Tutup Mata Ketika Solat Boleh Tak Kalau Pejam Mata Untuk Rasa Khusyuk


tutup mata ketika solat boleh tak? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Semasa solat.. mata kita biasanya terbuka ke tertutup? Atau 50-50; sekejap buka, then tutup untuk lebih menghayati ayat yang dibaca? Yelah kan, kita time sembahyang, mata ngadap ke tempat sujud, pandang ke bawah. So, automatically at some part, secara sedar atau tak, kita terrrrr pejam mata ketika solat. Lagi-lagi time hujung Al-Fatihah dan ketika sujud, memang mata susah nak terbuka luas haha.
Ataupun kadang-kadang anak buah buat lawak kat tepi dan kita pun terpaksa pejam mata demi mengelakkan TERgelak atau TERsenyum. Or sometimes ada benda lain yang distract kita di sekeliling tempat solat kan, so TERpaksa lah memejamkan mata to avoid the distraction. Hah.. tapi boleh ke?
Bolehkah pejam mata ketika solat fardhu/ sunat? Macam mana pula kalau kita tutup mata semasa solat bertujuan untuk datangkan rasa khusyuk dalam diri? Kalau buka je mata, rasa macam terganggu dan tidak fokus. That's why kena tutup mata juga! Apakah hukum tutup mata dalam sholat?tutup mata ketika solat boleh tak? kalau pejam mata untuk rasa khusyuk?Tutup mata ketika solat boleh tak? Kalau pejam mata untuk rasa khusyuk?
Soalan:
Assalamualaikum, apakah hukumnya seseorang yang solat dengan memejam matanya dengan tujuan untuk lebih khusyu’ ?
Jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan (WP):
Wa’alaikumussalam w.b.t,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara asasnya, kita disunatkan untuk memandang ke arah tempat sujud semasa solat. Ini berdasarkan beberapa riwayat seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar yang menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang berkata:
"Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman Allah S.W.T:
قَد أفْلَحَ المُؤمِنُون الَّذِينَ هُم فِي صَلاتِهِم خَاشِعُون
Maksudnya: Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyu’ di dalam solat mereka.
Surah Al-Mu’minuun (1-2)
Maka mereka pun beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka".
Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/272).
Riwayat di atas seakan memberikan makna kepada kita bahawa ciri-ciri solat yang khusyu’ itu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan tidak berpaling ke kiri dan ke kanan, melihat ke atas, dan seumpamanya. Lalu para sahabat pun memandang ke tempat sujud sahaja. Ia memberi isyarat bahawa kekhusyukan itu terhasil apabila mereka yang sedang solat memandang ke tempat sujud.
Manakala perbuatan memejamkan mata semasa solat dihukumkan sebagai makruh di sisi sebahagian fuqaha kerana bercanggahan dengan galakan memandang ke tempat sujud. Mereka berhujah dengan menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يُغْمِضْ عَيْنَيْهِ
Maksudnya: Apabila salah seorang dari kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya.
Riwayat Al-Thabrani (1/37)
Imam Ibn Al-Qayyim ketika mengulas hadis-hadis sebegini berkata: "Diambil faedah dari hadis-hadis sebegini dan selainnya secara keseluruhannya adalah, terhasilnya pengetahuan bahawa baginda S.A.W tidak memejamkan matanya di dalam solat. Para fuqaha telah berbeza pandangan akan kemakruhannya. Imam Ahmad dan selainnya berpendapat bahawa makruh menutup mata di dalam solat. Beliau berkata ini merupakan perbuatan golongan Yahudi. Dan para ulama lain pula membolehkannya dan tidak memakruhkan perbuatan tersebut. Mereka berpendapat, boleh jadi ia lebih hampir kepada menghasilkan kekhusyukan yang merupakan inti solat, roh, serta maksud sebenar solat."
Beliau menambah lagi dengan berkata: "Pandangan yang tepat adalah: Sekiranya membuka mata (di dalam solat) itu tidak merosakkan kekhusyukan, maka itu adalah lebih afdhal. Sekiranya membuka mata itu menghalang antara dirinya dengan kekhusyukan seperti di hadapannya ada perkara-perkara yang mengganggu hatinya, maka tiada masalah untuk seseorang itu menutup matanya secara pasti. Dan pandangan yang mengharuskan menutup mata dalam keadaan sebegini adalah lebih hampir kepada usul dan maqasid syara’ berbanding pandangan yang menyatakan ia makruh".
Lihat Zaad Al-Ma’ad, Ibn Al-Qayyim (1/284-285).
Pandangan beliau ini adalah selari dengan pendapat tokoh terkemuka dalam mazhab Imam Al-Syafi’e iaitu Imam Izzuddin Izz bin Abd Al-Salam yang berkata: "Memejam mata di dalam solat apabila melihat seseorang yang buruk solatnya, sekiranya perkara tersebut mengganggu kekhusyukannya, serta hadirnya hatinya bersama Tuhannya (dalam keadaan memejam mata), maka memejam mata adalah lebih utama berbanding membukanya". Lihat Fatawa Izz Ibn Abd Al-Salam (no. 31).tutup mata ketika solat boleh tak? kalau pejam mata untuk rasa khusyuk?KESIMPULAN
Sebagai penutup kami menyatakan bahawa hukum memejam mata di dalam solat pada asalnya adalah makruh kerana bercanggahan dengan tuntutan memandang ke tempat sujud.

Meskipun begitu, sekiranya didapati dengan memejam mata akan lebih membantu untuk fokus dan khusyu’ di dalam solat, maka ianya dibolehkan dan kadangkala menjadi lebih utama.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.
SUMBER
Semoga bermanfaat!
Daa~ wassalam! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/tutup-mata-ketika-solat-boleh-tak-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat Dan Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah Rileks Media

13 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat Dan Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 435 hits
Khusyuk dalam solat itu rezeki Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus Selain memahami bacaan dalam solat anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar Brain Expert kongsikan ini Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini...
Inilah Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat Semoga Kita Tidak Mengulanginya Lagi Rileks Media

Inilah Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat Semoga Kita Tidak Mengulanginya Lagi Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 380 hits
Memejamkan Mata Ketika Solat Apakah hukumnya memejamkan mata saat solat Kerana saat memejamkan mata rasanya lebih khusyuk Dari Danya Jawaban Bismillah was shalatu was salamu ala rasulillah amma ba du Terdapat sebuah hadis dari sahabat Ibnu ...
Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 327 hits
Soalan Apa hukum menahan kentut ketika solat Jawapan UAI Semasa solat ada beberapa perkara yang mungkin kita hendak buat Contohnya hendak kencing berak tidur makan minum dan ji m4k bagi sesiapa yang ketika itu hendak menunaikan solat tetapi...
Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin Walau Pun Secalit

Pendarahan Dari Faraj Ketika Mengandung Boleh Jadi Tanda Sesuatu Yang Serius Pada Ibu Atau Janin Walau Pun Secalit

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 604 hits
Pendarahan dari faraj ketika mengandung boleh jadi petanda sesuatu yang serius pada ibu atau janin Berhati hatilah ibu ibu semua walau pun secalit Jangan ambil mudah dan hanya berteka teki sendiri Pendarahan atau bleeding masa hamil perlu d...
Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim Dan Jamak Ta Khir Ketika Travel

Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim Dan Jamak Ta Khir Ketika Travel

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 367 hits
Sekarang ni ramai sangat yang share tips untuk travel kn Pergi Hatyai lah Sabah lah Maldives lah Bestnya boleh jalan jalan Tapi jangan lupa ke hujung dunia sekali pun perjalanan kita solat tetap kena jaga Dalam bab solat semasa travel ni ja...
Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Sebab Itu Bayi Excited Bila Nampak Ibu Depan Mata

Susu Ibu Pelbagai Rasa Setiap Hari Sebab Itu Bayi Excited Bila Nampak Ibu Depan Mata

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 571 hits
Kenapa susu ibu buat bayi excited bila nampak ibu dia Fakta ini ramai ibu yang tak tahu kan Sebenarnya susu ibu adalah yang paling sedap untuk anak berbanding susu formula dipasaran kerana rasanya lain dari yang lain Berilah susu yang mahal...
Kenali Penyebab Dari Terjadinya Rasa Sakit Di Vagina Ketika Berhubungan Seks

Kenali Penyebab Dari Terjadinya Rasa Sakit Di Vagina Ketika Berhubungan Seks

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 270 hits
Rasa sakit yang dialami oleh wanita ketika berhubungan seks dapat dianggap wajar jika hanya terjadi sesekali Namun ketika rasa sakit terjadi berulang dan semakin menusuk maka sebaiknya segera hubungi dokter
Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 520 hits
Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amal...
Tiba Hari Bersalin Boleh Lahir Normal Almy Rasa Lega Kerana Sebelum Ini Bayi Songsang

Tiba Hari Bersalin Boleh Lahir Normal Almy Rasa Lega Kerana Sebelum Ini Bayi Songsang

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 358 hits
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz bersama isteri Datin Almy Nadia selamat menimang cahaya mata perempuan ketiganya Sabtu lalu Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi akaun Instagramnya fizzfairuzofficial Alhamdulilah isteri saya dah se...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef