Hua Zong Minta Kerajaan Pinda Perlembagaan Kukuh Kedudukan Vernakular


 Ainul Illia
Mahu pembiayaan secukupnya untuk tambah SJKC baharu dalam Belanjawan 2022 Interview Tan Sri Goh Presiden of Huazong. NORAFIFI EHSAN / The Star. KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina, Hua Zong meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan serta meminda atau memperkuatkan peruntukan yang relevan jika perlu. 
Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan yang menggesa perkara itu berkata, ia bagi mengelakkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaa Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di bawah Perlembagaan terus dicabar.
“Kerajaan diminta mempertimbangkan keperluan untuk meminda peruntukan Perlembagaan bagi memperjelaskan dan menegaskan kedudukan sekolah vernakular, penggunaan serta pengembangan bahasa pengantar utamanya di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi melindunginya daripada terus diputar belit dan dicabar,” katanya seperti dipetik Oriental Daily News Malaysia.
Bukan itu sahaja, Tian Chuan turut meminta kerajaan memantau secara aktif perkembangan mana-mana gerakan yang tidak mesra kepada pendidikan Cina, terutama yang mencabar kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan di mahkamah.
“Kami (Hua Zong) kecewa dan kesal terhadap tindakan pihak-pihak berkenaan yang telah membawa perkara ini ke mahkamah, kerana kami berpendapat usaha dan tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah adalah tidak perlu. 
“Oleh itu, kami berharap agar kerajaan dan badan kehakiman dapat memantau kegiatan seperti ini, dan mengambil semua  langkah yang sewajarnya bagi mempertahankan Perlembagaan dan keadaan negara yang sedia ada,” katanya.
Tian Chuan berkata, masyarakat Cina melahirkan rasa bimbang kerana seksyen 2,17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan sekolah vernakular menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai medium pengantar utama telah dicabar di mahkamah kerana didakwa tidak selaras dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, 11 pertubuhan yang berkepentingan telah diberikan hak mencelah dalam kes tersebut.
“Kami (Hua Zong) akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada Dong Zong dan kerajaan Malaysia sebagai pihak responden,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai Belanjawan 2022, Tian Chuan juga berharap semua sekolah, termasuk SJKC akan terus mendapat pembiayaan secukupnya daripada kerajaan untuk kos pembangunan dan kemajuan yang melibatkan pembinaan sekolah.
Ia termasuk pembiayaan untuk penambahan SJKC baharu dan pembinaan sekolah untuk SJKC yang dipindahkan ke kawasan baru serta tenaga pengajarnya, tegasnya.
Beliau berharap kerajaan tidak akan mengumumkan hanya satu jumlah dalam belanjawan akan datang seperti tahun lepas. 
Sebaliknya, beliau menuntut kerajaan perlu menyenaraikan dengan jelas butiran peruntukkan untuk sekolah setiap aliran. 
Pada masa sama, Tian Chuan meminta kerajaan menerangkan kepada penduduk setempat berkenaan lokasi pembinaan sekolah vernakular, keperluan penduduk setempat terhadap SJKC dan peruntukan yang diperlukan untuk penambahan SJKC baharu atau pemindahan SJKC ke kawasan baru.
“Saya juga berharap kerajaan boleh menginstitusikan peruntukan kepada pendidikan Cina dalam belanjawan yang akan dibentangkan.
“Termasuklah peruntukan kepada 63 buah sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC) dan tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dikendalikan oleh masyarakat Cina,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/hua-zong-minta-kerajaan-pinda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Lagi Kurangnya Vernakular Hingga Tuntut Pinda Perlembagaan

Apa Lagi Kurangnya Vernakular Hingga Tuntut Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 179 hits
Oleh Zuhayati Yazid Sehingga kini terdapat 1 300 buah SJKC SJKT di seluruh negara BANGI Apa lagi kurangannya di sekolah vernakular sehingga pertubuhan bukan kerajaan Cina sanggup menuntut supaya kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dem...
Tangguh Pinda Perlembagaan Pn Mula Engkar Mou

Tangguh Pinda Perlembagaan Pn Mula Engkar Mou

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 279 hits
Pakatan Harapan kecewa dan kesal terhadap sikap Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 yang menangguhkan pindaan Perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 Menurut kenyataan Majlis Presiden PH tiada sebab pindaan yang seharusnya diluluskan pa...
Permintaan Putar Belit Hua Zong Tak Masuk Akal

Permintaan Putar Belit Hua Zong Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 200 hits
Sekolah vernakular sudah lama jadi duri dalam daging integrasi nasional BANGI Kenyataan putar belit pertubuhan bukan kerajaan berasaskan kaum Cina Hua Zong berhubung sekolah vernakular jelas tidak masuk akal Sebelum ini Hua Zong meminta ker...
Kerajaan Diperkudakan Kiasu Cauvinis Dalam Isu Uec Vernakular

Kerajaan Diperkudakan Kiasu Cauvinis Dalam Isu Uec Vernakular

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 195 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Didakwa main tarik tali untuk dapatkan peruntukan pengiktirafan BANGI Rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan sudah tidak mahu lagi kerajaan diperkudakan oleh golongan kiasu cauvinis demi kepentingan mereka se...
Hua Zong Cuba Putar Sejarah Pembinaan Negara Ke Belakang

Hua Zong Cuba Putar Sejarah Pembinaan Negara Ke Belakang

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 294 hits
Gesaan pertubuhan bukan kerajaan berasaskan kaum Cina Hua Zong berhubung isu sekolah vernakular sangat tidak wajar dan seolah olah cuba mengambil kesempatan dengan kelonggaran yang ada Terdahulu Hua Zong meminta kerajaan mengadakan perbinca...
Gagal Pinda Perlembagaan Pn Tak Serius Kembalikan Hak Sarawak

Gagal Pinda Perlembagaan Pn Tak Serius Kembalikan Hak Sarawak

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 454 hits
Isu pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan taraf Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 dilihat tidak ditangani secara ikhlas oleh Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 dan Gabugan Parti Sarawak Ketua Penerangan Majis Pimpinan Neger...
Ugut Antivaksin Ini Jawapan Balas Ds Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan

Ugut Antivaksin Ini Jawapan Balas Ds Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 186 hits
RAWANG Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kaedah digunakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan ugutan dan menghukum golongan antivaksin sebagai cara yang sombong
Saja Suka Melalak Selama Ni Pun Kerajaan Tak Buat Pun Arak

Saja Suka Melalak Selama Ni Pun Kerajaan Tak Buat Pun Arak

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 428 hits
Jamzuri ArdaniLaaa selama ni pun mana ada produk arak yang dihasilkan oleh kerajaan So yang sebelum ni geng lebai melalak tu pasal apa Hipokrit betul
Pengeluaran Arak Jenama Timah Bukan Hasil Produk Kerajaan Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain

Pengeluaran Arak Jenama Timah Bukan Hasil Produk Kerajaan Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 703 hits
KOTA BHARU Kerajaan menafikan mempunyai hubung kait dengan pengeluaran arak jenama tempatan iaitu Timah sebagaimana tular di laman laman sosial sejak beberapa hari lalu Timbalan Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar m...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan