Tutorial Pinned Post Artikel Blogger
Tutorial Pinned Post Artikel Blogger | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W
🤲🤲🤲 Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Jangan lupa join segmen MYiDEAKiNi yang kini berlangsung: Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi Dot Com 2024
Tutorial Pinned Post Artikel BloggerSemoga tutorial ini memberi manfaat kepada semua. Bukan sahaja media sosial seperti facebook, X (dahulunya dikenali twitter), Instagram dan sewaktunya dengannya mempunyai sistem "Pinned Post" malah blog juga mempunyai sistem ini. Korang pernah guna tak guna widget ini atau masih tidak tahu cara nak buat tetapan mudah di dalam panel blogger sahaja dan bukan panel wordpress. Kalau ada yang tidak tahu atau tidak pernah guna, jom baca artikel tutorial ini sampai habis yer
Mungkin kali ini, tutorial MYiDEAKiNi akan disertakan dengan video bagi memudahkan lagi untuk korang faham cara nak buat tetapan di dalam blog. Kalau melalui penulisan ini, mungkin ada yang belum faham atau jelas dengan penerangan. Korang boleh tonton video tutorial sehingga habis yer. 👌🤝🤗
Tutorial Pinned Post Artikel
Tutorial Pinned Post Artikel BloggerLangkah pertama yang korang perlu akses akaun blogger.com dan kemudian masukkan email dan kata laluan seperti biasa. Selepas itu korang perlu ke menu "layout' dan klik. Dalam paparan layout, korang "Add Gadget" dan pilih "Featured Post". Dalam paparan "Featured Post", korang boleh tukar tajuk ikut citarasa korang sendiri. Disini MYiDEAKiNi letakkan nama "Pinned Post Article" sebagai contoh supaya pelawat atau pembaca blog tahu artikel ini di "pinned" buat sementara waktu sehigga tamat tempoh. Selepas itu anda "Save" yer. So dah siapp 👏👏👏👏
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2023/12/tutorial-pinned-post-artikel-blogger.html