Azan Dan Tata Cara Solat 9276






Azan dan Iqamat* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa ArabأَذَانTransliterasiazanTerjemahanpanggilan solat/sembahyang

Azan (أَذَان) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Latar belakangDari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu
HukumHukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka
DalilAl-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada Al-Quran ialah Firman Allah SWT yang bermaksud:“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)SejarahAzan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar RA. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi  telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah  (kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah  tetapi baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah  dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi  memerintahkan Bilal bin Rabahmengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah  dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah  pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibrilmendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s. Maka Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”
Adab dan tertib Azan dan IqamatLafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja
SebutanBahasa ArabTransliterasiTerjemahan2xالله اكبرAllah u AkbarAllah Maha Besar2xاشهد ان لا اله الا اللهAsh-hadu allā ilāha illallāhAku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah2xاشهد ان محمدا رسول اللهAsh-hadu anna Muhammadan rasūlullāhAku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah2xحي على الصلاةHayya 'alas-salātMarilah menunaikan solat2xحي على الفلاحHayya 'alal-falāhMarilah merebut kemenangan2xالصلاة خير من النومAṣ-ṣalātu khayru min an-naūmSolat itu lebih baik dari tidur*2xالله اكبرAllāhu akbarAllah Maha Besar1xلا اله الا اللهLā ilāha illallāhTiada Tuhan selain Allah* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab
Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat
Sunat Azan[sunting | sunting sumber]Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan
Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [1]:"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."Doa selepas Azan[sunting | sunting sumber]Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, آت محمداً الوسيلة و الفضيلة 
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته 
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya. (Riwayat Imam Bukhari)
Iqamat[sunting | sunting sumber]Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبرāllahu ākbar, āllahu ākbarAku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,اشهد ان لا اله الا اللهāsh'hadu ān lā ilaha illā-llahAku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,اشهد ان محمد رسول اللهāsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-llahMarilah menunaikan solat,حي على الصلاةhayyā `alā-s-salatMarilah merebut kemenangan,حي على الفلاحhayyā `alā-l-falāhBerdiri untuk sembahyang, (dua kali)قد قامت الصلاةqad qāma tis-salaatAllah Maha Besar, Allah Maha Besar,الله اكبر الله اكبرāllahu ākbar, āllahu ākbarTiada tuhan selain Allahلا اله الا اللهlā ilaha illā-llah.Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang
Teks Azan bagi Ahl SunnahSebutanBahasa ArabTransliterasiTerjemahan4xالله اكبرAllah u AkbarAllah Maha Besar2xاشهد ان لا اله الا اللهAsh-hadu allā ilāha illallāhAku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah2xاشهد ان محمدا رسول اللهAsh-hadu anna Muhammadan rasūlullāhAku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah2xحي على الصلاةHayya 'alas-salātMarilah menunaikan solat2xحي على الفلاحHayya 'alal-falāhMarilah merebut kemenangan2xالصلاة خير من النومAṣ-ṣalātu khayru min an-naūmSolat itu lebih baik dari tidur*2xالله اكبرAllāhu akbarAllah Maha Besar1xلا اله الا اللهLā ilāha illallāhTiada Tuhan selain Allah*Dilafazkan hanya untuk Azan Subuh
Azan Dan Iqamat untuk tujuan selain sembahyang[sunting | sunting sumber]Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak (lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad  telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah
Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan gangguan dirasuk jin atau Syaitan
Azan sebelum SubuhNabi  bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang
Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut الصلاة خير من النوم 'sembahyang itu lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua
Azan di TurkiSewaktu zaman 1920-an dan 1930-an, kerajaan İsmet İnönü (Presiden ke-2 Republik Turki) mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat yang dalam bahasa Arab; sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan, berjaya, menggalakkan bahasa Turki sebagai kegunaan bahasa liturgi; dengan mengejutkan orang ramai. Larangan Azan bahasa Arab telah dimansuhkan pada Jun 6, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada pembangkang
Azan di Syria (Masjid Umayyad)[sunting | sunting sumber]Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di kota Damsyik (Damascus) yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Masjid tersebut melaungkan Azan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah sehingga dikatakan dapat mengharmonikan suasana kota sekeliling
Azan di Singapura[sunting | sunting sumber]Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-masjid saja, kerajaan Singapura tidak memperbolehkan suara azan dikumandangkan dengan kuat menerusi corong-corong pembesar suara di luar dari bangunan masjid
Lihat pula[sunting | sunting sumber]SolatPautan luar[sunting | sunting sumber]Muat turun perisian azanMuat turun perisian azan JAKIM dengan azanpelbagai azan
RujukanLarangan bercakap ketika Azan - Institut Al-Qayyim

Azan dan Iqamat - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Ini Tata Cara Shalat Jamak dan Qasar
by Rifki M Firdausfoto: Islampos
ADAKALANYA dalam beberapa waktu kita mengadakan perjalanan jauh, misalnya karyawisata, bersilaturahmi, atau keperluan lainnya. Terkadang juga kita mengalami coban berupa sakit sampai-sampai tidak dapat bangun, Hal itu menyebabkan kita sering menjumpai kesulitan untuk melakukan ibadah salat. Padahal salat merupakan kewajiban umat Islam yang tidak boleh ditinggalkan dalam keadaan apapun juga.Melihat hal ini, ibadah shalat seolah merupakan beban yang memberatkan. Padahal tidaklah demikian. Islam adalah agama yang memberi kemudahan dan keringanan terhadap pemeluknya di dalam rutinitas ibadah kepada Allah swt. Hal ini menandakan kasih sayang Allah kepada umat Islam sedemikian besar dengan cara memberikan rukhsah dalam melaksanakan salat dengan cara jamak dan qasar dengan syarat-syarat tertentu
Lalu seperti apakah syarat detailnya? Berikut tata cara pelaksanaan shalat jamak dan Qasar:Salat JamakSalat jamak adalah salat yang digabungkan, maksudnya menggabungkan dua salat fardu yang dilaksanakan pada satu waktu. Misalnya menggabungkan salat Duhur dan Asar dikerjakan pada waktu Duhur atau pada waktu Asar. Atau menggabungkan salat magrib dan ‘Isya dikerjakan pada waktu magrib atau pada waktu ‘Isya. Sedangkan salat Subuh tetap pada waktunya tidak boleh digabungkan dengan salat lain
Hukum mengerjakan salat Jamak adalah mubah (boleh) bagi orang-orang yang memenuhi persyaratan
“Rasulullah apabila ia bepergian sebelum matahari tergelincir, maka ia mengakhirkan salat duhur sampai waktu asar, kemudian ia berhenti lalu menjamak antara dua salat tersebut, tetapi apabila matahari telah tergelincir (sudah masuk waktu duhur) sebelum ia pergi, maka ia melakukan salat duhur (dahulu) kemudian beliau naik kendaraan (berangkat), (H.R. Bukhari dan Muslim).Dari hadis di atas dapat disimpulkan bahwa Rasulullah pernah menjamak salat karena ada suatu sebab yaitu bepergian. Hal menunjukkan bahwa menggabungkan dua salat diperbolehkan dalam Islam namun harus ada sebab tertentu
Salat jamak boleh dilaksanakan karena beberapa alasan (halangan), yakni:Dalam perjalanan jauh minimal 81 km (menurut kesepakatan sebagian besar imam madzhab)Perjalanan itu tidak bertujuan untuk maksiat.Dalam keadaan sangat ketakukan atau khawatir misalnya perang, sakit,  hujan lebat, angin topan dan bencana alam.Salat fardu dalam sehari semalam yang boleh dijamak adalah pasangan salat duhur dengan asar dan salat magrib dengan ‘isya. Sedangkan salat subuh tidak boleh dijamak. Demikian pula orang tidak boleh menjamak salat asar dengan magrib
Salat jamak dapat dilaksanakan dengan dua cara:Jamak Takdim (jamak yang didahulukan), yakni menjamak dua salat yang dilaksanakan pada waktu yang pertama. Misalnya menjamak salat duhur dengan asar, dikerjakan pada waktu duhur ( 4 rakaat salat duhur dan 4 rakaat salat asar) atau menjamak salat magrib dengan ‘isya dilaksanakan pada waktu magrib (3 rakaat salat magrib dan 4 rakaat salat ‘isya).Jamak Ta’khir (jamak yang diakhirkan), yakni menjamak dua salat yang dilaksanakan pada waktu yang kedua. Misalnya menjamak salat duhur dengan asar, dikerjakan pada waktu asar atau menjamak salat magrib dengan ‘isya dilaksanakan pada waktu ‘isya.Dalam melaksanakan salat jamak takdim maka harus berniat menjamak salat kedua pada waktu yang pertama, mendahulukan salat pertama dan dilaksanakan berurutan, tidak diselingi perbuatan atau perkataan lain. Adapun saat melaksanakan jamak ta’khir maka harus berniat menjamak dan berurutan. Tidak disyaratkan harus mendahulukan salat pertama. Boleh mendahulukan salat pertama baru melakukan salat kedua atau sebaliknya
Cara Melaksanakan Salat Jamak TakdimMisalnya salat duhur dengan asar: salat duhur dahulu empat rakaat kemudian salat asar empat rakaat, dilaksanakan pada waktu duhur
Tata caranya sebagai berikut:1)        Berniat salat duhur dengan jamak takdim. Bila dilafalkan yaitu:اُصَلِّى فَرْضَ الظُهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ جَمْعًا تَقْدِيْمًا مَعَ العَصْرِ فَرْضًا للهِ تَعَالى“Saya niat salat salat duhur empat rakaat digabungkan dengan salat asar dengan jamak takdim karena Allah Ta’ala”2)   Takbiratul ihram3)   Salat duhur empat rakaat seperti biasa
4)   Salam
5)   Berdiri lagi dan berniat salat yang kedua (asar), jika dilafalkan sebagai berikut;اُصَلِّى فَرْضَ العَصْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ جَمْعًا تَقْدِيْمًا مَعَ الظُهْرِ فَرْضًا للهِ تَعَالى“Saya niat salat asar empat rakaat digabungkan dengan salat duhur dengan jamak takdim karena Allah ta’ala.”6)   Takbiratul Ihram7)   Salat asar empat rakaat seperti biasa
8)   Salam
Catatan: Setelah salam pada salat yang pertama harus langsung berdiri,tidak boleh diselingi perbuatan atau perkataan misalnya zikir, berdo’a, bercakap-cakap dan lain-lain)
Cara Melaksanakan Salat Jamak Ta’khir.Misalnya salat magrib dengan ‘isya: boleh salat magrib dulu tiga rakaat kemudian salat ‘isya empat rakaat, dilaksanakan pada waktu ‘isya
Tata caranya sebagai berikut:1)   Berniat menjamak salat magrib dengan jamak ta’khir. Bila dilafalkanyaitu:2)     اُصَلِى فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ جَمْعًا تَأخِيْرًا مَعَ العِشَاءِ فَرْضًا للهِ تََعَالَى“ Saya niat salat salat magrib tiga rakaat digabungkan dengan salat ‘isya dengan jamak ta’khir karena Allah Ta’ala”3)   Takbiratul ihram4)   Salat magrib tiga rakaat seperti biasa
5)   Salam
6)   Berdiri lagi dan berniat salat yang kedua (‘isya), jika dilafalkan sebagai berikut;7)        اُصَلّى فَرْضَ العِسَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ جَمْعًا تَأخِيْرًا مَعَ المَغْرِبِ فَرْضًا للهِ تََعَالَى“ Saya berniat salat ‘isya empat rakaat digabungkan dengan salat magrib dengan jamak ta’khir karena Allah Ta’ala.”8)   Takbiratul Ihram9)   Salat ‘isya empat rakaat seperti biasa
10)    Salam
Catatan: Ketentuan setelah salam pada salat yang pertama sama seperti salat jamak takdim. Untuk menghormati datangnya waktu salat, hendaknya ketika waktu salat pertama sudah tiba, maka orang yang akan menjamak ta’khir, sudah berniat untuk menjamak ta’khir salatnya, walaupun salatnya dilaksanakan pada waktu yang kedua.Jika telah memenuhi syarat sah sebagai rukhsah, selain di jamak salat fardu juga dapat di qasar maupun jamak qasar asalkan memenuhi syarat. Hal ini merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan Allah agar manusia tidak meninggalkan salat fardu walau dalam keadaan apapun, sebab Allah tidak menghendaki kesukaran pada hambaNya
Salat QasarSalat qasar adalah salat yang dipendekkan (diringkas), yaitu melakukan salat fardu dengan cara meringkas dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Salat fardu yang boleh diringkas adalah salat yang jumlah rakaatnya ada empat yaitu duhur, asar dan ‘isya
Hukum melaksanakan salat qasar adalah mubah (diperbolehkan) jika syaratnya terpenuhi
Allah berfirman dalam al Qur’an surat An Nisa ayat 101 yang artinya: “Dan apabila kamu beprgian di muka bumi, maka tidak mengapa kamu menqasar salatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir, sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu,” Q.S.(An Nisa: 101)Syarat-syarat salat qasar sama dengan syarat salat jamak hanya ditambah persyaratan bahwa salat yang dapat diqasar adalah salat yang jumlah rakaatnya empat
Tata caranya Salat QasarAmbil contoh salat qasar duhur, dengan cara sebagai berikut:Berniat salat dengan cara qasar. Jika dilafalkan sebagai berikut:اُصَلّى فَرْضَ الظُهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا للهِ تَعَالىArtinya: “ saya berniat salat duhur dua rakaat diqasar karena Alla Ta’ala”Takbiratul ihrom.Salat dua rakaatSalam.Salat Jamak QasarSalat jamak qasar adalah menggabungkan dua salat fardu dalam satu waktu sekaligus meringkas (qasar)
Hukum dan syaratnya sama dengan salat jamak dan salat qasar. Salat jamak qasar dapat dilaksanakan secara takdim maupun ta’khir
Praktik Salat Jamak QasarSalat Jamak Qasar: misalnya salat duhur dengan asar. Tata caranya sebagai berikut:Berniat menjamak qasar salat duhur dengan jamak takdim. Jika dilafalkan sebagai berikut:اُصَلّى فَرْضَ الظُهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا اِلَيْهِ العَصْرُ جَمْعَ تَقْدِيْمًا للهِ تَعَالَى“ Saya berniat salat duhur dua rakaat digabungkan dengan salat asar dengan jamak takdim, diqasar karena Allah Ta’ala”Takbiratul ihram.Salat duhur dua rakaat (diringkas)Salam.Berdiri dan niat salat asar, jika dilafalkan sebagai berikut:اُصَلّى فَرْضَ العَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا اِلَِى الظُهْرِ جَمْعَ تَقْدِيْمًا للهِ تَعَالَى“ Saya berniat salat asar dua rakaat digabungkan dengan salat duhur dengan jamak takdim, diqasar karena Allah Ta’ala”Takbiratul ihram.Salat asar dua rakaat (diringkas). Wallahu a’lam. []
https://www.islampos.com/ini-tata-cara-shalat-jamak-dan-qasar-92724/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/03/azan-dan-tata-cara-solat-9276.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunai Solat Fardhu Sebelum Azan Berkumandang

Tunai Solat Fardhu Sebelum Azan Berkumandang

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 315 hits
Soalan Apakah hukumnya kita menunaikan solat fardhu tanpa menunggu azan Jawapan Ibadah solat merupakan satu ibadah yang telah ditetapkan waktu permulaan dan perakhirannya firman Allah SWT Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan ke atas...
Rejim Larang Azan Solat Di Masjidil Al Aqsa

Rejim Larang Azan Solat Di Masjidil Al Aqsa

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 390 hits
BAITULMAQDIS Polis Israel bukan saja menutup semua pintu masuk ke Masjidil al Aqsa malah melarang azan dilaungkan dari masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu mulai kelmarin Malah polis Israel turut menyerang penduduk Palestin yang be...
Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 840 hits
BAKAL pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4 Jalan Kuala Krai di Wakaf Che Yeh Kota Bharu petang tadi Dalam kejadian 6 05 petang tadi Muhammad Afifi A...
Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap Dengan Doa

Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap Dengan Doa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 1213 hits
CARA SOLAT SUNAT ISTIKHARAHLENGKAP DENGAN DOASolat Sunnat IstikharahSolat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan Jika timbul keraguan ...
New Zealand Siar Azan Solat Jumaat Seluruh Negara Minggu Ini

New Zealand Siar Azan Solat Jumaat Seluruh Negara Minggu Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 277 hits
Steven televisyen dan radio nasional New Zealand akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat minggu ini Perkara itu diumumkan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai tanda solidariti dengan umat Islam di negara itu Ia susulan ser...
Cara Khusyuk Dalam Solat

Cara Khusyuk Dalam Solat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 362 hits
Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang Seseorang itu perlu memahami kesan solat terhedap pembentukan peribadi manusia Solat juga dapat memberi ketenang...
Azan Solat Jumaat Akan Disiarkan Secara Langsung Di Seluruh Negara Pm New Zealand

Azan Solat Jumaat Akan Disiarkan Secara Langsung Di Seluruh Negara Pm New Zealand

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 438 hits
NEW ZEALAND Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern terbaru mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa azan semasa solat Fardu Jumaat akan datang akan disiarkan Live secara langsung di seluruh negara pada Jumaat ini Selain itu selur...
Begini Cara Deteksi Lembaga Survei Abal Abal

Begini Cara Deteksi Lembaga Survei Abal Abal

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 247 hits
Hamdi mencontohkan ada lembaga survei yang salah merilis hasil hitung cepat pada Pilpres 2014 Adapun yang dimaksud empat lembaga JSI Puskaptis LSN dan IRC yang memenangkan Prabowo Subianto Hatta Rajasa
Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Crunchy Krup Krap Serius Ketagih

Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Crunchy Krup Krap Serius Ketagih

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 883 hits
Wah kecur air liur tengok jeruk mangga asam boi ni kat FB Rasa macam nak order je sebalang Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Crunchy Krup Krap Serius Ketagih
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot