Tutorial Bina Video Pdpc Guna Vivavideo Ini 10 Shortcut Anda Kena Tahu


Demam #cikgooTUBE melanda pendidikan Malaysia. Semakin banyak permintaan terhadap bengkel penghasilan video Pdpc di serata negara. Alhamdulillah, sehingga kini team CikgooTUBE sudah berjaya jalankan bengkel seumpamanya di Perak, Terengganu, Perlis, SM Bahiyah, MARA Perak dan terkini di Kulim.

Dan seperti biasa, saya suka sangat nak syorkan peserta belajar buat video gunakan aplikasi VIVAVIDEO. Saya dah terangkan dalam artikel saya yang lalu kenapa saya pilih VIVAVIDEO sebagai aplikasi kegemaran saya dalam bab menghasilkan video PdPc, termasuklah satunya adalah tak perlukan effect yang funky funky sangat. Anda juga boleh baca 6 aplikasi lain yang boleh digunakan sebagai apps untuk edit video.





Untuk artikel ini, saya nak kongsikan video tutorial menghasilkan video PdPc menggunakan smartphone. Selain itu saya akan kongsikan juga 10 shortcut untuk anda gunakan, bagi menghasilkan video PdPc yang lebih menarik. Jom!


Shortcut 01 - Rakam 'Clip by Clip'
Bagi dapatkan hasil video yang menarik, rakam video menggunakan kamera biasa anda dulu, secara clip by clip. Untuk guru yang baru berjinak dengan penghasilan video, ramai yang cenderung nak merakam secara berterusan, main pakai PAUSE saja. Kualitinya ok saja, tapi anda akan hadapi masalah bila nak edit video nanti.


Tab THEME VIVAVIDEO menawarkan pelbagai pilihan THEME sediaada yang menarik
Shortcut 02 - Pilih Video atau Photo
Sebaik sahaja, aplikasi VIVAVIDEO dibuka, paparan pertama ada memaparkan 2 pilihan. Salah satunya adalah EDIT VIDEO. Maka klik EDIT VIDEO, kemudian anda dah boleh pilih klip yang anda nak masukkan. Kalau nak masukkan PHOTO pulak, tengok sebelah atas, ada perkataan VIDEO | PHOTO, so pilih PHOTO, dan masukkan foto yang anda nak seperti biasa.


Shortcut 03 - Masuk Muzik Latar
Tab MUSIC menawarkan pilihan untuk anda masukkan muzik latar belakang. Mesti boring kan kalau video anda kosong saja tanpa lagu ke apa ke kan.. So klik kat situ kemudian tambah muzik pilihan anda. Boleh pilih daripada lagu FREE pilihan sedia ada, atau pun yang ada dalam koleksi fon anda.

Kalau perhatikan juga, ada VOLUME yang anda boleh control dan adjust sesuai dengan keperluan anda. Hati-hati, sebab kadang-kadang tak dapat dengar suara anda kerana muzik latar yang sangat kuat.


Shortcut 04 - Trim Klip
Bahagian seterusnya adalah pada tab CLIP EDIT. Di situ anda boleh trim dan cut klip anda supaya lebih sesuai bahagian yang nak digunakan.Untuk TRIM tu, mudah saja. Klik dan boleh drag ikut bahagian mana yang nak dipotong.

Trick saya biasanya semasa merekod video adalah, beri masa senggang sebelum mula beraksi pada awal dan akhir klip supaya mudah nak edit nanti.


Tab CLIP EDIT untuk fungsi Trim, Split, Mute dan banyak lagi

Shortcut 05 - Efek Slow Pastu Laju
Pernah kan tengok video yang mula-mula slow, pastu dia laju dan kemudian dia slow balik kepada normal? Ok tricknya mudah saja. Ambik tab CLIP EDIT, kemudian pilih SPLIT. SPLIT satu klip tadi kepada 3 klip. Bahagian awal dan akhir tu lebih pendek sket. Kemudian bahagian klip yang tengah tu kita ubah SPEED dia jadi laju.


Shortcut 06 - Ubah Speed atau Nak Slo Mo?
Kalau nak ubah SPEED klip kita, anda boleh ambik tab CLIP EDIT, pastu cari SPEED. Kalau tak nampak, boleh swipe ke kiri. Dah pilih SPEED, boleh adjust kelajuan klip kita tu. Nak buat slo mo pun boleh. Nak buat laju-laju pun boleh. Seperti yang saya selalu kongsikan, video yang baik ada kombinasi kelajuan normal, laju dan slo-mo. Ada dinamik!

Oh ya, jangan lupa juga MUTEkan klip anda kalau tak nak dengar sound yang tak berapa nak sedap tu nanti.


Shortcut 07 - MUTEkan klip anda
Ini juga trick yang selalu saya guna. Especially jika saya shooting video tersebut di luar (outdoor) atau pun saya rasa kualiti suara tak berapa bagus. Maka sebelum kita nak buat voice over ala-ala dubbing, maka MUTEkan dulu.

Ambik tab CLIP EDIT, kemudian swipe tepi dan cari button MUTE. So klik untuk hilangkan suara. Klik kali kedua untuk bagi ada balik suara tu. Boleh jumpa ambik function Apply to All supaya semua klip pun MUTE.


Shortcut 08 - Suara Voice Over
Untuk yang sukakan suara Voice Over macam yang selalu saya buat pada video PdPc saya, cikgu-cikgu boleh lah ambik tab EFFECTS. Pilih butang SOUND, dan akan terpapar butang berwarna oren. Klik untuk rekod. Boleh ubah dengan cara drag jika nak bawak kan sound tu ke tempat lain.




Shortcut 09 - Guna Theme
Tab bahagian bawah apps yang pertama juga menawarkan pilihan THEME sedia ada yang menarik. Boleh pilih dan download dulu untuk gunakan dalam video anda. THEME yang disediakan ada yang sesuai untuk travel dan holiday dan macam-macam lain lagi.


Shortcut 10 - Masuk Teks
Tab EFFECTS juga menawarkan pilihan untuk anda tambah teks atau tulisan. Boleh pilih jenis font dan juga kotak yang sesuai dengan video anda. Jenis font kena download dulu.


OK, semoga perkongsian video dan shortcut ini membantu guru-guru dalam menghasilkan video Pdpc menggunakan smartphone. Jangan lupa juga yer bagi berkongsikan amalan terbaik guru-guru. Semoga pendidikan kita jadi lebih baik. Amin!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/11/tutorial-bina-video-pdpc-guna-vivavideo-10-shortcut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inspirasi Hasilkan Video Pdpc Cikgootube Di Ppd Kulim

Inspirasi Hasilkan Video Pdpc Cikgootube Di Ppd Kulim

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 442 hits
Rezeki hari nih dapat berkongsi sedikit ilmu dengan 63 orang cikgu cikgu pensyarah dan adik adik USM bakal guru di Kulim Tujuan utamanya adalah bengkel penghasilan video pdpc menggunakan smartphone Namun saya kongsikan juga sebab musabab ya...
Tutorial Cara Buat Kehadiran Guna Qr Code Scan

Tutorial Cara Buat Kehadiran Guna Qr Code Scan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 11376 hits
Cara Buat Kehadiran Guna QR Code Scan Zaman semakin canggih buat apa nak ikut cara lama Tapi tak salah guna cara lama cuma kita upgrade bagi nampak mudah lagi MF sepanjang berkhidmat jawatan yang tak boleh nak lari ialah sebagai setiausaha ...
Pernah Masak Guna Beras Basmathi Tapi Tak Menjadi Ini 6 Tips Mudah Untuk Nasi Lebih Lembut

Pernah Masak Guna Beras Basmathi Tapi Tak Menjadi Ini 6 Tips Mudah Untuk Nasi Lebih Lembut

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 465 hits
Kebiasaanya kita jarang menggunakan beras basmathi dalam kehidupan harian kita Mungkin harganya yang sedikit mahal berbanding dengan beras biasa Beras basmathi ini kebiasaanya digunakan dalam hidangan tertentu sahaja Bagi memastikan beras y...
Pembohongan Azmin Memalukan Pm Apa Guna Jumpa Azmin Jika Mp Umno Mahu Keluar Parti

Pembohongan Azmin Memalukan Pm Apa Guna Jumpa Azmin Jika Mp Umno Mahu Keluar Parti

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 509 hits
Setelah semalam tujuh Ahli Parlimen BN tampil menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa mereka pernah menyuarakan rasa hilang keyakinan kepada UMNO dan berhasrat keluar parti hari ini menyusul lagi lapan orang berbuat demikian Lapan A...
Ubah Gaya Rambut Elak Guna Perapi Doktor Bagi Tip Nak Jaga Mahkota Wanita Lepas Bersalin

Ubah Gaya Rambut Elak Guna Perapi Doktor Bagi Tip Nak Jaga Mahkota Wanita Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 378 hits
Mungkin ramai ibu yang berhadapan dengan stress melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas melahirkan anak Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita Namun setelah bersalin beberapa bulan semakin banyak rambut melekat pada sikat apab...
Rambut Kembali Lembut Dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo Conditioner

Rambut Kembali Lembut Dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo Conditioner

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 847 hits
Rambut Kembali Lembut dan Kuat Selepas Guna Zen Garden Argan Oil Shampoo Conditioner Haritu ada la aku buat perangai pergi saloon muslimah untuk warna rambut Lama dah tak buang tabiat kan Haha Dua tiga hari lepas tu aku perasan rambut aku s...
Lelaki Maut Selepas Dikejar Orang Awam Kerana Disyaki Rakam Video Bawah Skirt Perempuan

Lelaki Maut Selepas Dikejar Orang Awam Kerana Disyaki Rakam Video Bawah Skirt Perempuan

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 243 hits
Seorang lelaki berusia 46 tahun meninggal dunia Jumaat lalu selepas ditahan oleh lima orang awam nbsp Polis berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 12 45 petang Jumaat nbsp Siasatan awal mendapati mangsa disyaki merakam ...
Viral Video Ormas Di Bekasi Polda Metro Bakal Tindak Tegas Premanisme

Viral Video Ormas Di Bekasi Polda Metro Bakal Tindak Tegas Premanisme

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 212 hits
Viral Video Ormas di Bekasi Polda Metro Bakal Tindak Tegas Premanisme Terkait dengan ormas yang mengklaim telah mendapatkan dari Pemkot polisi juga akan melakukan penyelidikan terkait keberadaan surat perintah tersebut
Kualiti Animasi Setaraf Hollywood Video Pendek Ini Angkat Martabat Guru

Kualiti Animasi Setaraf Hollywood Video Pendek Ini Angkat Martabat Guru

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 279 hits
Brainy Bones Studios mempersembahkan KRING sebuah kisah tentang seorang guru sekolah yang bersemangat bernama Suraya yang menghadapi pelajar yang bermasalah yang unik yang mengalami kesulitan memahami ajarannya di kelas Ikuti perjalanannya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah