Tunai Janji Rajin Berkerja



Orang yang belum mempunyai pekerjaan tentu mengharapkan sangat peluang pekerjaan untuknya. Ketika memohon pekerjaan, sudah tentu janji yang diberikan ialah ingin bekerja dengan penuh dedikasi dan produktiviti.


Dengan kata lain, seseorang yang diterima bekerja atau diberi kepercayaan melakukan sesuatu tugasan telah bersedia menerima beban amanah dan tanggungjawab. Janji dan ikrar itu perlu dilaksanakan dengan ikhlas untuk menghasilkan mutu kerja yang terbaik.    


Sikap melakukan tugas secara terpaksa dan sentiasa mencari peluang untuk curi tulang bermakna menafikan amanah yang diterima ketika ditawarkan pekerjaan. Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu." (Surah al-Maidah, ayat 1).


Umum mengetahui bahawa sesuatu kerja atau jawatan terbentuk daripada kontrak perjanjian yang dipersetujui bersama antara pekerja dengan majikan. Pekerja berjanji akan melaksanakan tugas dan sebagai balasan dia mendapat gaji. Manakala majikan pula bersetuju memberi gaji atas tugas yang dilakukan oleh pekerja.


Perbuatan tidak jujur dalam melaksanakan kerja menyebabkan gaji yang diterima tidak bersih sepenuhnya. Hal ini secara tidak langsung menghilangkan keberkatan rezeki yang diperoleh. Rezeki yang tidak berkat menimbulkan masalah dalam kehidupan seharian.  


Sebab itu, setiap pekerja perlu menetapkan niat ikhlas melakukan amanah yang diserahkan kepadanya. Tugas dilakukan dengan penuh bersemangat, bersistematik, dan mementingkan penghasilan yang baik. 


Keikhlasan melakukan tugasan amat penting sesuai dengan konsep menjadikan kerja sebagai ibadah. Pekerja yang melakukan tugas dengan ikhlas mampu meningkat dalam kerjayanya. Tugas yang dilakukan dengan baik pastinya mendapat ganjaran yang setimpal daripada majikan. 


Lebih penting lagi, apa yang dilakukan itu dinilai oleh Allah untuk dibalas dengan kebajikan. Hidup orang yang ikhlas dalam setiap amalan dilakukan sentiasa diberkati Allah, dan menikmati kehidupan yang penuh ketenangan. 


Dia tidak takut kerjanya dipertikaikan pihak lain. Apa yang dilakukan berdasarkan apa yang sepatutnya dia lakukan sebagai pekerja dan hamba-Nya. Dia tidak perlu mengampu atau bodek pihak atasan untuk mendapat apa yang tidak sepatutnya.


Dengan kata lain, keikhlasan menentukan ganjaran apa yang diperoleh. Seseorang mungkin melakukan satu perkara yang sama, tetapi mendapat pembalasan berlainan di sisi Allah mengikut apa yang diniatkan. Sebenarnya bukan susah untuk mewujudkan perasaan ikhlas jika mempunyai kekuatan iman.  


Semua apa yang dilakukan dunia ini akan dibawa sebagai bekalan pada hari pembalasan.  Setiap amalan itu ada pahala dan dosanya. Bagi amalan ditegah sudah pasti  dicampakkan ke neraka. Tetapi, amalan yang pada asasnya satu kebaikan, belum pasti membawa ke syurga kerana bergantung kepada apa yang diniatkan. 


Sebuah hadis diriwayatkan Baihaqi menjelaskan yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa, kemudian diasing-asingkan apa-apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa-apa yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkannya ke dalam api neraka.”


Sedarlah, setiap apa yang dilakukan di dunia ini dibalas di akhirat nanti. Jadi, ikhlaskan setiap tugas dan perbuatan untuk mencari keredaan Allah. Mereka yang ikhlas dalam menjalani amanah Allah sebagai khalifah pasti mendapat kebahagiaan di dunia dan apa yang diusahakan untuk bekalan di akhirat juga terlaksana. 


Marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam mentarbiah diri agar sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam setiap apa yang dilakukan. Beruntunglah orang yang memiliki sifat ikhlas kerana dalam sifat itu terkandung nilai jujur, istiqamah dan amanah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/dcb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Bila Mahu Tunai Janji Bina Sekolah Menengah Tamil Pulau Pinang

Dap Bila Mahu Tunai Janji Bina Sekolah Menengah Tamil Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 343 hits
DAP diminta supaya berhenti bermain tarik tali sebaliknya komited dalam menunaikan segala macam janji yang Pilihan Raya Umum ke 14 Malah kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP untuk penggal ketiga sepatutnya sudah boleh mereal...
Di Harlah Nu Ke 93 Presiden Jokowi Janji Dorong Ruu Pesantren Segera Rampung

Di Harlah Nu Ke 93 Presiden Jokowi Janji Dorong Ruu Pesantren Segera Rampung

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 217 hits
Presiden Joko Widodo memastikan akan mendorong agar Rancangan Undang Undang Pesantren dan Pendidikan Keagamaan segera rampung Sehingga pesantren bisa memiliki payung hukum untuk pemberian anggaran bagi pondok pesantren
Yadim Lantikan Politik Ph Persis Janji Orang Munafik

Yadim Lantikan Politik Ph Persis Janji Orang Munafik

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 340 hits
31 01 2019Oleh Athirah Huda ZalheBolot jawatan GLC agensi kerajaan bukti kerakusan puak Islam PH kutip hasil rampasan perang pasca kemenangan PRU14 Pemuda IsmaBANGI 25 Jamadilawal 1440H Khamis Tidak sampai setahun memerintah janji manifesto...
Dia Janji Setia Wan Nur Najihah

Dia Janji Setia Wan Nur Najihah

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 267 hits
DIA JANJI SETIA WAN NUR NAJIHAHHARGA BUKU RM 27 00WHATSAPP 0177342366 Papa tu tak setia dengan ibu Berbelas tahun ibu hidup bermadu Ibu sanggup tahan dengan papa Tolonglah ibu minta cerai dengan papa Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni ...
Kalau Nak Rakyat Suka Berhenti Menipu Laksanakanlah Janji Tu

Kalau Nak Rakyat Suka Berhenti Menipu Laksanakanlah Janji Tu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 308 hits
Dari kawan kawan yang taksub menyokong parti lawan memang mereka berharap sangat menang di Cameron Highland kerana ia sepatutnya jadi pertama kali rampas kerusi dari BN Ini setelah beberapa PRK pasca PRU14 dari Sg Kandis hingga Port Dickson...
Dikritik Walhi Tkn Jokowi Janji Lebih Perhatikan Isu Lingkungan

Dikritik Walhi Tkn Jokowi Janji Lebih Perhatikan Isu Lingkungan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 216 hits
Sekretaris Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Hasto Kristiyanto mengakui bahwa akselerasi pembangunan membuat kurangnya perhatian kepada lingkungan Itu menjadi perhatian timses jelang debat kedua
Jika Rasa2 Tak Mampu Tunaikan Janji Baiklah Minta Maaf Dan Letak Jawatan Dengan Segera

Jika Rasa2 Tak Mampu Tunaikan Janji Baiklah Minta Maaf Dan Letak Jawatan Dengan Segera

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 350 hits
Di mana mana ketika ini semakin ramai yang bersuara menuntut agar kerajaan PH segera menunaikan janji janji utama yang dibentangkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu Bukan saja mereka yang merupakan penyokong BN dan rakyat biasa yang mula me...
Lirik Lagu Nessq Ramli Janji Kita

Lirik Lagu Nessq Ramli Janji Kita

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 380 hits
Lirik Lagu NessQ Ramli Janji Kita Lirik Lagu NessQ Ramli Janji Kita Penulis lagu Janji Cinta yang dinyanyikan oleh NessQ Ramli adalah Lagu Janji Cinta merupakan lagu terbaru NessQ Ramli yang dirilis dibawah label Experimental Enterprise
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan