Tunggakan Gaji Pekerja Kahb Jtksm Sudah Beri Notis




PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sudah mengeluarkan notis kepada Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) supaya menyelesaikan isu tunggakan gaji membabitkan 24 pekerjanya pada Januari lalu.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berdasarkan laporan yang diterima daripada JTKSM, Kedah Agro didapati tidak membayar gaji pekerja sejak September 2023.
“JTKSM telah mengeluarkan notis untuk mereka bayar gaji sebab ini adalah bercanggah dan melanggar Seksyen 19 Akta Kerja, pekerja berhak ke atas gaji.
“Mereka (KAHB) juga telah berjanji akan memohon bantuan daripada kerajaan negeri (dan) saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
Steven Sim berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung isu tunggakan gaji melibatkan 24 pekerja KAHB di sini hari ini.
Ditanya mengenai tempoh masa yang diberikan kepada KAHB untuk menyelesaikan isu berkenaan, Steven Sim berharap perkara itu dapat diselesaikan segera dan secara berhemah.
“Mereka (KAHB) janji akan minta bantuan kerajaan negeri dan akan adakan mesyuarat dengan Menteri Besar (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) hari ini.
“Selepas keputusan mesyuarat mereka, kita akan buat keputusan seterusnya. Saya harap kerajaan negeri ambil berat perkara ini. Kita nak selesaikan isu ini secara berhemah, paling penting ia diselesaikan dengan kadar segera,” ujarnya.
Terdahulu, tular di aplikasi X surat didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Kedah berkaitan aduan isu bayaran gaji serta pengoperasian Kedah Agro.
Surat itu memaklumkan Biro Pengaduan Awam Kedah menerima maklum balas daripada Kedah Agro berhubung aduan yang dibuat ke atasnya.
Difahamkan, selain tunggakan gaji, Kedah Agro yang merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar itu juga gagal menjelaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan Kesuma sedang menjalankan kajian bersama Universiti Malaya (UM) bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
“Satu kertas laporan interim akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh paling lama tiga bulan tetapi sekarang kita tengah melaksanakan kajian.
“Kajian tentang terma rujukan, fungsi, pengurusan kewangan dan sebagainya serta keahlian suruhanjaya itu,” katanya.
Pada 4 Mac lalu, media melaporkan, Kesuma akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi memenuhi hasrat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig. – UTUSAN




Source link
The post Tunggakan gaji pekerja KAHB: JTKSM sudah beri notis appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/tunggakan-gaji-pekerja-kahb-jtksm-sudah-beri-notis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tunggakan Gaji Ceo Mbi Kata Kedah Agro Baharu Dapat Projek

Isu Tunggakan Gaji Ceo Mbi Kata Kedah Agro Baharu Dapat Projek

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 272 hits
Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah Zafir Annuar Ghazali berkata masalah gaji tertunggak dan caruman 24 pekerja Kedah Agro Holdings dijangka selesai secara berperingkat PETALING JAYA Kedah Agro Holdings Berhad baharu sahaja menerima tawaran p...
Status Seorang Pekerja Dan 1 Ramadan 1445h

Status Seorang Pekerja Dan 1 Ramadan 1445h

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 239 hits
Aku mimpi boss lagi kerap dari mimpi crush bangun tidur rasa ada kerja belum buat Bukan setakat itu je sampai terngiang ngiang suara dia dalam kepala aku ni Status seorang pekerja Aku masih ada rasa hormat walau hati memberontak marah Kau s...
Penjelasan Polisi Soal 9 Petani Digunduli Usai Jadi Tersangka Mengancam Pekerja Ikn

Penjelasan Polisi Soal 9 Petani Digunduli Usai Jadi Tersangka Mengancam Pekerja Ikn

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 354 hits
Tahanan digunduli guna pemeriksaan identitas badan atau kondisi fisik dan menjaga atau memelihara kesehatan serta mengidentifikasi penyakit
Kerajaan Komited Kurangkan Pekerja Asing Banteras Imigran Berniaga

Kerajaan Komited Kurangkan Pekerja Asing Banteras Imigran Berniaga

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 200 hits
Jumlah pekerja asing tidak berkemahiran di Malaysia yang mencecah 3 3 5 juta orang menyebabkan bukan sahaja peluang pekerjaan kepada rakyat terbatas tetapi juga para imigran tersebut terlibat dalam perniagaan Menurut Menteri Ekonomi Rafizi ...
Saat Prabowo Ngobrol Akrab Bareng Pekerja Konstruksi Ikn Soal Pulang Kampung Ketika Lebaran

Saat Prabowo Ngobrol Akrab Bareng Pekerja Konstruksi Ikn Soal Pulang Kampung Ketika Lebaran

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 198 hits
Dalam kunjungan itu Prabowo juga turut serta meninjau perkembangan pembangunan Istana Negara
Pekerja Tewas Akibat Crane Girder Fly Over Bantaian Roboh Bertambah Ini Daftar Para Korban

Pekerja Tewas Akibat Crane Girder Fly Over Bantaian Roboh Bertambah Ini Daftar Para Korban

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 328 hits
Jumlah korban tewas akibat robohnya crane girder pembangunan Fly Over Bantaian Muara Enim Sumatera Selatan bertambah menjadi dua orang
Borang Ea 2024 Borang Cukai Pekerja E Filing Lhdn

Borang Ea 2024 Borang Cukai Pekerja E Filing Lhdn

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 329 hits
Apabila tibanya musim pembayaran cukai pendapatan pastinya Borang EA adalah terma yang paling popular dan biasa anda akan dengar Seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan ...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mood Swing Benda Biasa Sis

Jisung Won Jinah Park Heesoon Terajui Drama Pengembaraan Masa Judge Lee Hanyoung

Malaysia Lonjak Tangga Daya Saing Dunia

Anwar Ibrahim Pandai Pulak Suruh Letak Jawatan Kini Sudah Sampai Masanya Abdul Hadi Awang Lepaskan Jawatan Presiden Pas

Saham Dosa Bertambah Setelah Mati

Kelebihan Istighfar