Tunggakan Cukai Rm1 69 Bilion Bayar Sekarang Dan Bincang Kemudian Mungkin Akibatkan Najib Hilang Kerusi Pekan Peguam
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahu Datuk Seri Najib Razak membayar terlebih dahulu tunggakan cukai RM1.69 bilion sebelum mencabar mereka di mahkamah.
LHDN sebelum ini telah memfailkan saman untuk mendapatkan semula cukai tambahan RM1.69 bilion daripada Najib.
Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata malang sekali kerana kes “bayar sekarang dan bincang kemudian” mungkin membawa kesan buruk kepada anak guamnya.
Loading…
“Jumlah RM1.69 bilion itu akan menyebabkan anak guam saya bankrap dan membatalkan kelayakannya sebagai ahli Parlimen,” katanya selepas menghadiri pengurusan kes melalui sistem e-review, seperti dilapor portal Free Malaysia Today.
Untuk makluman, Najib yang juga bekas perdana menteri telah menjadi ahli Parlimen Pekan sejak tahun 1976, kecuali ketika beliau menjadi Adun Peramu Jaya dari 1982 hingga 1986.
Peguam Najib juga berkata, peguam bagi kes LHDN sudah memberitahu mahkamah mengenai rancangan mereka memfailkan permohonan untuk penghakiman terus, walaupun rayuan sudah difailkan ke atas taksiran cukai itu.
Najib bagaimanapun katanya akan memfailkan penangguhan prosiding sementara menunggu taksiran cukai itu diselesaikan dan pengurusan kes berikut telah ditetapkan pada 30 Ogos ini.
Pada 25 Jun lalu, LHDN memfailkan saman meminta Najib membayar RM1,692,872,924.83 yang didakwa dihutangnya dari 2011 hingga 2017 dan telah menyerahkan Writ saman itu kepada Najib sebagai defendan tunggal pada 4 Julai lalu.
Saman itu difailkan selepas Najib gagal membayar taksiran cukai tambahan sebanyak RM1.47 bilion dalam tuntutan asal LHDN pada Mac lalu dan ini menyebabkan pertambahan 10% atau RM147 juta pada April lalu dan tambahan kompaun 5% sebanyak RM80 juta pada Mei.
Tambahan 10% dikenakan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, selepas Najib gagal membayar RM1.47 bilion dalam 30 hari dari tarikh notis taksiran dikeluarkan.
Najib juga gagal membayar jumlah baru itu dalam 60 hari di bawah akta sama yang menyebabkan kenaikan kompaun sebanyak 5%.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.com/2019/07/tunggakan-cukai-rm1-69-bilion-bayar-sekarang-dan-bincang-kemudian-mungkin-akibatkan-najib-hilang-kerusi-pekan-peguam/