Status Seorang Pekerja Dan 1 Ramadan 1445h
Aku mimpi boss lagi kerap dari mimpi crush 😭😭 bangun tidur rasa ada kerja belum buat. Bukan setakat itu je, sampai terngiang-ngiang suara dia dalam kepala aku ni. - Status seorang pekerja -
Aku masih ada rasa hormat walau hati memberontak marah.
Kau sejenis yang suka mengadu di dalam socmed bila ada kerja yang tak menepati piawaian mata kau. Nak play victim kononnya kau mangsa keadaan berdasarkan status yang kau buat
Kronologi Status Seorang Pekerja.
08 Mac 2024 - JumaatPetang:Aku tengah berhadapan dengan kesesakan jalan raya, kau mesej aku. Aku dahlah struggle nak cepat sampai rumah, dengan penat lagi. Aku pun salah, baca mesej tu buat apa.
09 Mac 2024 - SabtuKau mesej lagi, waktu aku baru nak makan tengahari. Lagi sekali aku silap, patut makan dulu, layan mesej tu kemudian. Terus hilang selera nak makan. Kau ni kan.. 🤔
Apa² maklumat berkaitan kerja, aku boleh bagi tapi kena tunggu hari Isnin. Maklumat tu pula dari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Sepenting mana sekali pun maklumat yang kau nak tu, kau kena tunggu. Hujung minggu apa yang kau boleh harapkan dari aku.
Hari Jumaat, ada cukup masa untuk aku carikan maklumat yang kau minta tapi kenapa mesti selepas waktu bekerja baru kau minta. Last minute pulak tu. Gila macam ni..! Sebab tu ada pegawai lain yang sampai jumpa psikiatri.
Seperti di dalam entry di SINI.
Kita ikutkan je, kita tak sakit hati. If we argue with him, nanti jadi panjang. Baik jangan! Kau jangan mengamuk, jangan marah-marah, kau kena tenang je sebab kau mengamuk pun tak guna, orang memandang. Walaupun benda tu kita betul, dia salah tapi orang lain yang tengok, 'alah dia ni..'
Semalam.. 10 Mac 2024 - AhadPagi.
Membeli barang basah di pasar di sini. Hari ni ramai orang, jalan sesak mungkin sebab ramai nak beli barang keperluan untuk menyambut Ramadan
Walau dah pukul 10 pagi tapi jalan masih sesak lagi
Laksa - air tangan en. Hubby
11 Mac 2024 - IsninCerita SINI.
Menjadi kebiasaan, hari pertama anak-anak kembali ke sekolah, aku akan mengambil cuti rehat tetapi tidak kali ini. Dak Adik dah besar, dak Nuha sedang membesar dan kebetulan dak Kakak belum kembali ke luar negeri, jadi takde apa yang perlu aku risaukan. Aku kena kerja dek tugasan last minute yang diminta - 'nak guna hari Selasa'.
Hari ini.. 12 Mac 2024 - Selasa bersamaan 1 Ramadan 1445H
Anak-anak tak banyak ragam waktu bersahur, makan apa yang aku masak. Deme sendiri yang tak nak makan masakan yang berat, 'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan'
Selamat Menyambut Ramadan buat semua. Moga rutin harian kita dipermudahkanNYA
#RemajaPurba: Sabar itu indah walau hakikatnya nak marah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2024/03/status-seorang-pekerja-dan-1-ramadan.html