Tuntutan Palsu Rm1 5 Juta Mahkamah Bebas Pemilik Syarikat Adik


 
Hakim Noorin Badaruddin membebaskan dua beradik itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan mereka supaya dilepas dan dibebaskan. (Gambar Reuters)KUALA LUMPUR: Dua beradik yang juga pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi dibebaskan sepenuhnya daripada 52 pertuduhan berhubung tuntutan palsu pembekalan minyak masak kepada syarikat peruncit berjumlah lebih RM1.5 juta.
Sebelum ini, Mohd Farid Mohamad Ali, 44, dan adiknya Mohd Fadhil, 40, dilepas tanpa dibebaskan terhadap semua pertuduhan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin membebaskan dua beradik itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan mereka supaya dilepas dan dibebaskan.
Ads by Kiosked“Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua pemohon. Oleh itu, kedua-dua pemohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan,” kata hakim.
Terdahulu, peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos mewakili adik-beradik itu berkata, pihaknya memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi, berkata memandangkan kedua-dua pemohon telah menjelaskan kompaun dan setelah meneliti segala dokumen daripada pemohon, pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.
Pada 20 Jun 2022, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan kedua-dua lelaki itu daripada kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan memohon supaya mereka dilepas tanpa dibebaskan setelah mereka membayar kompaun.
Farid dan adiknya kemudian membuat permohonan di Mahkamah Tinggi supaya mereka dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-52, Farid didakwa memberikan suatu dokumen iaitu Penyata Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Kepada Kilang Penapis/Pembungkus Minyak Masak Sawit Tulen yang mengandungi butiran palsu bagi tempoh antara Januari 2019 hingga Mac 2020 berjumlah keseluruhan RM1,596,341.40 kepada tiga kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ads by KioskedTuntutan tersebut mengandungi butiran matan palsu iaitu maklumat penjualan minyak masak kepada syarikat peruncit yang tertuduh tahu bahawa penjualan minyak masak itu sebenarnya tidak dibuat.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat bahagian Subsidi dan Bekalan, Cawangan Analisa Perakaunan Industri, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP, Putrajaya, antara Januari 2019 hingga Mac 2020.
Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap, dan jika butir matan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Fadhil pula didakwa atas 52 pertuduhan bersubahat dengan Farid untuk melakukan kesalahan sama, di tempat dan masa serupa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama yang membawa hukuman sama, jika sabit kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/tuntutan-palsu-rm15-juta-mahkamah-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berang Apabila Diberitahu Masih Berhutang Rm1 3 Juta Pegawai Polis Tembak Mati Pemberi Pinjam

Berang Apabila Diberitahu Masih Berhutang Rm1 3 Juta Pegawai Polis Tembak Mati Pemberi Pinjam

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 374 hits
Seorang pegawai polis kini dalam buruan susulan tindakannya menembak mati seorang pemberi pinjam wang di Raja Chambers di Kampala Uganda pada Khamis Video yang dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup itu dikongsikan di Twitter pada J...
Rasa Rasanya Jangankan Rm150 Juta Rm1 50 Sen Pun Belum Tentu Tun Mahathir Boleh Dapat

Rasa Rasanya Jangankan Rm150 Juta Rm1 50 Sen Pun Belum Tentu Tun Mahathir Boleh Dapat

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 233 hits
Tun Mahathir Mohamad akhirnya mengotakan kata katanya apabila memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya memperkayakan diri keluarga dan kroninya ketika berkuasa Menurut pernyataan tuntutan y...
Hilang Tempat Duduk Di Konsert Blackpink Di Kl Lelaki Saman Penganjur Rm1 Juta

Hilang Tempat Duduk Di Konsert Blackpink Di Kl Lelaki Saman Penganjur Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 384 hits
Silap banyaklah kalau main permainan berbahaya bersama seorang peguam bertauliah berkaitan hal undang undang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa dia bakal menfailkan saman terhadap penganjur konsert BORN PI...
Hiburan Rm1 Juta Bukan Nilai Saya Tapi Untuk Pembelaan Dan Keadilan Lufya Omar

Hiburan Rm1 Juta Bukan Nilai Saya Tapi Untuk Pembelaan Dan Keadilan Lufya Omar

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 319 hits
Pelakon Lufya Omar yang ditemui di Mahkamah Syariah tampil menjelaskan mengenai tuntutan Mut ah terhadap bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang bernilai RM1 juta Memetik Lufya berkata amaun itu adalah harga pengorbanan yang perl...
Bermula Dari Pencuci Pinggan Kedai Mamak Kini Pemilik Perniagaan Puluhan Juta

Bermula Dari Pencuci Pinggan Kedai Mamak Kini Pemilik Perniagaan Puluhan Juta

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 243 hits
Ini kisah benar seorang kawan yang saya kenal Dia dahulunya bekerja sebagai seorang pencuci pinggan di sebuah restoran Kini seorang usahawan dengan jualan tahunan puluhan juta Saya akan ringkaskan cerita kawan saya itu dan berikan nama sama...
Hiburan Akhirnya Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Abai Aniaya Adik Bella

Hiburan Akhirnya Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Abai Aniaya Adik Bella

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 228 hits
Selepas hampir 2 tahun kes ini menjadi perhatian ramai Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down Bella Hakim Izralizam Sanusi mensabi...
Macam Dah Lama Je Rancang Rompakan 2 Lelaki Bersenjatakan Parang Rompak Emas Bernilai Rm1 8 Juta

Macam Dah Lama Je Rancang Rompakan 2 Lelaki Bersenjatakan Parang Rompak Emas Bernilai Rm1 8 Juta

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 294 hits
Macam dah lama je rancang rompakan 2 lelaki bersenjatakan parang rompak emas bernilai RM1 8 juta Dua lelaki bertopeng melarikan dua beg berisi 7 kilogram emas dianggarkan bernilai RM1 8 juta dekat Jalan Pasar Rabu Kuala Pilah hari ini Memet...
Hiburan Dana Cukup 9 Juta Rupanya Hafiz Mahamad Penyumbang Terakhir Sedekah Rm100 000 Untuk Adik Naail

Hiburan Dana Cukup 9 Juta Rupanya Hafiz Mahamad Penyumbang Terakhir Sedekah Rm100 000 Untuk Adik Naail

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 195 hits
Kisah kanak kanak bernama Wan Muhammad Naail atau Naail meruntun hati rakyat Malaysia dan ramai menghulurkan sumbangan bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma Adik Naail menghidap penyaki...
Kes Kematian Tangmo Pemilik Pemandu Bot Mengaku Bersalah

Kes Kematian Tangmo Pemilik Pemandu Bot Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 280 hits
Kes kematian pelakon terkenal Thailand Tangmo atau nama sebenarnya Patarida Patcharaveerapong merupakan antara kes kematian yang paling menyayat hati pernah berlaku pada tahun lalu Apa yang menyayat hati ialah dikatakan kes kematiannya itu ...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual