Tragedi Solat Jumaat Penembak Tulis Manifesto Sebelum Serang Masjid


Nailah Huda, Astro Awani Gambar wajah suspek Brenton Tarrant, warga Australia, yang merakam serangan di masjid itu melalui kamera badan yang disiarkan secara langsung ke Facebook. Foto - AP.

SATU manifesto berlatar belakangkan perasaan anti-pendatang berjudul ‘The Great Replacement’ sepanjang 73 muka surat dikongsi secara berleluasa di media sosial selepas ia dikaitkan dengan penembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat.

“Krisis penghijrahan warga luar ke dalam negara secara besar-besaran merupakan serangan terhadap orang-orang Eropah yang, jika tidak dihentikan, akhirnya akan menyebabkan bangsa Eropah diganti dan hilang sepenuhnya," antara nota yang terkandung dalam manifesto berkenaan.

Manifesto itu yang ditulis oleh Brenton Tarrant, warga Australia yang sudah dikenali sebagai salah seorang penembak di masjid berkenaan, menceritakan kebimbangan mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand.

“Ia semua berlaku melalui penghijrahan. Ini penggantian etnik. Ini penggantian bangsa. Ini penggantian kaum,” tegas Brenton.


Penduduk di New Zealand merangkumi lebih 200 kumpulan etnik.

Namun, jika melihat kepada statistik penghijrahan ke New Zealand, angka berkenaan telah menurun pada tahun 2018 dan 2017 berbanding 2016.
Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh StatsNZ, pendatang luar negara menurun daripada 58,400 ke 56,230 pada hujung Disember 2018.

Bagaimanapun, perasaan anti-pendatang itu kian meningkat bukan sahaja bagi individu-individu seperti Brenton, namun juga boleh dilihat dalam undang-undang bawah kerajaan Parti Nasional.

Pada tahun 2017, kerajaan New Zealand memperkenalkan beberapa sekatan terhadap kemasukan pendatang luar antaranya menaikkan gaji minimum untuk mendapatkan visa serta menyukarkan peluang untuk lulus peperiksaan Bahasa Inggeris.


Serangan ngeri pada skala ini belum pernah dialami oleh penduduk New Zealand, selain insiden tembakan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki menembak mati 13 orang, termasuk dua kanak-kanak berusia 6 tahun.

Berikutan itu, undang-undang senjata diketatkan sekali gus menjadikan kes pembunuhan menurun terutamanya kes melibatkan senjata.

Akhbar NYTimes melaporkan, terdapat hanya 35 kes bunuh yang berlaku pada tahun 2017.

Sejak 2007, kes bunuh menggunakan senjata kekal bawah 10 kes, selain pada tahun 2009 yang merekodkan 11 kes.

Walau bagaimanapun, tahun 2017 merekodkan pemilikan senjata sebanyak 1.2 juta di seluruh negara itu, menurut laporan Small Arms Survey.

Brenton telah dinamakan sebagai salah seorang suspek yang bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya 40 nyawa terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch sewaktu solat Jumaat hari ini.

Serangan itu, yang menurut polis telah dilakukan oleh empat orang suspek, turut dirakam oleh Brenton dalam video yang disiarkan secara langsung kepada Facebook melalui kamera badan dan boleh digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

Buat masa ini, polis telah menangkap tiga suspek dan masih mencari seorang lagi suspek yang melarikan diri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/tragedi-solat-jumaat-penembak-tulis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Netizen Serang Senator Australia Digelar Menjijikkan

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Netizen Serang Senator Australia Digelar Menjijikkan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 251 hits
NETIZEN Malaysia membuktikan solidariti dalam segala hal bukan sahaja tentang isu remeh malah isu isu semasa Terbaharu Ahli Parlimen Australia Fraser Anning menerima padah apabila memuat naik kenyataan yang berbaur menyalahkan komuniti Isla...
Tragedi Solat Jumaat Senarai Penuh Mangsa Secepat Mungkin

Tragedi Solat Jumaat Senarai Penuh Mangsa Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 375 hits
Astro Awani Seorang wanita yang menangisi kejadian serangan pengganas yang mengorbankan 50 mangsa setakat ini ditenteramkan rakannya di Christchurch New Zealand 15 Mac 2019 Foto Aiman Amerul MunerPolis New Zealand masih berusaha mengenal pa...
Geng Bikers Nz Janji Kawal Luar Masjid Disaat Solat Jumaat Esok Hari Ternyata Ini Niat Mereka

Geng Bikers Nz Janji Kawal Luar Masjid Disaat Solat Jumaat Esok Hari Ternyata Ini Niat Mereka

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 415 hits
Serangan yang berlaku di Masjid New Zealand telah menyebabkan ramai pihak bersimpati dengan nasib penduduk Islam di situ Ramai yang telah bangkit menyokong masyarakat Muslim kerana bersetuju bahawa tembakkan rambang yang dilepaskan oleh pen...
Tragedi Solat Jumaat 40 Terkorban Dalam Tembakan Rambang Christchurch

Tragedi Solat Jumaat 40 Terkorban Dalam Tembakan Rambang Christchurch

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 411 hits
Astro Awani Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengesahkan jumlah kematian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV tempatan dan Astro AWANI Gambar fail KUALA LUMPUR Sekurang kurang 40 orang terkorban dal...
Tragedi Solat Jumaat Keberanian Polis Tarik Keluar Dan Tahan Suspek Dapat Pujian Netizen

Tragedi Solat Jumaat Keberanian Polis Tarik Keluar Dan Tahan Suspek Dapat Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 289 hits
SEORANG anggota polis dilabelkan sebagai seorang hero selepas bertindak berani dengan menarik keluar salah seorang suspek dari sebuah kereta seorang penembak tragedi solat Jumaat di Christch urch Lapor The Daily Mail tindakan anggota polis ...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Rakyat Malaysia Rahimi Selamat Selepas Berpura Pura Mati

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Rakyat Malaysia Rahimi Selamat Selepas Berpura Pura Mati

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 420 hits
RAKYAT Malaysia Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insi den tem bakan rambang di sebuah masjid di Christchurch New Zealand dilaporkan selamat Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali Rahimi hanya mengalami kece ...
Tragedi Solat Jumaat Malaysia Mahu Pengganas Diheret Ke Muka Pengadilan

Tragedi Solat Jumaat Malaysia Mahu Pengganas Diheret Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 346 hits
Astro Awani Pengganas yang menggila melakukan pembunuhan beramai ramai ini berusia 28 tahun kelahiran Australia Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras kerasnya tindakan pengganas yang meragut nyawa awam dalam serangan masjid di Christchurch...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Angka Syahid Meningkat 50 Orang

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Angka Syahid Meningkat 50 Orang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 331 hits
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Angka Syahid Meningkat 50 Orang Angka kematian serangan pengganas masjid Christchurch meningkat kepada 50 selepas seorang mangsa ditemui di dalam salah satu masjid berkenaan Pesuruhjaya Polis New Zealand Mi...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini