Rasa Rasanya Jangankan Rm150 Juta Rm1 50 Sen Pun Belum Tentu Tun Mahathir Boleh Dapat




Tun Mahathir Mohamad akhirnya mengotakan kata-katanya apabila memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana menuduhnya memperkayakan diri, keluarga dan kroninya ketika berkuasa.


Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan di mahkamah, Tun Mahathir mendakwa Anwar, yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, membuat kenyataan tidak benar dan tidak berasas dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadapnya ketika berucap di Kongres PKR pada 18 Mac lalu.


Dalam ucapannya itu, Anwar antara lain menyebut – “Ada orang sekarang selepas 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham.


“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang hilang kuasa, bicara soal rakyat.”


Plaintif mendakwa, ucapan Anwar itu telah mencemarkan imejnya sebagai negarawan yang merupakan bekas Perdana Menteri (dua kali), reputasi sebagai ahli politik dan pemimpin yang dihormati di Malaysia dan seluruh dunia.


Tun Mahathir juga mendakwa, tuduhan itu bukan sahaja merosakkan imej dan reputasinya tetapi turut memalukan diri serta ahli keluarganya.


Berikutan itu, beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan ganti rugi teladan RM100 juta.


Berikutan saman itu, ada segelintir penyokong Tun Mahathir terus melompat tinggi dan seronok yang tidak bukan kepalang seolah-olah saman itu telah dimenangi dan Anwar wajib membayar RM150 juta sebagaimana yang dituntut.


Hakikatnya, bukan saja perbicaraan belum ditetapkan tarikhnya, pengurusan kes juga belum berlangsung lagi.


Sabar-sabarlah dulu beb…


Begitu pun, meneliti saman tersebut, Tun Mahathir sebenarnya sudah agak terlambat untuk mengheret Anwar ke mahkamah.


Tuduhan Anwar bahawa Tun Mahathir memperkayakan diri sendiri, anak-anak dan kroninya bukanlah perkara baru, sebaliknya telah mula diungkap dan dijaja sejak 1998 lagi sebaik beliau dipecat daripada UMNO dan kerajaan.


Sepatutnya waktu itu lagi dan ketika beliau berjawatan Perdana Menteri, saman sudah dikemukakan terhadap Anwar.


Kenapa hanya sekarang Tun Mahathir menyaman Anwar?


Apakah baru sekarang beliau sedar dakwaan Anwar itu sebagai fitnah?


Jika saman dilakukan pada waktu beliau memegang jawatan Perdana Menteri, peluang untuk Tun Mahathir memenangi kes pasti lebih tinggi kerana Anwar yang berada di luar kerajaan tentu menghadapi kesukaran untuk memperolehi bukti-bukti bagi menyokong segala dakwaannya, kecuali kalau memang benar beliau sempat melarikan berkotak-kotak dokumen sebelum dipecat pada 1998 dahulu.


Tetapi, apabila Tun Mahathir hanya mengambil tindakan undang-undang di ketika Anwar sudah menjadi jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kelebihan dikira memihak kepada Pengerusi PH dan Presiden PKR itu.


Melalui jawatan yang dipegangnya sekarang, Anwar mempunyai akses langsung untuk mengorek dan mencari bukti-bukti terpendam di PMO dan Kementerian Kewangan berkaitan Tun Mahathir.


Takkan tak boleh jumpa satu dua bukti tentang apa yang Tun Mahathir lakukan dalam menolong anak dan kroninya ketika berkuasa dahulu?


Sebab itu, peguam Anwar dalam responnya terhadap saman itu memberitahu, Perdana Menteri akan bertegas untuk membuktikan segala-galanya di mahkamah nanti.


Dengan demikian, rasa-rasanya jangankan RM150 juta, barangkali RM1.50 sen pun payah Tun Mahathir nak dapat dalam tindakannya menyaman Anwar ini. – ShahbudinHusin 06/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/rasa-rasanya-jangankan-rm150-juta-rm150.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Saman Anwar Rm150 Juta

Mahathir Saman Anwar Rm150 Juta

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comDr Mahathir Mohamad memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bahawa dia mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa Peguam Mahathir memfailkan writ saman itu di Mahkamah ...
7 Kelebihan Menulis Yang Tentu Anda Akan Rasa Pelik Tetapi Benar

7 Kelebihan Menulis Yang Tentu Anda Akan Rasa Pelik Tetapi Benar

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 237 hits
Jika anda cari maklumat buta huruf di Malaysia tentu akan rasa bangga dengan apa yang rakyat negara kita telah capai Hanya kurang dari 5 rakyat Malaysia yang buta huruf Kadar itu naik dan turun sedikit sahaja tahun demi tahun Hampir semua o...
Tuntutan Palsu Rm1 5 Juta Mahkamah Bebas Pemilik Syarikat Adik

Tuntutan Palsu Rm1 5 Juta Mahkamah Bebas Pemilik Syarikat Adik

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 190 hits
Hakim Noorin Badaruddin membebaskan dua beradik itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan mereka supaya dilepas dan dibebaskan KUALA LUMPUR Dua beradik yang juga pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi dibebaskan se...
Fahmi Patut Rasa Malu Selepas Opr Naik Kata Tun Faisal

Fahmi Patut Rasa Malu Selepas Opr Naik Kata Tun Faisal

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 219 hits
agendaily com04 05 2023Datuk Tun Faisal Ismail Aziz Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyindir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selepas pengumuman Bank Negara Malaysia yang menaikkan kadar dasar semalaman 25 mata asas kepada 3 0 pera...
Boleh Dengar Janji Pmx Tapi Kami Belum Percaya Persatuan Nelayan

Boleh Dengar Janji Pmx Tapi Kami Belum Percaya Persatuan Nelayan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 295 hits
Pemandangan dari udara kawasan yang akan terbabit dengan Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang iaitu pembinaan tiga pulau buatan Gambar Andrew HanPersatuan Nelayan Pulau Pinang mendengar janji yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menan...
Tak Rasa Boleh Jaga Adik Baru Tak Rasa Boleh Hidup Lama Jatuh Sikit Je Drama Lebih Dr Halina

Tak Rasa Boleh Jaga Adik Baru Tak Rasa Boleh Hidup Lama Jatuh Sikit Je Drama Lebih Dr Halina

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 227 hits
Dr Halina isteri kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar berkongsi drama anak ketiganya Adam yang terjatuh ketika bermain Tambahnya lagi Adam tak dapat nak jaga bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi akibat kecederaan yang dialami ke...
Hilang Tempat Duduk Di Konsert Blackpink Di Kl Lelaki Saman Penganjur Rm1 Juta

Hilang Tempat Duduk Di Konsert Blackpink Di Kl Lelaki Saman Penganjur Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 332 hits
Silap banyaklah kalau main permainan berbahaya bersama seorang peguam bertauliah berkaitan hal undang undang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa dia bakal menfailkan saman terhadap penganjur konsert BORN PI...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Resepi Makmur Pandan

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik