Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan Peguam Syarie


Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan – Peguam Syarie
Pertunangan biasanya dianggap sebagai langkah awal sebelum menuju ke alam perkahwinan. Namun, tidak semua janji yang diikat berakhir di pelamin.
Ada kalanya, salah seorang pihak memilih untuk memutuskan ikatan pertunangan atas pelbagai sebab di luar jangkaan.
Persoalannya, apakah tindakan yang boleh diambil jika berlaku mungkir janji untuk berkahwin? Adakah pihak yang ‘dirugikan’ berhak menuntut ganti rugi?
Justeru, untuk menjawab persoalan ini, kami bawakan penjelasan daripada Peguam Syarie Faiz Adnan.
Pertunangan adalah satu langkah permulaan dalam membentuk instrumen pembinaan keluarga sebagai unit asas dan tunjang dalam sesebuah perkenalan.
Pertunangan juga merupakan tradisi yang kebanyakannya diikuti oleh masyarakat bagi menghormati adat dan sebagai tanda penghormatan kepada keluarga pasangan bagi menyempurnakan sebahagian ibadah sebelum meniti kehidupan berpasangan.
Adapun begitu, ikatan pertunangan antara pihak-pihak merupakan muqadimah sebelum mengikat kepada tali perkahwinan.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W:
إذا خطب أحدكم امرأة، فلا جناح عليه أن ينظر إليها إذا كان إنما ينظر إليها لخطبة ، وإن كانت لا تعلم
Bermaksud: Jika seseorang di antara kamu bermaksud meminang seseorang perempuan, makan dibolehkan untuknya melihatnya. Jika melihatnya semata-mata untuk meminang sekalipun perempuan yang akan dipinang itu tidak mengetahuinya.  –Hadis Riwayat Ahmad
Definisi Menurut Dr. Wahbah Zuhaili, pertunangan (khitbah) merupakan satu tanda pihak lelaki menyatakan hasratnya untuk menikahi wanita tersebut sama ada secara langsung ataupun melalui walinya.
Di sisi syarak, memadai dengan hanya menyatakan hasrat tersebut kepada wanita yang ingin dinikahinya.
Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pihak-pihak untuk mengenali satu sama lain dengan harapan mencapai keserasian.
Namun secara praktikalnya, kebanyakan majlis pertunangan yang dilakukan oleh majoriti umat Islam berbeza dengan proses pertunangan yang digalakkan oleh syarak.
Bukan bermakna, majlis tersebut bertentangan dengan hukum hakam akan tetapi perlaksanaan bagi sesetengah masyarakat berbeza-beza dengan mencampuradukkan antara adat dan tuntutan agama dalam pertunangan.
Pada hakikatnya realiti kehidupan pada zaman sekarang tidak hanya sekadar melaksanakan pertunangan seperti yang dituntut dalam agama akan tetapi campuran daripada adat Melayu yang  melaksanakan majlis pertunangan yang serba lengkap dari pelbagai sudut.
Misalnya, kos pertunangan yang tinggi dengan wujudnya pelbagai hantaran dari kedua belah pihak di samping dihiasi dengan pelamin dan bunga-bungaan sebagai penyeri majlis.
Undang-undang Keluarga Islam Walau bagaimanapun, ikatan pertunangan yang dibina boleh diputuskan oleh mana-mana pihak sekiranya tidak wujud keserasian. Adapun begitu, hendaklah disertakan bersama sebab yang kukuh serta munasabah yang bertepatan dengan syarak.
Di Malaysia, wujud satu peruntukan dimana salah satu pihak yang ingin bertikai boleh menuntut ganti rugi akibat daripada mungkir janji untuk berkahwin.
Hal ini dijelaskan di dalam Bahagian II perihal perkahwinan pada Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan menetapkan seperti:
“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.”
Hal ini juga bertepatan dengan surah Al-Maidah ayat 1 Allah berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَوْفُوْا بِالْعُقُوْد…
“Hai orang-orang yang beriman!Tepatilah segala janji…
Di dalam ayat ini Allah melarang manusia untuk memungkiri janji sama ada secara bertulis, perkataan atau perbuatan.
Dalam konteks ini Allah melarang mana-mana pihak untuk memutuskan pertunangan dengan pasangan masing-masing melainkan ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun ikatan pertunangan bukanlah suatu perjanjian yang  wajib untuk dilaksanakan perkahwinan tersebut atau perjanjian yang mengikat kedua-dua pihak akan tetapi hak-hak kepada mereka yang bertanggungan diberi perlindungan di sudut undang-undang.
Contoh kes Perkara ini dapat dilihat dalam satu kes melibatkan satu pasangan. Di dalam kes ini pihak lelaki telah memutuskan pertunangan dan pihak perempuan menuntut bayaran mas kahwin, ganti rugi dan juga cincin pertunangan yang telah diberikan.
Hakim dengan merujuk seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Kedah 1967 telah memutuskan agar pihak responden membayar sebanyak RM1249.00 kepada perayu termasuk kerugian membaiki rumah untuk perkahwinan dan cincin pertunangan di mana ianya dikira menjadi milik perayu iaitu pihak perempuan.
Kes ini secara tidak langsung membuka ruang kepada pihak-pihak yang bertikai untuk menuntut hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang di setiap negeri masing-masing.
Hal ini bagi mengelakkan daripada dharar seperti ganti rugi yang melibatkan kepada ganti rugi kewangan yang dilakukan bagi persiapan perkahwinan dan segala kos yang dikeluarkan semasa pertunangan.
Walau bagaimanapun pihak-pihak yang bertikai hendaklah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh seperti resit-resit perbelanjaan yang telah dikeluarkan kepada Mahkamah.
Prosedur sebelum memulakan tindakan tuntutan ganti rugi pertunangan Setiap apa-apa tuntutan dalam prospek perundangan perlulah mengikut kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
Pihak yang menuntut (Plaintif) boleh memfailkan  kes tuntutan ganti rugi tersebut dengan mewakili diri sendiri  atau diwakili oleh Peguam Syarie yang dilantik bagi melancarkan kes.
Walau bagaimanapun, sebelum mendaftarakan kes tersebut, pihak yang menuntut hendaklah memastikan nilai tuntutan tersebut berada di bawah bidang kuasa yang boleh dibicarakan di dalam mahkamah.
Contoh:
Nilai tuntutan ganti rugi pertunangan < RM100,000 hendaklah didaftarkan di bawah Mahkmah Rendah Syariah; atau Nilai tuntutan ganti rugi pertunangan > RM100,000 hendaklah didaftarkan di bawah Mahkmah Tinggi Syariah. Gambar: Penutup Setelah melihat kepada kesan daripada pembatalan pertunangan dari sudut syarak dan undang-undang Islam di Malaysia, pertunangan bukanlah satu akad  yang mengikat mana-mana pihak untuk menyempurnakan tali pertunangan tersebut kepada perkahwinan.
Akan tetapi ianya masih lagi satu ikatan yang boleh membawa kepada kemudharatan sekiranya salah satu pihak ingkar janji untuk berkahwin.
Sudah pasti, proses tuntutan ganti rugi pertunangan tersebut akan dilihat dengan kaca perundangan dan ketetapan syarak.
Oleh itu, segala kos yang dituntut bukan sahaja dilihat oleh pihak yang memutuskan pertunangan tetapi  punca dan sebab pembatalan itu sendiri akan diadili dengan saksama di pentas pengadilan.
BACA: Pengangkutan Awam Jakarta Di Tangga Ke-17 Terbaik Dunia
Sumber: Peguam Syarie Faiz Adnan
The post Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan – Peguam Syarie appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/09/tuntutan-ganti-rugi-pertunangan-peguam-syarie/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Tuntut Ganti Rugi Rm258 000 Dari Bekas Kekasih Dek Janji Palsu

Wanita Tuntut Ganti Rugi Rm258 000 Dari Bekas Kekasih Dek Janji Palsu

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1475 hits
Wanita Tuntut Ganti Rugi RM258 000 Dari Bekas Kekasih Dek Janji Palsu Seorang wanita 41 dari Banyumas Jawa Tengah menjadi sorotan ramai apabila memfailkan tuntutan ganti rugi di Mahkamah Negeri Purwokerto terhadap bekas kekasihnya Menurut p...
Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia

Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2779 hits
Kerajaan Makassar Rugi RM65 Juta Susulan Protes di Indonesia Badan Pengurusan Bencana Daerah Kota Makassar Sulawesi Selatan melaporkan anggaran kerugian yang dialami selepas bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar dibakar oleh penu...
Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3558 hits
Melalui laporan Harian Metro peguam yang mewakili keluara Allahyarham Zara Qairina memohon agar orang ramai menangguhkan perhimpunan aman untuk sementara waktu sehingga prosiding inkues selesai sepenuhnya var currentUrlTwo window location h...
Kongsi Foto Bahagia Peguam Sahkan Faisal Halim Amp Isteri Sepakat Mahu Kembali Bersama

Kongsi Foto Bahagia Peguam Sahkan Faisal Halim Amp Isteri Sepakat Mahu Kembali Bersama

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2983 hits
Peguam syarie yang mewakili isteri pemain bola Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri mengesahkan bahawa pasangan itu bersepakat untuk kembali menjalani kehidupan berumah tangga Roshdan Sujak Rafie berkata Faisal dan Syazwani mengam...
Panggil Anak Mini Wife Bukan Perkara Main Main Ini Jawapan Peguam

Panggil Anak Mini Wife Bukan Perkara Main Main Ini Jawapan Peguam

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1269 hits
Kontroversi hangat tercetus apabila seorang pempengaruh media sosial Malaysia menerima kecaman hebat selepas memanggil anak perempuannya sebagai mini wife dalam kandungan yang dimuat naik secara terbuka Rakaman yang memaparkan kanak kanak b...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2971 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3353 hits
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana mana ibu bapa Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya Sejak tra...
Rugi La Bila Job Pun Habis Silap Silap Masuk Dalam Guna La Otak Kritik Bukan Tak Boleh Kritik

Rugi La Bila Job Pun Habis Silap Silap Masuk Dalam Guna La Otak Kritik Bukan Tak Boleh Kritik

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1291 hits
Walaun Ayien Rosz Sedap sedap coti 4 hari boleh sebat job wiring kt Kuantan hang pilih untuk tidoq dalam lokap polis 4 hari job boleh dapat beribu tu
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Drama Jika Itu Salahku

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tinggalan Kota Kaum Tsamud Kaum Yang Dilaknat

Betflixtikto 10 June Betflixtikto Truemoney Wallet Top 10 By Arnold

Betm4 26 July Betm4 Top 31 By Kermit

Laicikang

Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

Pensyarah Uitm Ditemui Lemas Di Kolam