Tunai Janji Pengerusi Pac Beritahu Speaker Dewan Rakyat


Jason Thomas
May 13, 2021 51SharesPengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Wong Kah Woh mahu Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun membenarkan jawatankuasa khas Parlimen terus beroperasi semasa darurat.PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Wong Kah Woh mahu Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menunaikan janjinya untuk membenarkan jawatankuasa khas terus beroperasi semasa Darurat.
Menurut laporan Utusan Malaysia baru-baru ini Wong berkata, PAC “lumpuh” susulan perisytiharan darurat kerana ia tidak dapat bermesyuarat.
Azhar bagaimanapun menolak dakwaan itu dengan berkata, semua perbelanjaan kerajaan semasa darurat akan diaudit oleh Parlimen dan PAC sebaik sahaja perintah itu tamat.
“Saya mengingatkan speaker kepada kenyataannya pada 12 Januari bahawa Parlimen tidak bersidang semasa darurat, tetapi memberi jaminan bahawa PAC dan jawatankuasa pilihan Parlimen akan terus menjalankan tugasnya dalam proses semak dan imbang,” katanya kepada FMT.
“Tetapi respons terbaharu speaker Dewan Rakyat menunjukkan kenyataan saya kepada Utusan (Malaysia) tepat. Saya tahu kita boleh bersidang semula selepas darurat.
“Soalan saya, oleh sebab tiada persidangan atau prosiding dari Januari hingga Ogos, bagaimanakah kita mahu menyemak perbelanjaan kerajaan (sekarang)? Apakah yang patut kita buat dalam tempoh tujuh, lapan bulan ini jika kita tidak boleh menjalankan mandat yang diberikan oleh Parlimen?
Wong berkata, antara dua isu utama yang perlu diteliti oleh PAC ialah pertambahan peruntukan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dari RM3bilion ke RM5bilion dan pindaan undang-undang yang membenarkan kerajaan menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sebanyak RM16.9 bilion bagi menampung perbelanjaan vaksin Covid-19.
Mengambil maklum bahawa kerajaan membelanjakan “banyak wang” untuk mengawal Covid-19, Wong berkata, jika Parlimen tidak bersidang, maka PAC harus dan perlu memainkan peranannya sebagai platform semak dan imbang.
“PAC sedia bekerja, tetapi kita terhalang oleh perisytiharan darurat,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.
Dalam kenyataan pada 12 Januari, Azhar berkata, semua persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditangguhkan semasa darurat.
Bagaimanapun katanya, Ahli Parlimen perlu terus menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat kerana penangguhan itu tidak bermakna Parlimen dibubar.
Charles Santiago“Oleh itu, semua kaukus, jawatankuasa pelbagai parti dan jawatankuasa pilihan Parlimen yang diwujudkan akan terus berjalan, melainkan jika aktivitinya dihalang oleh mana-mana ordinan yang dipinda oleh Yang Di-pertuan Agong berdasarkan perlembagaan,” kata Azhar.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, Azhar tidak salah dengan menyebut bahawa PAC boleh menjalankan tugasnya apabila darurat tamat.
“Beliau mahu dilihat berwibawa dengan kenyataan itu, tetapi jelas bahawa sebaik sahaja Parlimen ditangguhkan, semua aktivitinya juga terhenti,” katanya kepada FMT.
“Oleh sebab Parlimen ditangguhkan, maka semua peranan jawankuasa pilihan juga tidak wujud lagi.”
Bagaimanapun Santiago berkata, dengan Ordinan Darurat membenarkan kerajaan membelanjakan wang dan mewujudkan undang-undang baharu, maka gesaan berkait semak dan imbang tidak dapat dielakkan.
“Darurat memberikan kepada kerajaan kebebasan untuk melakukan apa-apa yang ia mahu,” katanya.
“Tiada akauntibiliti di situ.”






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/tunai-janji-pengerusi-pac-beritahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Dewan Rakyat Digesa Guna Kuasa Benar Parlimen Bersidang

Speaker Dewan Rakyat Digesa Guna Kuasa Benar Parlimen Bersidang

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 169 hits
May 18 2021 Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata menjadi tanggungjawab speaker Dewan Rakyat Azhar Harun untuk mempertahankan Parlimen PETALING JAYA Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun digesa menggunakan kuasa perlembagaannya dan me...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 446 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Serangan Ke Atas Fb Dewan Ulama Melambangkan Kemarahan Rakyat Yg Semakin Membuak2

Serangan Ke Atas Fb Dewan Ulama Melambangkan Kemarahan Rakyat Yg Semakin Membuak2

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 414 hits
Sejurus selepas PC Steven Sim maka rakyat Malaysia telah mengutuk dan menista Dr Kamarul Professor Kangkung FB beliau dihujani dgn kata2 kesat dan nista ke atas beliau di atas sikap beliau yang dianggap amat buruk dan tidak waras ke atas us...
Rakyat Dah Meluat Undurlah Kerajaan Pn

Rakyat Dah Meluat Undurlah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 188 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dicadangkan agar mengaku mereka telah gagal mengendalikan negara ini dengan baik dan sebelum ia menjadi lebih parah sebagaimana India Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur dan diserahkan negara ...
Harap Rakyat Masih Siuman Dan Ajar Bangsat Yang Sombong Ini

Harap Rakyat Masih Siuman Dan Ajar Bangsat Yang Sombong Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 225 hits
IBRAHIM MAT ISATiga tahun lepas rakyat Malaysia secara majoriti berjaya menjatuhkan kleptokrat Itu penanda aras bahawa otak sebahagian rakyat Malaysia waras menolak kejahatan Masih waraskah otak sebahagian rakyat Malaysia sekarang setelah d...
Samdol Kembali Rakyat Susah Sana Sini Kau Ucap Selamat Hari Raya

Samdol Kembali Rakyat Susah Sana Sini Kau Ucap Selamat Hari Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 385 hits
Oleh FAZLI RADZI May 11 2021Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nasrudin Hassan merangkap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pagi ini dilihat membuat kejutan pada pagi 29 Ramadan ini Sebentar tadi bekas Ahli Parlimen Temerloh itu ...
Sultan Selangor Seru Rakyat Sambut Aidilfitri Secara Sederhana

Sultan Selangor Seru Rakyat Sambut Aidilfitri Secara Sederhana

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat jelata agar menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana yang sederhana dan waspada memandangkan Selangor masih lagi berada di dalam Perintah Kaw...
Kerajaan Pulihkan Keyakinan Rakyat

Kerajaan Pulihkan Keyakinan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 308 hits
MOHAMMAD AGUS YUSOF 1 Rakyat sedih keliru dan resah dengan hala taju kerajaan sekarang Polisi pemerintahannya tidak jelas Menteri banyak diam dalam isu isu yang memerlukan tindakan segera PM sendiripun banyak diam Tidak ada lagi perutusan k...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Effective Market Research On A Budget



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia