Osman Sapian Beri Bayangan Kerajaan Johor Bakal Tumbang



Keputusan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor hanya akan dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri selepas menerima arahan daripada pucuk pimpinan pusat.
ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, tindakan menarik sokongan itu berkemungkinan besar dilakukan susulan keputusan UMNO pada petang Selasa yang memutuskan untuk menarik sokongan kepada PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau, tindakan UMNO itu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan PN di Johor hasil gabungan Barisan Nasional (BN), Bersatu dan Pas telah tumbang.
“Memanglah kalau dari segi hakikatnya UMNO sudah tarik sokongan daripada PN, maka PN di Johor yang diketuai UMNO sudah jatuh. Itu bererti Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad juga perlu letak jawatan. Apabila PN tiada majoriti maka secara automatik jawatan beliau itu gugur.
“Bersatu Johor menantikan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada terdapat keperluan bagi 12 ADUN Bersatu juga menarik sokongan di Johor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Osman yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) masih belum dapat menerajui kerajaan negeri kerana tidak memiliki jumlah kerusi dua pertiga.
“PH Johor terdiri daripada Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memiliki 27 kerusi. PH perlu ada dua atau tiga kerusi lagi untuk cukupkan jumlah dua pertiga.
“Sekiranya terdapat ADUN mengisytiharkan sebagai menjadi bebas dan sokong PH, maka PH akan bentuk kerajaan. Tetapi perlu diingat di Johor, kita tidak boleh ketepikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan perlu titah perkenan sebelum sebarang tindakan dibuat,” katanya.
Bekas Menteri Besar itu menjelaskan Johor cukup unik meskipun berpandukan keputusan di peringkat persekutuan, namun Sultan Johor masih mempunyai kata pemutus berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
“Apa-apa pun kita di Johor perlu tunggu titah Sultan Ibrahim. Bagi saya, itu sahaja kesimpulan yang dapat dibuat kerana belum dapat sebarang arahan dan maklumat sahih berhubung situasi politik sekarang,” katanya.
Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkini iaitu UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), Pas (satu), manakala Parti Amanah Negara (sembilan) serta Parti Keadilan Rakyat (empat).
Kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang mendapat sokongan dari UMNO, Bersatu, MIC dan Pas memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang PH yang disertai DAP, Amanah dan PKR.
Kerajaan Johor bakal tumbang?
 
Baca Artikel Menarik :
Earth-shattering day for Muhyiddin Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best Muhyiddin kekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan? Layari Laman Facebook MYKMU
Ismail Sabri dijangka buat pengumuman penting jam 4 petang

 
The post Osman Sapian beri bayangan Kerajaan Johor bakal tumbang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/04/osman-sapian-beri-bayangan-kerajaan-johor-bakal-tumbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meeting Apa Takat Tumpang Orang Jadi Tunggul Kayu Saja Kerajaan Pn Bakal Tumbang Pas Buat Mesyuarat Tergempar

Meeting Apa Takat Tumpang Orang Jadi Tunggul Kayu Saja Kerajaan Pn Bakal Tumbang Pas Buat Mesyuarat Tergempar

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 338 hits
August 4 2021 PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi politik negara ketika ini serta kedudukan kerajaan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah itu susulan keputusan Umno menarik balik sokonga...
Kerajaan Pn Sudah Tumbang Semalam

Kerajaan Pn Sudah Tumbang Semalam

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 402 hits
ULASAN PAGIMahiaddin hakikatnya sudahtumbang APA yang berlaku di parlimen semalam kecoh dan hebuh jerit dan maki hamun adalah perkara biasa Namun jika dilihat dari segi hakikatnya apa terpamer dan berlaku semalam bahawa kerajaan PN sudah tu...
Jika Kerajaan Pn Tumbang Siapa Calon Pm Seterusnya

Jika Kerajaan Pn Tumbang Siapa Calon Pm Seterusnya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 284 hits
Sekarang ini kita ada tiga blok di parlimen blok PN PH dan Bebas Masing masing tidak ada majoriti mudah Dalam sistem elektoral kita setiap parti memerlukan majoriti mudah untuk menang tetapi data menunjukkan kerajaan PN hanya ada minoriti t...
Bukan Boleh Sekadar Gimik Dakwa Kerajaan Pn Tumbang Kena Buktikan

Bukan Boleh Sekadar Gimik Dakwa Kerajaan Pn Tumbang Kena Buktikan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 229 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Zahid Hamidi pada sidang media Keabsahan sesebuah kerajaan hendaklah dilakukan dan dibuktikan menerusi saluran yang sah betul mengikut Perlembagaan Persekutuan bukannya sekadar gimik semata mata demikian kata bebe...
Panas Kedudukan Kerajaan Johor Akan Diuji Pada Sidang Dun 12 Ogos

Panas Kedudukan Kerajaan Johor Akan Diuji Pada Sidang Dun 12 Ogos

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 217 hits
August 5 2021 Berubah di Persekutuan berubahlah di negeri Itu naratif yang menjadi kepercayaan pemerhati politik tanah air ketika ini terhadap negeri negeri yang mungkin terancam sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tumbang Tidak terkecual...
Pentadbiran Negara Tetap Berfungsi Walau Kerajaan Pn Tumbang Zahid

Pentadbiran Negara Tetap Berfungsi Walau Kerajaan Pn Tumbang Zahid

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 248 hits
malaysiakini comDiterbitkan 7 Aug 2021 7 29 pmDikemaskini 7 34 pmPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pentadbiran negara akan lumpuh sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi berkuasa Tidak benar sama sekali Ini...
Confirm Muhyiddin Bakal Tumbang 26 Julai Umno Mulakan Langkah

Confirm Muhyiddin Bakal Tumbang 26 Julai Umno Mulakan Langkah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 385 hits
Sidang Parlimen Khas 5 hari pada 26 Julai ini bakal menjadi platform untuk membuktikan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Caranya Dengar penjelasan oleh Mahfuz Omar Ahli Parlimen 4 penggal dari Pokok Sena Kedah ini
Teknikalnya Pn Dah Tumbang Tapi Umno Mahukan Kerajaan Ini

Teknikalnya Pn Dah Tumbang Tapi Umno Mahukan Kerajaan Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 234 hits
MOHDMUKHLISTeknikalitinya PM sudah jatuh tapi kita perlu berhati hati sebab end game UMNO adalah untuk jadikan Perdana Menteri dari UMNO Sudah tentu saya berharap untuk PH naik jadi Perdana Menteri dan kalau ikut westminster itu yang sepatu...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan