Tunai Solat Fardhu Sebelum Azan Berkumandang



Soalan:
Apakah hukumnya kita menunaikan solat fardhu tanpa menunggu azan?

Jawapan:
Ibadah solat merupakan satu ibadah yang telah ditetapkan waktu permulaan dan perakhirannya, firman Allah SWT:

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan ke atas orang-orang yang beriman yang telah ditetapkan waktunya.” [Surah an-Nisa’: 103]

Nabi SAW telah menerangkan dengan terperinci waktu solat lima waktu didalam hadith-hadith Baginda, antaranya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "وَقْتُ الظُّهْرِ إِذَا زَالَتْ الشَّمْسُ وَكَانَ ظِلُّ الرَّجُلِ كَطُولِهِ مَا لَمْ يَحْضُرْ الْعَصْرُ وَوَقْتُ الْعَصْرِ مَا لَمْ تَصْفَرَّ الشَّمْسُ وَوَقْتُ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغِبْ الشَّفَقُ وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ وَوَقْتُ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ الشَّمْسُ"
Daripada Abdullah ibn Amru, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Waktu Zohor adalah apabila tergelincir matahari sehingga panjang bayang-bayang sesuatu objek adalah sama panjang dengan objek tersebut. Waktu Asar pula apabila panjang bayang-bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut sehingga selagi mana matahari belum kekuningan. Waktu Maghrib bermula apabila matahari kekuningan dan berakhir apabila hilangnya cahaya mega merah (syafak ahmar). Waktu Isyak bermula apabila hilangnya syafak ahmar sehingga tiga perempat malam. Waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan berakhir apabila terbitnya matahari.” [Riwayat Muslim (612)]

Solat yang dilakukan sebelum masuk waktunya adalah tidak sah dan perlu diulangi solat itu jika masih didalam waktu solat tersebut dan perlu diqadha’ solat itu jika sudah keluar daripada waktu solat tersebut. [Rujuk al-Muktamad fi Fiqh asy-Syafie (1/206)]

Ibn Qudamah telah berkata: “Sesiapa yang menunaikan solat sebelum masuknya waktu, maka solatnya tidak sah mengikut pendapat kebanyakan para ulama’, sama ada melakukannya secara sengaja ataupun tidak, keseluruhan solat atau sebahagiannya sahaja. Ini adalah pendapat az-Zuhri, al-Auzai’e, asy-Syafie dan Ashab ar-Ra’yi. Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA dan Abu Musa RA bahawa kedua-duanya mengulangi solat fardhu Subuh yang telah mereka tunaikan kerana kedua-duanya telah menunaikan solat Subuh sebelum masuknya waktu.” [Rujuk al-Mughni (2/45)]

Jika seseorang itu menunaikan solat fardhu tanpa berijtihad dengan yakin bahawa telah masuknya waktu solat, kemudian diketahui selepasnya bahawa dia telah menunaikan solat sebelum masuknya waktu solat, maka solatnya tidak sah, dan tidak dikira seperti menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat. [Rujuk Nihayah al-Muhtaj (2/5)]

Ini berbeza keadaanya jika seseorang itu telah berijtihad dengan yakin bahawa telah masuknya waktu solat, kemudian diketahui selepasnya bahawa dia telah tersilap (menunaikan solat sebelum masuknya waktu), maka solat yang telah dilaksanakan tersebut dikira sebagai solat sunat mutlak atau ganti (qadha’) kepada mana-mana solat yang pernah ditinggalkannya jika waktu solat kedua-duanya adalah sama. [Rujuk Hasyiah al-Syarwani ‘ala Tuhfah al-Minhaj (2/110), Nihayah al-Muhtaj (2/5)]

Keadaan ini adalah seperti apa yang dinukilkan oleh Imam Muzani daripada Imam asy-Syafi’e:

فَلَا يَجُوزُ لِأَحَدٍ أَنْ يَحُجَّ قَبْلَ أَشْهُرِ الْحَجِّ فَإِنْ فَعَلَ فَإِنَّهَا تَكُونُ عُمْرَةً كَرَجُلٍ دَخَلَ فِي صَلَاةٍ قَبْلَ وَقْتِهَا فَتَكُونُ نَافِلَةً
“Maka tidak boleh seseorang itu mengerjakan ibadah haji sebelum masuknya bulan-bulan haji, jika ia melakukannya, ia dikira sebagai mengerjakan ibadah umrah seperti seseorang yang mengerjakan solat sebelum masuk waktunya, maka ia akan dikira sebagai menunaikan solat sunat.” [Rujuk Mukhtasar al-Muzani (hlm. 159)]

Kesimpulan

Solat yang dilakukan sebelum azan dilaungkan boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

Jika seseorang itu solat sebelum masuknya waktu solat dan sebelum azan dilaungkan, maka solatnya tidak sah serta perlu mengulanginya apabila masuknya waktu solat tersebut.Jika seseorang itu solat selepas masuknya waktu solat dengan yakin tetapi sebelum azan berkumandang, maka solatnya sah dan tidak perlu mengulanginya.
Namun begitu, kami menasihati agar tidak tergesa-gesa menunaikan solat sebelum azan berkumandang kerana pada kebiasaannya azan akan dilaungkan oleh muazzin diawal awal waktu solat kecuali jika menjadi kebiasaan di tempat tersebut azan dilaungkan terlalu lewat daripada masa masuknya waktu atau dalam keadaan tertentu yang mana seseorang itu perlu untuk menunaikan solat dengan cepat atas urusan-urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Menunaikan solat selepas masuknya waktu dan sebelum azan berkumandang tanpa keperluan yang mendesak merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan perkara yang lebih utama daripada itu (khilaf aula) iaitu solat berjemaah di masjid atau surau yang merupakan satu amalan yang sangat-sangat dituntut.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/tunai-solat-fardhu-sebelum-azan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azan Solat Jumaat Akan Disiarkan Secara Langsung Di Seluruh Negara Pm New Zealand

Azan Solat Jumaat Akan Disiarkan Secara Langsung Di Seluruh Negara Pm New Zealand

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 444 hits
NEW ZEALAND Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern terbaru mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa azan semasa solat Fardu Jumaat akan datang akan disiarkan Live secara langsung di seluruh negara pada Jumaat ini Selain itu selur...
Azan Dan Tata Cara Solat 9276

Azan Dan Tata Cara Solat 9276

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 584 hits
Azan dan Iqamat Barisan Sembahyang itu lebih baik dari tidur hanya digunakan untuk solat Subuh Daripada Wikipedia ensiklopedia bebas azanpanggilan solat sembahyangAzan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama sebagai tand...
Rejim Larang Azan Solat Di Masjidil Al Aqsa

Rejim Larang Azan Solat Di Masjidil Al Aqsa

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 395 hits
BAITULMAQDIS Polis Israel bukan saja menutup semua pintu masuk ke Masjidil al Aqsa malah melarang azan dilaungkan dari masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu mulai kelmarin Malah polis Israel turut menyerang penduduk Palestin yang be...
Tragedi Solat Jumaat Penembak Tulis Manifesto Sebelum Serang Masjid

Tragedi Solat Jumaat Penembak Tulis Manifesto Sebelum Serang Masjid

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 610 hits
Astro Awani Gambar wajah suspek Brenton Tarrant warga Australia yang merakam serangan di masjid itu melalui kamera badan yang disiarkan secara langsung ke Facebook Foto AP SATU manifesto berlatar belakangkan perasaan anti pendatang berjudul...
Menegur Ibu Bapa Yang Tidak Menunaikan Solat Fardhu

Menegur Ibu Bapa Yang Tidak Menunaikan Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 301 hits
Soalan Adakah anak anak dibolehkan untuk menegur kedua ibu bapanya yang tidak menunaikan solat fardhu lima waktu Jawapan Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap dua kalimah syahad...
Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 841 hits
BAKAL pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4 Jalan Kuala Krai di Wakaf Che Yeh Kota Bharu petang tadi Dalam kejadian 6 05 petang tadi Muhammad Afifi A...
Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami Sebelum Ini Tak Pernah Rasa

Tak Sabar Solat Dengan Bakal Suami Sebelum Ini Tak Pernah Rasa

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 329 hits
Dilihat lebih terbuka berkongsikan mengenai hubungannya dengan kekasih Elly Mazlein sebelum ini memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi Masih merahsiakan namanya The post appeared first on
New Zealand Siar Azan Solat Jumaat Seluruh Negara Minggu Ini

New Zealand Siar Azan Solat Jumaat Seluruh Negara Minggu Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 278 hits
Steven televisyen dan radio nasional New Zealand akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat minggu ini Perkara itu diumumkan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai tanda solidariti dengan umat Islam di negara itu Ia susulan ser...
Tanda Indahnya Islam Lelaki Sapa Hello Brother Kepada Pengganas Sebelum Ditembak

Tanda Indahnya Islam Lelaki Sapa Hello Brother Kepada Pengganas Sebelum Ditembak

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 361 hits
Tragedi hitam yang menimpa umat Islam ketika solat Jumaat di Masjid Christchurch semalam telah memberi tamparan hebat buat New Zealand yang selama ini dikenali sebagai antara negara paling selamat di dunia Namun di sebalik tragedi berdarah ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv