Tutup Kes Adib Kenapa Hasil Siasatan Tidak Didedah Kepada Umum


Siti HafidahApakah tiada bukti kukuh terhadap pesalah, walhal banyak video, gambar dirakam ketika kejadian
KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa kes Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara dan dibuka semula jika terdapat bukti baharu sangat mengejutkan semua pihak.
Keputusan itu bukan sahaja menidakkan keadilan kepada keluarga Allahyarham, malah menimbulkan banyak persoalan kerana pengumuman dibuat oleh menteri yang langsung tidak melibatkan kementeriannya.
Lebih pelik, hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum dan seolah-olah seperti tiada bukti kukuh terhadap pesalah, walhal banyak video dan gambar telah dirakam oleh pelbagai pihak ketika kejadian.
Justeru Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menegaskan, sekiranya kes ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya, kewibawaan dan integriti pihak keselamatan akan terus dipersoalkan rakyat.
Atas dasar itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menuntut kerajaan meneruskan siasatan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah, berikutan sebelum ini Menteri Dalam Negeri pernah membuat kenyataan bahawa siasatan sudah berada di peringkat akhir.
“Dan pihak Peguam Negara juga perlu meneruskan pendakwaan jika pesalah telah dikenal pasti,” katanya pada sidang media PEMBELA mengenai penutupan kes kematian Muhammad Adib, di sini, hari ini.
Haji Aminuddin turut mengingatkan wakil rakyat yang sebelum ini bersungguh-sungguh memperjuangkan kes Muhammad Adib Mohd Kassim tidak lupa untuk menuntut keadilan kematian anggota bomba itu selepas duduk di kerusi kerajaan.
Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu menggesa pihak berkenaan yang sebelum ini bersama-sama menyertai demonstrasi, menghantar memorandom serta membuat laporan polis mengenai kematian Muhammad Adib untuk tidak sesekali melupakan kes ini.
“Kita harap mereka tidak lupa perjuangan. Jangan sudah dapat kedudukan yang baik, gaji yang banyak semua perjuangan telah dibakulsampahkan.
“Kita harap mereka dapat perjuangkan andai kata mereka tidak mahu dinyahkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti,” katanya.
Sabtu lalu, Zuraida berkata, kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.
Katanya, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
Walhal, sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan 18 individu telah dituduh dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan perbicaraan dilaporkan tamat pada 23 September.
Dua tertuduh telah dituduh dibawah Seksyen 427 iaitu khianat dan dikenakan denda RM7,000 setiap seorang.
“Polis Diraja Malaysia juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November 2018.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/tutup-kes-adib-kenapa-hasil-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutup Kes Adib Apa Kaitan Zuraida Rakyat Nak Tahu Pendirian Pihak Berkuasa

Tutup Kes Adib Apa Kaitan Zuraida Rakyat Nak Tahu Pendirian Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 368 hits
Dr Haji Ahmad Kamsani Samingan Sepatutnya Peguam Negara atau Ketua Polis Negara yang keluarkan kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin ya...
Keluarga Allahyarham Adib Masih Berharap Pihak Berkuasa Teruskan Siasatan Kes Arwah

Keluarga Allahyarham Adib Masih Berharap Pihak Berkuasa Teruskan Siasatan Kes Arwah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 240 hits
ALOR SETAR Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tetap berharap pihak berkuasa meneruskan siasatan insiden kematian ahli bomba itu Bapa Muhammad Adib Mohd Kassim Abdul Hamid 65 berkata sehingga kini pihaknya merasakan kematian anak...
Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 369 hits
Secara tiba tiba kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin Menteri Peru...
Sprm Buka 149 Kertas Siasatan Libat Kategori Kes Berprofil Tinggi Tahun Ini

Sprm Buka 149 Kertas Siasatan Libat Kategori Kes Berprofil Tinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 254 hits
BERNAMA SPRM menangkap 660 individu sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki Gembar Bernama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas yang t...
Siasatan Kematian Adib Usah Ditutup Walau Sementara Ppmm

Siasatan Kematian Adib Usah Ditutup Walau Sementara Ppmm

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 172 hits
Siasatan kematian Adib usah ditutup walau sementara PPMM Persatuan Peguam Muslim Malaysia mendesak kerajaan bertegas untuk tidak menutup walaupun sementara siasatan kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Allahyarham Muha...
Kes Sprm Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja

Kes Sprm Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 386 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan memandang serius isu penahanan reman tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 14 sehingga 19 September 2021 atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan di dalam urusan kes terhadap D...
Kes Bid Covid 19 Otai Mahu Suruhanjaya Siasatan

Kes Bid Covid 19 Otai Mahu Suruhanjaya Siasatan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 260 hits
Kes BID Covid 19 Otai mahu suruhanjaya siasatanOleh September 24 2021Kes Kematian Sebelum Tiba Ke Hospital akibat jangkitan Covid 19 agak membimbangkan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaanSehubungan itu NGO Otai Reformis 1998 mah...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah