Tutup Semula 71 Masjid Tanda Arab Saudi Serius Tangani Covid 19


SEBANYAK 71 buah masjid diarahkan ditutup pada hari Isnin lalu, tiga hari selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan solat berjemaah diadakan pada Jumaat lalu.
Penutupan itu dilakukan bagi menghalang penularan pandemik Covid-19 yang kini melanda seluruh dunia dan boleh membawa maut kepada penghidapnya.
Arahan penutupan itu berlaku hanya beberapa hari kerajaan Arab Saudi membenarkan solat berjemaah dilakukan di masjid.
Sebelum ini hampir 100,000 umat Islam bersolat jemaah di Masjid Nabawi, Madinah iaitu tempat kedua paling suci dalam kalangan umat Islam.
Kebenaran itu dibuat selepas dua bulan solat berjemaah tidak dibenarkan di negara tersebut yang mencatatkan kematian terbesar di rantau Teluk.
Umat Islam juga berasa gembira apabila mereka dibenarkan pergi ke masjid seperti yang didedahkan oleh agensi berita AFP sebelum ini.
“Perasaan saya tidak boleh digambarkan. Kami merasa sungguh gembira. Terima kasih Tuhan. Kami kembali semula ke rumah-NYA,” kata seorang jemaah yang dikenali sebagai Abdulrahman, 45, di masjid Al Rajhi kepada AFP.
Bukan sahaja umat Islam di Arab Saudi yang berasa gembira tetapi juga penganut seagama dengan mereka di seluruh dunia berikutan solat jemaah itu dibenarkan ketika berlakunya pandemik Covid-19.
Perkembangan penutupan masjid terbaru itu menunjukkan negara kelahiran Nabi Muhammad SAW itu memberi perhatian serius terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan umat Islam.
Menurut portal beeita Gulf News, penutupan 71 masjid itu adalah yang terbesar sejak Arab Saudi membuka kembali rumah ibadat tersebut pada 31 Mei lalu.
Terdapat lebih 900,000 buah masjid di seluruh negara itu.
Pada Jumaat lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung terhadap bandar raya Jeddah termasuk larangan bersolat di masjid bermula pada Sabtu lepas selama 15 hari.
Perintah berkurung itu bermula dari pukul 3 petang hingga 6 pagi, larangan bersolat di masjid dan para pekerja tidak dibenarkan pergi bekerja manakala perkhimatan penghantaran makanan dari restoran dibenarkan.
Perintah berkurung itu dilakukan selepas kerajaan mendapat maklumat tentang situasi penyakit berjangkit dan kadar bilangan pesakit di unit rawatan rapi hospital di negara tersebut adalah tinggi.
Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdullatif Al- Sheikh merujuk penutupan itu adalah disebabkan kurangnya kepatuhan kepada langkah-langkah pencegahan pandemik tersebut oleh para jemaah Islam.
“Ketidakpatuhan ini adalah akibat daripada jangkitan koronavirus (Covid-19) di beberapa buah masjid.
“Masjid-masjid ditutup sebagai langkah- langkah berjaga-jaga yang ketika kini penstrilan sedang dilakukan,” katanya seperti dilaporkan portal Gulf News
Beliau tidak mengulas lanjut betapa ramai jemaah masid yang dijangkiti Covid-19 berikutan solat berjemaah di masjid-masjid.
Sebelum ini pihak berkuasa Arab Saudi telah meletakkan satu garis panduan solat berjemaah di masjid-masjid bagi menangani jangkitan pandemik Covid-19.
Garis panduan itu ialah masjid perlu dibuka awal 15 minit sebelum azan dan ditutup 10 minit setelah berakhinya solat berjemaah.
Bagi mengelak jangkitan Covid-19 yang penawarnya masih belum ditemui, para jemaah diminta berdiri dalam jarak dua meter di antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.
Kanak-kanak berusia 15 tahun juga dilarang daripada mengunjungi masjid sebagai langkah berjaga-jaga.
Tambahan pula, kelas-kelas agama di masjid- masjid termasuk hafalan kitab suci al-Quran turut digantung buat sementara waktu.
Suhu badan jemaah juga diperiksa sebelum mereka dibenarkan memasuki masjid-masjid untuk bersolat jemaah.
Para jemaah juga perlu membawa sejadah masing-masing.
Masjid-masjid di negara itu sebelum ini ditutup kepada jemaah Islam pada bulan Mac sebagai langkah kerajaan untuk membendung penularan pandemik Covid-19.
Arab Saudi pastinya tidak mahu mengekalkan perangkaan bilangan penduduk yang teramai meninggal dunia di rantau Teluk akibat Covid-19.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa lalu, bilangan kematian akibat Covid-19 di Arab Saudi ialah 746 orang dengan 100,283 kes penyakit tersebut.
Bagaimanapun, ekoran penutupan masjid-masjid itu, kerajaan Arab Saudi masih belum memutuskan sama ada untuk membenarkan jemaah haji di Mekah pada tahun ini.
Sebelum ini, negara itu tidak membenarkan kemasukan jemaah umrah sehingga menyebabkan keadaan Mekah kini menjadi lengang.
Pada tahun lalu, kira- kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia datang ke Mekah untuk mengerjakan haji yang perlu dilakukan sekali seumur hidup mereka.
Beberapa buah negara pula seperti Singapura dan Indonesia sudah membuat keputusan tidak menghantar jemaah haji ke Mekah kerana pandemik itu pada tahun ini.
Sinar
The post Tutup semula 71 masjid tanda Arab Saudi serius tangani Covid-19 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/10/tutup-semula-71-masjid-tanda-arab-saudi-serius-tangani-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tutup-semula-71-masjid-tanda-arab-saudi-serius-tangani-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Masjid Di Arab Saudi Akan Gelar Sholat Berjemaah Mulai 31 Mei Kecuali Di Mekah

Seluruh Masjid Di Arab Saudi Akan Gelar Sholat Berjemaah Mulai 31 Mei Kecuali Di Mekah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 406 hits
Pemerintah Arab Saudi akan kembali mengizinkan salat Jumat berjemaah dan semua kegiatan ibadah lainnya di semua masjid kecuali di Mekah mulai tanggal 31 Mei 2020 sebagaimana dikutip dari laman Saudi Press Agency Kementerian Urusan Islam Dak...
Covid 19 Lebih 1 000 Orang Maut Di Arab Saudi

Covid 19 Lebih 1 000 Orang Maut Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 353 hits
FOTO fail pada 3 April menunjukkan keadaan di Masjidilharam FOTO AFPAFPRiyadh Jumlah kematian akibat Covid 19 di Arab Saudi melebihi 1 000 kes semalam ketika beberapa minggu lagi menjelang musim haji Berdasarkan data Kementerian Kesihatan n...
Who Minta Arab Saudi Menunda Pelaksanaan Haji Akibat Covid 19

Who Minta Arab Saudi Menunda Pelaksanaan Haji Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 232 hits
Organisasi Kesehatan Dunia dilaporkan sedang berunding dengan Kerajaan Arab Saudi terkait usul penundaan ibadah haji pada tahun ini atau 1441 Hijriyah dengan alasan pandemi virus corona Seperti dilansir kantor berita Mehr Jumat dialog terse...
Covid 19 Lima Pelajar Thailand Yang Pulang Dari Arab Saudi Pesakit Terbaharu Covid 19

Covid 19 Lima Pelajar Thailand Yang Pulang Dari Arab Saudi Pesakit Terbaharu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 325 hits
Bangkok Thailand mencatatkan lima kes baharu COVID 19 kesemuanya melibatkan warga Thailand yang pulang dari Arab Saudi manakala tiada kematian sejak 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kes 3 134 dengan 58 kematian Pusat bagi Pentadbiran Sit...
Ilmuwan Arab Saudi Kembangkan Vaksin Covid 19 Halal

Ilmuwan Arab Saudi Kembangkan Vaksin Covid 19 Halal

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 222 hits
Industri farmasi global saat ini berlomba mengembangkan vaksin untuk melindungi orang orang dari pandemi Covid 19 Di antara mereka dua entitas Arab Saudi bekerja mengembangkan vaksin Covid 19 sesuai dengan hukum Islam Para ilmuwan di Univer...
Covid 19 Thailand Benar Solat Berjemaah Di Masjid

Covid 19 Thailand Benar Solat Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 343 hits
Bangkok Pejabat Sheikhul Islam Thailand membenarkan solat berjemaah dilakukan di masjid masjid mulai hari ini dengan syarat langkah pencegahan membendung wabak COVID 19 perlu dilaksanakan Dalam satu kenyataan Sheikhul Islam Thailand Aziz Ph...
Banyak Masjid Langgar Protokol Covid 19 Kemenag Akan Evaluasi Sholat Jumat

Banyak Masjid Langgar Protokol Covid 19 Kemenag Akan Evaluasi Sholat Jumat

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 205 hits
Kementrian Agama akan mempertimbangkan untuk mengevaluasi pelaksanaan sholat Jumat berjamaah usai menerima laporan bahwa ada beberapa masjid yang tidak mematuhi aturan protokol kesehatan pencegahan Covid 19 Banyak laporan memang minggu pert...
20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan

20 Tanda Seorang Lelaki Serius Dalam Percintaan

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 352 hits
Keseriusan dalam menjalin hubungan pasti di dambakan setiap pasangan Melihat senyumnya tawanya dan sentuhannya menjadi sesuatu hal yang sukar dilupakan ketika menjalin hubungan serius yang diimpikan sehingga ke jinjang pelamin Tapi sejauh m...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad