Tv Alhijrah Pilih Karnival Al Falah Madani Sebagai Pentas Sambutan Ulang Tahun Ke 15


Bukan di dewan. Bukan di pentas mewah. TV AlHijrah memilih masjid, tempat ibadah dan penyatuan ummah, sebagai lokasi sambutan ulang tahun ke-15 perjuangan penyiaran Islamnya



Buat julung kalinya, ulang tahun TV AlHijrah diraikan dalam suasana terbuka bersama masyarakat menerusi Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota 2025. Acara ini akan berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2025 di Masjid Jamek Beserah, Kuantan, Pahang

Kemuncak sambutan akan diadakan pada malam Jumaat, 27 Jun 2025 menerusi program siaran langsung eksklusif Hijrah Berselawat dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Program ini menghimpunkan elemen selawat, tausiyah dan persembahan seni Islamik yang menyentuh jiwa. Ia dikendalikan oleh dua pengacara utama, Syamsul Debat dan Shamsul Ghau-Ghau, dengan pendekatan santai namun penuh dengan mesej dakwah



Barisan pendakwah yang akan mengisi program termasuk PU Rozi Harun, Ustaz Tariq Jaffri, Ustaz Hassan Basri Ali, Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali dan Ustaz Nadir Al Nuri. Persembahan selawat dan nasyid pula akan disampaikan oleh Al-Maqari, Lah Ahmad, Zaff VE dan Usop Kopratasa. Gabungan ini dijangka mewujudkan suasana rohani yang menginsafkan serta memperkukuh semangat hijrah dalam kalangan penonton dan pengunjung

Selain program siaran langsung, TV AlHijrah turut menyediakan reruai interaktif sepanjang tiga hari karnival. Reruai ini menjadi platform interaksi dua hala antara stesen dan masyarakat. Antara pengisian menarik ialah sesi pertemuan bersama personaliti TV AlHijrah, kuiz keagamaan, permainan silang kata jawi serta edaran cenderamata eksklusif sempena ulang tahun ke-15



Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris menyatakan bahawa sambutan ini mencerminkan pendekatan baharu TV AlHijrah dalam menyantuni masyarakat

“Kami tidak menyambut ulang tahun ini di tempat tertutup atau hanya bersama warga dalaman. Kami memilih untuk bersama masyarakat Indera Mahkota dalam suasana yang memperkukuh ukhuwah dan nilai Islam. Inilah wajah sebenar TV AlHijrah. Kami berdakwah melalui pendekatan yang mendidik, menyentuh dan merakyat.”
“Lima belas tahun ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada peranan yang lebih besar. TV AlHijrah akan terus berkembang bukan sahaja sebagai penyiar, tetapi sebagai pemudah cara kepada masyarakat dalam membina kefahaman Islam yang progresif, rahmah dan menyatu. Kuncinya ialah kami perlu kekal dekat dengan ummah.”


“Kami sajikan kepada masyarakat yang hadir di Karnival Al-Falah MADANI dan juga penonton di rumah program Hijrah Berselawat yang akan berlangsung pada 27 Jun ini jam 9 malam. Program ini sangat istimewa kerana ia bukan sekadar siaran langsung. Ia adalah malam muhasabah, kebersamaan dan kesyukuran terhadap sebuah perjuangan dakwah yang kini memasuki usia 15 tahun. 
“Saya yakin Hijrah Berselawat akan menjadi malam kebersamaan yang menghimpunkan suara dakwah, selawat dan seni Islami dalam satu medan jiwa. Kami mahu rakyat rasai dakwah ini secara langsung. Semua bukan hanya menonton, tetapi menghayati,” jelas beliau

Karnival Al-Falah MADANI yang diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah turut menampilkan pelbagai program melibatkan tokoh agama, selebriti dakwah, kuliah perdana, rakaman Forum Hal Ehwal Islam, Jelajah MADANI Ulama dan Umara, sesi bantuan komuniti serta aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. 


Program ini dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh negeri Pahang dan kawasan sekitarnya, menjadikannya antara acara komuniti Islam terbesar di Pantai Timur tahun ini

TV AlHijrah menjemput seluruh masyarakat hadir memeriahkan karnival ini. Bukan sekadar sebagai penonton, tetapi sebagai sebahagian daripada semangat hijrah











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/06/tv-alhijrah-pilih-karnival-al-falah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Al Falah Madani 2025 Di Masjid Jamek Beserah Akan Diadakan Bermula Esok Sehingga Hari Ahad Ini

Program Al Falah Madani 2025 Di Masjid Jamek Beserah Akan Diadakan Bermula Esok Sehingga Hari Ahad Ini

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 498 hits
KUANTAN Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan program Al Falah MADANI 2025 di Masjid Jamek Beserah di sini bermula esok hingga Ahad Program ini merupakan manifestasi pendekatan Malaysia MADANI ya...
Kanak Kanak 9 Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri Iktibar Buat Kita Sebagai Ibu Bapa

Kanak Kanak 9 Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri Iktibar Buat Kita Sebagai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 275 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 9 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai didera secara kejam oleh ibu kandung dan bapa tiri Insiden tragis ini mencengkam hati rakyat Malaysia terutamanya para ibu yang tidak dapat membayan...
Budak 9 Tahun Tulis Ayat Quran Cantik Macam Pakar Khat Minat Salin Ayat Al Quran Sejak Kecil

Budak 9 Tahun Tulis Ayat Quran Cantik Macam Pakar Khat Minat Salin Ayat Al Quran Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 228 hits
Siapa sangka bakat anak kecil yang dulunya mempunyai masalah speech delay punya bakat luar biasa menghasilkan tulisan kaligrafi seperti pakar Tulisan kaligrafi indah seorang kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun mencuri perhatian ramai ...
Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 515 hits
Bayangkan kesedihan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halaman dengan harapan mencari rezeki dan masa depan yang lebih baik Nur Afiyah Daeng Damin 28 hanya mahu bekerja keras ...
Hiburan Bun H Pembantu Rumah Finalis Masterchef Malaysia Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun Sebat 12 Kali

Hiburan Bun H Pembantu Rumah Finalis Masterchef Malaysia Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun Sebat 12 Kali

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 429 hits
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap bekas finalis MasterChef Malaysia Etiqah Siti Noorashikeen Sulang 37 dan bekas suaminya Mohammad Ambree Yunos 44 selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia...
10 Blogger Dengan Penghasilan Tertinggi Tahun 2025

10 Blogger Dengan Penghasilan Tertinggi Tahun 2025

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 400 hits
BloggerBorneo com Siapa saja blogger dengan penghasilan tertinggi di dunia Dan berapa besar mereka menghasilkan Di tengah era dominasi influencer dan video online blogging mungkin terasa kurang modern Akan tetapi faktanya blog masih menjadi...
Pukul Pensyarah Sampai Buta Wea Selamos Tok Singa Dijel 3 Tahun

Pukul Pensyarah Sampai Buta Wea Selamos Tok Singa Dijel 3 Tahun

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 846 hits
KOTA BHARU 22 Jun 2025 Empat pengamal perubatan tradisional termasuk dua individu dikenali sebagai Wea Selamos dan Tok Singa The post appeared first on
Tragedi Dua Beranak Pergi Serentak Rupanya Dah 15 Tahun Menanti Cahaya Mata Ini

Tragedi Dua Beranak Pergi Serentak Rupanya Dah 15 Tahun Menanti Cahaya Mata Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 387 hits
Petang tadi negara dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dan bapanya meninggal dunia serentak dalam kejadian tragis di Kampung Perigi Hang Tuah Melaka Kisah ini menjadi bertambah pilu apabila difahamkan pasangan...
Penumpang Lelaki Berusia 38 Tahun Ditemukan Mati Dalam Bas

Penumpang Lelaki Berusia 38 Tahun Ditemukan Mati Dalam Bas

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 238 hits
KOSMO SEORANG lelaki meninggal dunia di dalam bas Foto Pattaya MailBANGKOK Penumpang penumpang bas yang dalam perjalanan dari Nakhon Ratchasima ke Chiang Mai terkejut apabila seorang lelaki berusia 38 tahun ditemukan mati di dalam kenderaan...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Speed Read Pre Eicma News From Ducati Honda Ktm Kawasaki And Stark

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

Rahsia Kucing Yang Kita Tak Pernah Diberitahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Aksesori Wajib Ada Untuk Newbie Influencer Yang Terakhir Paling Penting Ramai Guna

Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India

If Samy Subra Pathma Pandithan Had Unified Their Strengths Mic Could Be An Indomitable Force Today

Tenant From Hell Landlord Horrified After Discovering Rental Unit Turned Into Garbage Dump

Why The First 72 Hours After A Stroke Are Crucial For Recovery And Saving Lives

Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia As Ringgit Bursa Meningkat