada harta sendiri.
Mesti ada masa untuk diri sendiri.

Tapi makcik saya jumpa bahagia dia dengan menjadi semua yang disebaliknya. Duit sendiri. Kerja sendiri. Masa sendiri. Harta sendiri. Semua dah tiada. Tapi di situ dia jumpa bahagia sebenar dia.
Bahagia dia adalah ‘bergaduh’ dengan nenek saya. Bahagia dia adalah dengan tolak kerusi roda nenek untuk ambik angin petang. Bahagia dia adalah ada masa ambik dan hantar anak sendiri ke sekolah. Bahagia dia adalah layan cerita tamil dengan makcik lagi sorang.
Makcik saya ajar sesuatu. Penanda aras bahagia dan kaya kita semua tidak pernah sama. Matlamat orang dan matlamat kita tak akan serupa. Keinginan kita dan keinginan orang sentiasa berbeza.
Sampai usia sekarang, saya masih tak tahu apa erti sebenar berjaya. Tapi pada saya berjaya adalah apabila kita bahagia. Orang yang bahagia adalah orang yang tahu di mana punca bahagia dia. Dan dia kuat untuk buat apa saja yang buat dia bahagia. Dia tidak takut jatuh dalam penilaian mata manusia. Asal saja tak jatuh dalam murka Tuhannya.
Makcik saya ni pernah bergurau,” Kau tengok Amy. Comot dah Acik sekarang ni”. Tapi saya jawab dalam hati, moga di sana nanti dia jadi secantik bidadari, asbab syukur dan sabarnya yang tinggi.
Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Isteri Perlu Ada Duit Sendiri. Biar Bahagia Dengan Cara Kita, Tak Perlu Berlebih! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-perlu-ada-duit-sendiri-biar-bahagia-dengan-cara-kita-tak-perlu-berlebih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Dan Cara Membuat Scrub Badan Sendiri Di Rumah

Manfaat Dan Cara Membuat Scrub Badan Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 289 hits
Scrub badan adalah satu proses penting dalam menjaga kesihatan kulit Ia bukan sahaja membantu mengangkat sel sel kulit mati tetapi juga memberi kesegaran dan penjagaan tambahan kepada kulit Buat Sendiri Scrub BadanMemahami manfaat dan cara ...
Apa Itu Snuppee Mall Cara Buat Task Snuppe Mall Apps Legit Trusted Dibayar Buat Duit Dgn Phone

Apa Itu Snuppee Mall Cara Buat Task Snuppe Mall Apps Legit Trusted Dibayar Buat Duit Dgn Phone

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 1587 hits
Apa Itu Snuppee Mall Cara Buat Task Snuppe Mall Apps Legit Trusted Dibayar Buat Duit Dgn Phone APPS LEGIT MAHU DUIT CASH HARI MINGGU BOLEH WITHDRAW BUKAN PERJUDIAN BUKAN JUAL PRODUK BUKAN SCAM JOM JOIN GUYS BEST BUAT DUIT DI SNUPPEE MALL Re...
Nampak Gaya Kena Guna Duit Sendiri Beli Hati

Nampak Gaya Kena Guna Duit Sendiri Beli Hati

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 300 hits
Shahidan masih masih cerita tentang peruntukan pembangkang lagi Walaupun dah dijelaskan tiada dalam mana mana akta yang pembangkang layak dapat peruntukan Jadi tak timbul soal aniaya Bahkan PMX dah buka pintu untuk rundingan kalau nak perun...
5 Cara Memulakan Bisnes Bakeri Untuk Kerja Dari Rumah Sambil Buat Duit

5 Cara Memulakan Bisnes Bakeri Untuk Kerja Dari Rumah Sambil Buat Duit

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 296 hits
Salam semua dalam keadaan ekonomi sekarang dan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat Ini membuatkan ramai di antara kita yang ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan seharian Salah satunya adalah bisnes ...
Kau Jadikan Kakak Untuk Raih Simpati Bekas Isteri Dedah Shafiq Amzah Terdesak Pinjam Duit Kawan Lepas Pindah Rumah

Kau Jadikan Kakak Untuk Raih Simpati Bekas Isteri Dedah Shafiq Amzah Terdesak Pinjam Duit Kawan Lepas Pindah Rumah

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 305 hits
Terbaru adik Shila Amzah iaitu Shafiq Amzah didakwa masih mempunyai sifat suka meminjam duit rakan terdekatnya Pendedahan tersebut dilakukan oleh bekas isteri Nurul Anis yang berkongsikan perbualan Shafiq bersama seorang individu yang diper...
Nasabah Syok Rp1 4 Miliar Raib Usai Buka Kiriman File Apk Di Wa Begini Cara Pelaku Kuras Duit Korban

Nasabah Syok Rp1 4 Miliar Raib Usai Buka Kiriman File Apk Di Wa Begini Cara Pelaku Kuras Duit Korban

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 285 hits
Tersangka mentransfer dari tabungan korban ke 16 rekening yang dibeli tersangka DN dari seseorang
Mekanik Ini Dedah Cara Mudah Cek Tayar Botak Guna Duit Syiling Je Ini Caranya

Mekanik Ini Dedah Cara Mudah Cek Tayar Botak Guna Duit Syiling Je Ini Caranya

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 234 hits
Setiap pemilik kenderaan harus memiliki pengetahuan asas tentang penjagaan kereta termasuk keadaan tayar selepas digunakan untuk tempoh tertentu Keadaan bunga tayar juga dikenali sebagai tapak tayar adalah salah satu aspek penting yang perl...
Mengenal Game Slot Pragmatic Maxwin Fitur Keuntungan Dan Cara Bermain

Mengenal Game Slot Pragmatic Maxwin Fitur Keuntungan Dan Cara Bermain

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 164 hits
Mengenal Game Slot Pragmatic Maxwin Fitur Keuntungan dan Cara Bermain Apakah Anda seorang penggemar game slot online Jika iya maka Anda pasti tidak boleh melewatkan game slot Pragmatic Maxwin Game slot Pragmatic Maxwin adalah salah satu pil...
Ini Cara Jenderal Tni Dudung Isi Masa Pensiun Fokus Fokus

Ini Cara Jenderal Tni Dudung Isi Masa Pensiun Fokus Fokus

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 129 hits
Dudung menilai TNI harus memiliki sikap netral dan tak berpihak pada kelompok tertentu saat pemilihan presiden tahun 2024 mendatang
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco