Pru15 Perlu Rm1 Bilion Keterlaluan Kata Bekas Timbalan Pengerusi Spr


Sean Augustin Wan Ahmad Wan Omar berkata kos mengadakan PRU15 mungkin 30% lebih tinggi daripada PRU14. PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bersetuju dengan dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang pilihan raya umum ke-15 memerlukan kos RM1 bilion disebabkan jumlah pengundi yang dijangka bertambah.

Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun jumlah pengundi mencecah 20 juta – sejajar jangkaan had umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun – kos mengadakan pilihan raya mungkin bertambah kira-kira 30% berbanding PRU14 dan tidak akan mencecah RM1 bilion.

Wan Ahmad yang pernah menyelia 4 PRU memberitahu FMT, kenaikan itu mungkin disebabkan keperluan bagi kertas dan kotak undi tambahan, lebih ramai kakitangan untuk menguruskan pertambahan pengundi, alat tulis dan peralatan kos menyewa kenderaan serta helikopter bagi Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, tambahan pencetakan kertas undi sangat sedikit dan SPR perlu memperuntukkan tambahan wang sebagai elaun bagi pengambilan lebih ramai kakitangan pilihan raya.

Beliau berkata, kos untuk mengadakan program latihan tidak berubah kerana program itu masih sama, yang berbeza cuma pertambahan kakitangan yang menghadiri latihan itu.

Wan Ahmad berkata, kos pengangkutan, penginapan dan perjalanan tidak akan terjejas dengan peningkatan pengundi dan sepatutnya “hampir sama dengan PRU14”.

Katanya, salah satu faktor utama yang akan menjejaskan kos sesuatu pilihan raya ialah inflasi kerana ia akan memberi kesan kepada harga barangan dan perkhidmatan.

“Saya rasa kos RM1 bilion keterlaluan.

“Bagi saya, paling banyak ia mungkin menelan kos kira-kira RM750 juta bagi SPR melakukan tugasnya.”

Semalam, Syed Saddiq dilaporkan berkata PRU14 pada 9 Mei 2018 yang mempunyai 14 juta pengundi berdaftar menelan belanja RM500 juta.

Wan Ahmad berkata, berdasarkan pemerhatiannya selama 17 tahun bersama SPRM, belanjawan yang diperuntukkan boleh diuruskan dengan lebih baik dengan tidak mengambil katerer mahal untuk menyediakan makanan bagi kakitangan.

Katanya, SPR tidak perlu menghabiskan semua wang yang diperuntukkan untuk PRU kerana sebahagian peruntukan mereka turut merangkumi kemungkinan berlaku perkara di luar jangkaan seperti banjir.

Beliau berkata, Syed Saddiq mungkin meletakkan kos RM1 bilion kerana ia “lebih selamat”.

“Jika beliau letak angka lebih rendah dan jumlah sebenar yang diminta lebih banyak, ia akan menjadi isu tidak perlu.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pru15-perlu-rm1-bilion-keterlaluan-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Rm1 Bilion Baiki Sekolah Daif Sarawak Sudah Dibincang Kata Km

Pinjaman Rm1 Bilion Baiki Sekolah Daif Sarawak Sudah Dibincang Kata Km

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 298 hits
Pinjaman RM1 bilion baiki sekolah daif Sarawak sudah dibincang kata KM Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 Jul 2
Pac Dapati Rm1 5 Bilion Tuntutan Gst Dilulus Dan Belum Dibayar Sehingga 31 Mei 2018

Pac Dapati Rm1 5 Bilion Tuntutan Gst Dilulus Dan Belum Dibayar Sehingga 31 Mei 2018

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 277 hits
PAC dapati RM1 5 bilion tuntutan GST dilulus dan belum dibayar sehingga 31 Mei 2018 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 307 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan

Kerajaan Tuntut Najib Bayar Rm1 69 Bilion Cukai Pendapatan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 267 hits
Kerajaan Malaysia memfailkan saman terhadap Najib Razak bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1 69 bilion cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang masih terhutang bagi Tahun Tahun Taksiran 2011 hingga 2017 Kerajaan sela...
Najib Minta Jadi Pengerusi Bn Untuk Jadi Pm Semula Kata Pemimpin Umno

Najib Minta Jadi Pengerusi Bn Untuk Jadi Pm Semula Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 285 hits
KALANGAN pemimpin Umno mendedahkan Najib Razak sebenarnya meminta untuk dilantik menjadi pengerusi Barisan Nasional kerana masih mahu menjadi perdana menteri Ketua Umno Padang Rengas Nazri Aziz berkata Najib bagaimanapun hanya diberikan jaw...
Najib Kata Onnnnnn Selepas Dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Bn

Najib Kata Onnnnnn Selepas Dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Bn

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 254 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengumumkan pelantikan tersebut berkata keputusan tersebut dipers...
Iks Terjejas Boleh Rayu Penangguhan Kata Timbalan Menteri

Iks Terjejas Boleh Rayu Penangguhan Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 248 hits
PARIT BUNTAR Industri Kecil dan Sederhana yang terjejas akibat pelaksanaan cukai gula ke atas minuman bergula bermula 1 Julai ini boleh mengemukakan rayuan penangguhan kepada pihak bertanggungjawab Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr M...
Bekas Menteri Kata Najib Buat Banyak Tahi

Bekas Menteri Kata Najib Buat Banyak Tahi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 648 hits
Ia bermula bila seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional yang tumbang 9 Mei 2018 lalu sifatkan penyelewengan bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sebagai tahi Saya kata najis tapi dia kata bukan najis tapi tahi Dia pun buat c...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri